Assalamualaikum..
Kenapa hari-hari saya fokus nak cari duit?..kenapa saya rasa susah mencari duit?..
Apa yang kebanyakan kita faham bila bertambah duit bermakna bertambah rezeki kerana duit ni merupakan salah satu bentuk rezeki yang dikurniakan oleh Allah..jika ditanya untuk apa kita mahu duit..jawapannya ialah kita mahu duit sebab kita rasa bila ada duit kita boleh membeli apa sahaja yang kita mahu..kita juga boleh memberi duit kepada orang lain..kita rasa bahagia bila dapat membeli apa yang kita mahu..kita juga rasa bahagia bila dapat memberi duit kepada orang lain apatah lagi orang yang kita sayang..
Senang cerita at the end of the day sebenarnya kita mencari bahagia dalam hidup ini..tetapi di manakah bahagia yang kita perlukan itu?..sesuatu yang paling sukar lagi susah dilakukan bila kita mencari sesuatu yang kita tidak tahu di mana ia berada..keadaan ini menyebabkan kita terpaksa "work hard" dan bersusah payah untuk mendapatkannya..semakin kita mencari semakin membuatkan kita stress selagi tak jumpa apa yang kita cari itu..mengapa kita stress..
Sebenarnya bahagia itu tidak perlu dicari sekiranya kita tahu di mana letaknya..siapakah yang lebih tahu keperluan yang diciptakan selain daripada penciptanya?..manusia ini diciptakan oleh Allah..jadi Allah lebih mengetahui akan apa yang diperlukan oleh manusia..Dia memiliki segala-gala yang diperlukan oleh manusia..mahu rezeki..Dia Maha Pemberi Rezeki..mahu hidup aman..Dia Maha Pemberi Keamanan..mahu Kaya..Dia Maha Pemberi Kekayaan..dan Dialah Maha Pemberi Kurnia..
Bila kita sudah tahu rezeki itu berada di tanganNya..aman bahagia itu di tanganNya..bermakna kita sudah tahu di mana letaknya keperluan kita itu..jadi mengapa kita bersusah payah mencari sesuatu yang tak pasti di mana letaknya..bukankah lebih mudah kerja kita bila kita fokus sahaja ketaatan kepada pemberi semua keperluan kita itu..menurut apa yang diperintahNya..meninggalkan apa yang dilarangNya..mengutamakan apa yang diutamakanNya kerana Dia boleh memberi atau tidak boleh memberi kepada siapa yang dikehendakiNya..
Firman Allah:
"Katakanlah, "Sesungguhnya, Tuhanku melapangkan rezeki bagi siapa yang Dia kehendaki dan menyekatnya (bagi siapa yang Dia kehendaki), tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui".(Saba' 34:36)"
Allah boleh beri rezeki yang yang kita mahukan itu..bahagia yang kita mahukan itu..tapi dengan syarat..buat apa yang Dia perintah..tinggalkan apa yang Dia larang..utamakan apa yang Dia utamakan..apa yang diutamakan oleh Allah..baca link ini..MAKSUD SEBENAR BERGANTUNG KEPADA ALLAH..
Jadi inilah rahsia mereka yang "work smart"..hidup mereka tidak stress mencari rezeki dan mencari bahagia sebaliknya mereka fokuskan ketaatan hidup mereka kepada pemberi rezeki dan pemberi bahagia itu..
No comments:
Post a Comment