Assalamualaikum..
Perkongsian pengajian tafsir al-Quran kak Wada..mengapa bila di hadapan kita anak kita berkelakuan baik..tetapi bila di belakang kita anak kita berkelakuan sebaliknya atau tidak jujur..menipu kita ibu bapanya..bagaimanakah cara mendidik anak kita supaya berkelakuan baik walaupun tanpa pengawasan kita..tiada cara lain melainkan al-Quran sahaja yang boleh mendidik hati anak-anak kita..al-Quran kena letak di hati anak-anak kita..apakah set ayat yang mesti ditanam di dalam hati anak-anak kita untuk menjadi manusia yang berintegriti..bukan anak-anak kita sahaja tetapi kita juga akan menjadi manusia yang berintegriti bila set ayat ini telah tertanam di dalam hati kita..bagaimana untuk menjadi jujur dalam pekerjaan apabila tidak dilihat oleh orang lain..anak-anak tetap berkelakuan baik dan jujur walaupun tidak dilihat oleh ibu bapa..pekerja jujur menjalankan amanah walaupun tidak dilihat oleh boss atau majikan..inilah set ayat yang perlu kita tanam di hati anak-anak kita mahupun diri kita..
ayat pertama
"...Allah Maha Melihat apa yang kamu lakukan.(Al-Baqarah 2:265)"
ayat kedua
"...Dan Allah Maha Teliti atas apa yang kamu lakukan.(Ali 'Imran 3:153)"
ayat ketiga
"...Dan Allah Maha Mengetahui segala isi hati. (Ali 'Imran 3:154)"
Dengan beriman kepada set ayat tersebut..anak-anak kita percaya bahawa mereka tidak dapat lari daripada pengawasan Allah..Allah mengetahui perbuatan mereka malah apa yang terkandung di dalam hati mereka..mereka rasa takut untuk berkelakuan jahat atau melakukan khianat kepada amanah yang diberikan kepada mereka kerana sentiasa merasakan bahawa perbuatan mereka dilihat oleh Allah..tiada satu pun yang akan Allah terlepas pandang sebab Allah Maha Teliti dan Allah tahu apa sahaja yang terdetik di dalam hati mereka..
Maka tiada lagi kebimbangan apabila kita sudah menaman ayat-ayat tersebut ke dalam hati anak-anak kita..mereka akan menjadi manusia yang jujur dalam setiap perbuatannya sebab mereka dididik untuk takutkan Allah bukan takut kepada manusia..mana mungkin mereka melakukan perbuatan yang tidak jujur apabila mereka takut kepada Allah..
No comments:
Post a Comment