Alhamdulillah kak Wada masih lagi istiqamah berkongsi mudahnya belajar bahasa Al Quran dan juga pelumba-pelumba belajar bahasa Al Quran yang terus setia follow siri ini..moga-moga belum terlintas lagi untuk syahid..hehehe..baiklah..siri kali ini kita nak belajar tentang fiel amar..
Agar tidak tersesat jalan..kita mulakan dengan search location dulu..
Kita masih lagi belajar perkataan dalam Al Quran kategori fiel..
Masih lagi dalam perkara bentuk fiel..
Fiel Madhi Maklum dan fiel Mudhari' Maklum telah kita pelajari pada siri-siri yang lepas..seterusnya kita nak belajar fiel Amar..apa itu fiel Amar?
Fiel Amar merupakan bentuk fiel yang digunakan untuk memberi perintah atau menyuruh melakukan sesuatu perbuatan..bentuk ini terpakai kepada 6 dhomir sahaja daripada 14 dhomir yang melibatkan dhomir orang kedua..
Apakah tanda-tanda nak mengenali fiel Amar..
Lihat dulu tanda-tanda orang kedua fiel Mudhari' pada gambarajah di atas..
Apabila mahu menjadikannya fiel Amar..
1. ت fiel Mudhari' dibuang
2. baris huruf terakhir digantikan dengan sukun bagi dhomir انت
3. huruf ن akhir dibuang bagi dhomir انتما dan انتم
4. huruf ن akhir bagi jantina perempuan dibuang kecuali bilangan 3 ke atas
5. digantikan dengan hamzah wasal setelah dibuang tanda mudhari' kerana huruf berikutnya bertanda sukun
6. formula hamzah wasal ialah diletakkan baris bawah jika huruf ketiga baris atas atau baris bawah dan diletakkan baris depan jika huruf ketiga baris depan
Sekarang kita nak practice di lapangan apa yang kita dah belajar melalui permainan tangkap dan kurung fiel Amar..perhatikan dengan teliti fiel Amar yang telah kak Wada tangkap dan kurung ni..
Muka surat 313 Surah Taha Kredit mushaf: www.searchtruth.com |
Please take note..jika pemberi perintah itu dari pihak atas kepada pihak yang di bawahnya maka itu adalah perintah.. contohnya dalam ayat di atas merupakan perintah dari Allah kepada hambanya..
Muka surat 313 Surah Taha Kredit mushaf: www.searchtruth.com |
Sebaliknya jika pemberi perintah itu dari pihak bawah kepada pihak yang di atasnya..contohnya dalam ayat di atas yang perintah datang dari hamba kepada Allah..maka ia bukanlah satu perintah tetapi merupakan permohonan doa dari hamba kepada Allah..
Lihat hasil tangkapan seterusnya pada ayat-ayat di bawah..perhatikan dengan teliti tanda-tanda fiel Amar..
Muka surat 7 Surah Al Baqarah Kredit mushaf: www.searchtruth.com |
Muka surat 7 Surah Al Baqarah Kredit mushaf: www.searchtruth.com |
Bagaimana? simple dan mudah je kan fiel Amar ni..kepada yang masih tak faham..tak usahlah bimbang yang akhirnya rasa stress dan give up..selama ni kita pegang prinsip yang salah..asal belajar je nak result mesti faham..prinsip yang betul sebenarnya ialah Allah suruh kita belajar je..sebab Allah tak letakkan penanda aras terbaik itu bagi mereka yang faham tapi Allah letakkan penanda aras terbaik itu bagi mereka yang belajar Quran ni..
So kerja kita belajar je lah..baca sekali tak faham..ulang lagi baca siri ni sampai 20 kali..fokus pada usaha bukan pada result..barangkali hari ni Allah belum beri lagi faham sebab usaha kita sangat sedikit..maka gandakanlah usaha..
Teruskan istiqamah belajar bahasa al Quran..yang terbaik di antara kita adalah orang yang belajar al Quran dan mengajarkannya..
No comments:
Post a Comment