Saturday, May 23, 2015

IKAN KERISI TIGA RASA KAK WADA

 Assalamualaikum..
 
Siapa sini suka makan ikan?..kalau korang nak tahu..antara ikan, ayam atau daging..kak Wada prefer makan ikan..memang sejak kecil lagi kak Wada suka makan ikan especially ikan gorenglah..
 
Apa yang penting ikan ni halalan toyyiban..hidup ni tak lain hanya untuk mencari redha Allah..jadi makanlah makanan yang halal sahaja kalau nak dapat redha Allah..berkat itu ialah apa yang Allah redha..nak tahu berkat tak berkat..kita boleh rasa dia punya hint..kalau hidup rasa tak tenang..hidup tak rasa bahagia..puncanya dari sumber yang tak berkat tulah..
 
Firman Allah:
 
"Dihalalkan bagimu haiwan buruan laut dan makanan (yang berasal) daripada laut sebagai makanan yang lazat bagimu, dan bagi orang-orang yang dalam perjalanan; dan diharamkan atasmu (menangkap) haiwan darat, selagi kamu sedang ihram.  Dan bertakwalah kepada Allah yang kepadaNya kamu akan dikumpulkan (kembali).(Al-Ma'idah 5:96)"
 
Bahan-bahan dan cara memasak ikan kerisi tiga rasa Kak Wada:
 
1.  Kena ada 2 ekor ikan kerisi..tapi kena tengok gak berapa kepala yang nak hadap..
 
  
2.  Dah siap basuh ikan dengan selawat..gaulkan  ikan  bersama serbuk kunyit dan garam..bila korang tengok ikan ni..bukan tengok sesaje..kuliah magrib hari tu ustaz cakap "zikrullah" (mengingati Allah) tu bukan setakat duduk berzikir pegang tasbih..contohnya sambil korang tengok ikan tu..korang kenang nikmat Allah atas makanan yang dikurniakan tu dan bersyukur..maka itu pun dikira "zikrullah"..
 
Firman Allah:
 
"Dan Dialah yang memudahkan lautan (untukmu), agar kamu dapat memakan daging yang segar (ikan) daripadanya, dan (daripada lautan itu) kamu mengeluarkan perhiasan yang kamu pakai.  Kamu (juga) melihat perahu belayar pada permukaannya, dan agar kamu mencari sebahagian kurniaanNya, dan semoga kamu bersyukur.(An-Nahl 16:14)"

3.  Kemudian korang gorenglah ikan tu..ada orang suka isi juicy..ada orang suka garing..ikut selera koranglah ya asalkan tidak mendatangkan kemudharatan..sambil ikan digoreng..jom kita prepare bahan-bahan untuk tumisan pulak..
 
3 sudu besar cili boh
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
 
..memandangkan kak Wada tak guna bawang merah..so bawang besar tadi dibahagi dua..satu bahagian untuk ditumbuk lumat bersama bawang putih dan satu bahagian lagi untuk hirisan..
 
4.  Dah siap prepare bahan tumisan..kita prepare pulak bahan-bahan yang boleh mendatangkan tiga rasa yakni rasa masam, manis dan pedas..
 
sepotong nenas dipotong kecil
sebiji tomato dipotong kecil
sebatang serai dihiris nipis
5 tangkai cili padi dipotong kecil
1/2 bahagian bawang besar dihiris
3 helai daun limau dipotong sederhana 
 
 
  
5.  Panaskan minyak..kemudian tumis bawang besar dan bawang putih yang ditumbuk lumat..agak-agak dah garing sikit..masukkan cili boh..kacau hingga garing..bila dah garing..masukkan air..didihkan air tu dulu..then baru korang masukkan nenas, tomato, serai, cili padi, bawang dan daun limau..bila dah gaul rata bahan-bahan tu..korang masukkan..
 
sos cili
garam
gula
 
..banyak mana nak bubuh..ikut sesedap rasa tekak koranglah..yang penting mesti ada tiga rasa..masam..manis dan pedas..bila dah sebati semua bahan dan rasa..simbahkan kuah tiga rasa korang tu kat atas dua ekor ikan kerisi yang tengah posing terbaring tu..
 
 
Mudah kan korang..selamat mencuba..jadi tak jadi korang buat sebijik macam kak Wada masak ni..tetap ucapkanlah Alhamdulillah..tak menjadi cuba buat lagi..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...