Assalamualaikum..
Pada fikiran orang kebanyakan..apabila menjangkau usia 40 an memang agak sukar apabila baru mahu mula menghafaz al-Quran..macam-macam alasan diberikan..tanpa kita sedari semua alasan itu merupakan alasan negatif kerana lebih menjurus supaya berputus asa dan tidak yakin dengan pertolongan Allah..sebenarnya ada kisah di sebalik mengapa kak Wada rasa "ringan" untuk mula menghafaz al-Quran selepas balik mengerjakan umrah..
Rasa "ringan" ni kak Wada ketahui pun setelah kak Wada dah mula menghafaz al-Quran..sebelum tu tak tahu pun..satu hari kak Wada mendengar kuliah magrib yang disampaikan oleh seorang ustaz di sebuah masjid..ustaz ni cerita kisah seorang lelaki yang telah berubah hidupnya menjadi orang yang lebih baik..dia menjadi semakin rajin untuk beribadah..rasa mudah dan ringan untuk melakukan ibadah..rupanya ada kisah di sebaliknya..
Rasa "ringan" ni kak Wada ketahui pun setelah kak Wada dah mula menghafaz al-Quran..sebelum tu tak tahu pun..satu hari kak Wada mendengar kuliah magrib yang disampaikan oleh seorang ustaz di sebuah masjid..ustaz ni cerita kisah seorang lelaki yang telah berubah hidupnya menjadi orang yang lebih baik..dia menjadi semakin rajin untuk beribadah..rasa mudah dan ringan untuk melakukan ibadah..rupanya ada kisah di sebaliknya..
Menurut cerita ustaz ni..dia pernah datang memohon bantuan derma daripada lelaki ni untuk satu kerja kebajikan..lelaki ini bersetuju untuk memberi derma..ustaz ni agak terkejut juga sebab jumlahnya bukan sedikit tapi dalam puluhan ribu ringgit juga..tak lama selepas tu dia bertemu kembali ustaz tu dan menceritakan perubahan yang dia alami selepas memberi derma itu..
Kemudian barulah kak Wada terfikir..sebenarnya itulah juga yang terjadi kepada kak Wada..bagaimana kak Wada boleh tiba-tiba rasa mudah dan ringan untuk menghafaz al-Quran..rasa makin berminat untuk belajar al-Quran..rasa mahu mendekati al-Quran..mahu meneroka isi kandungan al-Quran..apakah cerita di sebaliknya..
Begini ceritanya..awal tahun ini sebuah negeri di pantai timur telah dilanda banjir besar yang mengakibatkan banyak kerugian dan kemusnahan harta benda..termasuk kehilangan nyawa..kak Wada sangat-sangat bersimpati dengan nasib yang menimpa penduduk negeri tersebut..berbagai bentuk bantuan yang disalurkan oleh pelbagai pihak..kak Wada turut sama menderma apa yang termampu kepada pihak-pihak tertentu termasuklah melalui sekolah anak kak Wada..
Satu hari kak Wada mendapat tahu seorang kenalan media sosial yang menjadi sukarelawan akan berkonvoi menghantar bantuan kepada penduduk negeri tersebut..Ya Allah..betapa mulianya hati kenalan kak Wada ni bersama rakan-rakannya..kak Wada sendiri pun tak mampu nak ke sana..lantas kak Wada dan dak suami pun mendapat idea untuk mengirim sedikit sumbangan kepada penduduk di sana melalui kenalan kak Wada ni..
Jika orang lain mengirim bekalan makanan dan pakaian..lain pula halnya dengan kak Wada..kak Wada dan dak suami telah berjumpa sendiri kenalan kak Wada ni untuk menyerahkan sumbangan berupa sejumlah wang yang kak Wada termampu..kak Wada telah mengamanahkan kepada beliau supaya wang tersebut diserahkan kepada kepada dua buah masjid atau surau yang mengalami kerosakan akibat banjir besar tersebut..
Setelah misi beliau selesai..beliau memaklumkan kepada kak Wada bahawa dia telah menjalankan amanah kak Wada tu..Alhamdulillah kak Wada sangat berterima kasih kepada beliau..kak Wada doakan semoga Allah merahmati hidup dan memurahkan rezeki beliau..masa tu kak Wada tidak mengharapkan apa-apa balasan selain itulah sebahagian tanda syukur kak Wada atas kurniaan rezekiNya kepada kak Wada selama ini..
Allah tidak membalas atau melipatgandakan dalam bentuk wang juga tapi Allah balas dalam bentuk yang lain..Allah beri keringanan untuk kak Wada boleh menghafaz al-Quran..rasa semakin berminat untuk berlajar al-Quran..bukankah orang yang menghafaz al-Quran itu Allah janjikan ganjaran yang besar..
Firman Allah:
"Perumpamaan bagi orang yang mendermakan hartanya di jalan Allah seperti sebutir biji yang menumbuhkan tujuh tangkai, pada setiap tangkai ada seratus biji. Allah melipatgandakan bagi sesiapa yang Dia kehendaki, dan Allah Maha Luas, lagi Maha Mengetahui.(Al Baqarah 2:261)"
Alangkah pemurahnya Allah..memanglah kak Wada tak dapat balasan wang berlipatganda daripada jumlah kecil wang yang kak Wada sumbangkan itu tapi kak Wada mendapat balasan sesuatu yang lebih besar nilainya daripada itu..Allah buka peluang kak Wada memiliki ladang ganjaran kebaikan..sebenarnya kita lupa bahawa ganjaran kebaikan tu pun satu bentuk rezeki kurniaan Allah..ganjaran kebaikan ini tidak dapat dilihat dengan mata kasar kerana ia adalah perkara ghaib yang wajib ke atas orang beriman yakin dan percaya kepadanya..
Kita cuma nampak duit dan harta sahaja cara untuk kita menjadi seorang jutawan..tapi bagaimana ganjaran kebaikan ini boleh membantu dan menyebabkan kita juga boleh menjadi jutawan?..
(Part 1) RAHSIA SEORANG JUTAWAN SENYAP
(Part 2) RAHSIA SEORANG JUTAWAN SENYAP
(Part 4) RAHSIA SEORANG JUTAWAN SENYAP
Kredit carian Google |
Kita cuma nampak duit dan harta sahaja cara untuk kita menjadi seorang jutawan..tapi bagaimana ganjaran kebaikan ini boleh membantu dan menyebabkan kita juga boleh menjadi jutawan?..
(Part 1) RAHSIA SEORANG JUTAWAN SENYAP
(Part 2) RAHSIA SEORANG JUTAWAN SENYAP
(Part 4) RAHSIA SEORANG JUTAWAN SENYAP
No comments:
Post a Comment