Thursday, January 15, 2015

PANDUAN MASUK SEKOLAH TAHFIZ ULUL ALBAB KPM

Assalamualaikum..
 
Alhamdulillah..pada hari Ahad yang lalu dengan izin Allah dak kakak telah mendaftar masuk Tingkatan 1 ke salah sebuah sekolah program Tahfiz Model Ulul Albab di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)..nak tahu detail..korang search je program Tahfiz Model Ulul Albab (TMUA)..

Anak merupakan pelaburan terbesar bagi mereka yang bergelar ibu bapa..anak soleh adalah anak yang akan mengalirkan pahala tidak putus kepada kepada kedua ibu bapanya..jika anak itu melakukan amal soleh..maka ibu bapanya juga akan mendapat pahala daripada amal soleh anaknya itu..begitulah juga jika dia melakukan sebaliknya..ibu bapa pun dapat saham juga..maka sebagai ibu bapa yang akan ditanya di akhirat kelak tentang tanggungjawab kita..sewajarnya kita memandu anak-anak kita ke jalan yang diredhai Allah..caranya kita berusaha menempatkan mereka untuk belajar di sekolah yang yang menekankan pendidikan al-Quran..belajar al-Quran ini merupakan fardhu ain berbanding belajar ilmu lain..maka keutamaan mesti diberikan kepada belajar al-Quran..

Daripada Anas bin Malik r.a., bahawa Nabi s.a.w. bersabda:

Ada tujuh amalan pahalanya terus mengalir kepada seorang hamba ketika dia berada di dalam kubur setelah kematiannya:
1. Orang yang mengajar ilmu.
2. Orang yang mengalirkan sungai (air untuk kepentingan awam).
3. Orang yang menggali perigi (untuk kepentingan masyarakat).
4. Orang yang menanam pohon kurma.
5. Orang yang membangunkan masjid.
6. Orang yang mewariskan (mewakafkan) al-Quran.
7. Orang yang meninggalkan anak yang sentiasa memohon keampunan untuknya.

Kelebihan ibu bapa penghafaz al-Quran di akhirat kelak.. 
"Sesiapa membaca Al Quran dan beramal dengan apa yang terkandung dalamnya maka kedua dua ibu bapanya akan dipakaikan mahkota pada hari kiamat yang sinaran mahkota itu akan melebihi daripada cahaya matahari, sungguhpun matahari itu berada di dalam rumah rumah kamu di dunia ini."(Riwayat Imam Ahmad, Abu Daud)
 
Bagaimana proses untuk kemasukan ke sekolah program Tahfiz Model Ulul Albab..di sini kak Wada kongsikan proses yang dak kakak lalui untuk korang jadikan panduan sekiranya korang mempunyai minat yang sama untuk menghantar anak korang ke sekolah program ini..

1.  Permohonan kemasukan ke sekolah program Tahfiz Model Ulul Albab ini dibuat secara online..sekolah-sekolah yang terpilih untuk program ini termasuk dalam kategori Sekolah Kawalan di bawah seliaan Jabatan Pendidikan Negeri masing-masing..jika sekolah yang dipilih merupakan SMKA..calon mesti sekurang-kurangnya memiliki kelayakan minima berikut untuk ke Tingkatan Satu :

i. Sekurang-kurangnya 2A 3B dalam Peperiksaan UPSR
ii. Boleh membaca Al- Quran
iii. Boleh menulis jawi
iv. Lulus ujian PAFA ( UPSR )
v. Berumur 13 tahun ke bawah

2.  Setelah result peperiksaan diumumkan..Alhamdulillah dak kakak mendapat result 5A dalam UPSR dan 7A dalam UPSRA..walaupun kelayakan minima 2A tapi mostly yang dipanggil interview tu dapat result 5A..kalau dah yang apply tu beribu tapi pengambilan terhad untuk 120 orang satu sekolah katakan..korang imagine jelah..dah tentu priority kat budak yang dapat 5A..sometimes ada juga budak 4A dapat masuk..itu semua rezeki ketentuan Allah..seterusnya korang boleh semak secara online result panggilan interview di portal Kementerian Pendidikan Malaysia..print surat panggilan tu dan bawa masa interview..mengikut perancangan kementerian sehingga 2015..terdapat tujuh buah sekolah di tujuh buah negeri sahaja yang terpilih dalam pelaksanaan program Tahfiz Model Ulul Albab dan akan diperluaskan ke seluruh negara secara berperingkat..
  
Keputusan UPSR dak kakak 


Keputusan UPSRA dak kakak 
 
3.  Pada hari interview..memandangkan program ini untuk melahirkan golongan profesional pelbagai bidang pekerjaan dan dalam masa yang sama mereka juga hafiz dan hafizah kelak..sudah pastinya kebolehan dalam hafazan menjadi point utama yang menentukan pemohon layak atau tidak untuk mendapat tempat di sekolah program ini..actually ada tiga ujian dak kakak lalui pada hari interview..pertama ujian bertulis jawi..satu karangan dalam tulisan rumi diberikan dan diminta tulis semula karangan tersebut ke dalam tulisan jawi..kedua ujian membaca al-Quran..pastikan anak korang membacanya dengan lancar dan tajwid yang betul..akhir sekali ujian hafazan..dak kakak telah diberikan satu muka surat ayat al-Quran yang mengandungi 15 baris untuk dihafal dalam masa setengah jam..semasa taklimat ibu bapa..dinyatakan kriteria pelajar yang terpilih..rata-rata anak korang boleh hafaz 5 baris ayat..itu normal..tapi jika anak korang boleh menghafaz sekurang-kurangnya 8 baris ayat atau lebih..itulah benchmark untuk anak korang terpilih masuk ke program ini..
 
4.  Sebagai ibu bapa..berdoalah dengan bersungguh-sungguh mohon pertolongan Allah agar anak korang diizinkan Allah untuk mendapat tempat   di sekolah program ini..terus terang kak Wada katakan bahawa kak Wada tidak menggunakan khidmat mana-mana "kabel" atau "orang dalam" untuk memastikan anak kak Wada mendapat tempat di sekolah program ini..kak Wada meletakkan pergantungan hanya kepada Allah sebab Dia Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk anak kita..sebagai hamba..kerja kita berdoa..berusaha dan berdoa..manakala hasilnya kelak sama ada mendapat tempat atau tidak adalah hak mutlak Allah untuk menentukannya..sekiranya berjaya mendapat tempat..bersyukurlah di atas kurniaan Allah itu..jika tidak berjaya mendapat tempat..usah berputus asa dan redha dengan ketentuan Allah..kita tidak boleh paksa Allah untuk ikut kehendak kita..sebaliknya kita yang kena ikut kehendak Allah..

Kepada korang yang nak anak korang menjadi seorang huffaz..terlebih dahulu korang wajib baca kesemua post di bawah ni..
BAGAIMANA NAK MULA HAFAZ AL-QURAN

2 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Salam puan, nak tanya mcm mana nk mohon online program ni, boleh bg laman web dia tak?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...