Tuesday, May 9, 2017

KELUAR RM100K MASUK BALIK RM1 JUTA

Assalamualaikum..

Kak Wada nak share dengan korang kisah yang diceritakan oleh seorang ustaz dalam kuliah magribnya tiga tahun lalu..kak Wada sendiri mendengar cerita ini kerana turut sama mendengar kuliah magrib tersebut..

Cerita sewaktu dia hendak membina sebuah surau di satu tempat..ceritanya agak panjang tetapi kak Wada ringkaskan..suatu hari ustaz ni bercadang nak bina surau..mulanya dia nak beli tanah dengan dengan seorang wanita tapi wanita yang merupakan seorang guru tu seolah marah kat ustaz tu sebab tak faham yang dia tak nak jual tanah tu..akan tetapi wanita itu memberitahu sebenarnya dia mahu mewakafkan tanahnya tu..terkejut ustaz..tanah itu berharga RM500k..

Setelah tanah bertukar nama..ustaz mencari penderma untuk menambun (menambak) tanah..datang seorang lelaki meminta no acc bank untuk dimasukkan derma..ustaz tanya berapa banyak dia nak derma..dia cakap 100..bagi ustaz kalau 100 tu hulur jelah kat tangan..rupanya lelaki tu nak derma RM100k..maka digunakan duit itu untuk menambun tanah untuk dibina surau di atasnya..kemudian ustaz mencari lagi derma untuk membina surau..datang lagi lelaki yang sama..dia mahu menderma lagi..masa dalam kereta ustaz tanya mana dia dapat duit RM100k yang didermakan dulu tu..


Kredit carian Google

Lalu lelaki tu pun cerita..masa tahun 80 an dia membeli sebidang tanah berharga RM50k..selepas berpuluh tahun..tanah itu yang lokasinya di tepi highway hendak dibeli dengan harga RM1.1 juta..tak sempat fikir panjang..dia terus menjual tanah tu..so ustaz kata hari tu bagi RM100k..so ada lagi RM1 juta..bolehlah kasi untuk buat surau..lelaki tu cakap kenapalah ustaz tak beritahu dia hari tu yang nak duit untuk bina surau sekali..

Menurut lelaki tu lagi..sebenarnya daripada RM1 juta yang tinggal tu..dia guna RM400k untuk beli kuari..tak lama lepas tu datang seorang lelaki Cina hendak membeli kuari tu dengan harga RM1 juta..tak sempat fikir panjang..dia terus jual kuari tu..siapa tahu semua itu akan berlaku selepas dia mendermakan duit yang dia ada..Allah telah menggandakan duit derma RM100k yang didermakannya kepada surau..sekali lagi lelaki tu pun berilah kat ustaz RM100k yang kali ini untuk membina surau pula..bukan setakat bina surau dengan duit tu..malah dapat bina rumah guru di sebelah surau..


Simple kiraan..

Beli tanah RM80k
Jual RM1.1 juta

Derma RM100k
Beli kuari RM400k

Jual kuari RM1 juta
Derma RM100k

Korang kiralah sendiri berapa lipat kali ganda diganjarkan kepada orang yang mendermakan hartanya di jalan Allah..

Firman Allah:

"Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan harta mereka pada jalan Allah seumpama sebiji benih yang ia menumbuhkan tujuh tangkai pada setiap tangkainya seratus biji, dan Allah akan melipatgandakan bagi siapa yang Dia menghendaki, dan Allah adalah Maha Luas dan Maha Mengetahui." (Al Baqarah 2:261)

Inilah secebis kisah masyarakat dalam mewakafkan hartanya ke jalan Allah..bukan sahaja ganjarannya di akhirat nanti..akan tetapi di dunia lagi Allah sudah beri ganjaran yang tidak pernah terfikir dan dijangka oleh akal..moga-moga kisah ini sedikit sebanyak akan mengikis rasa bakhil dan rasa takut kekurangan apabila terlintas di hati kita untuk mewakafkan harta kita di jalan Allah..tidak semestinya Allah membalas dalam bentuk yang sama daripada apa yang telah kita dermakan kerana Allah mengetahui sedang kita tidak mengetahui..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...