Tuesday, December 15, 2015

TIPS MURAH REZEKI YANG RAMAI TAK TAHU

Assalamualaikum..

Rezeki bukan dalam bentuk wang ringgit semata tapi segala bentuk kurniaan Allah kepada kita adalah rezeki..malah konsep sebenar rezeki dalam al-Quran ialah apa yang kita belanjakan daripada kurniaan Allah kepada kita..bagaimana cara nak murah rezeki?..ada yang mengamalkan pelbagai bacaan ayat-ayat tertentu dan segala kaedah ritual yang bertujuan semata-mata mahu dimurahkan rezeki..mengapa kita sangat bimbang dengan rezeki..siapa yang beri rezeki?..siapa yang atur rezeki?..bukankah lebih mudah kita ikut sahaja peraturan yang memberi dan mengatur rezeki itu iaitu Allah..

Tak perlu rasa bimbang soal rezeki bila mana kita ikut sahaja peraturan Allah dengan belajar al-Quran..belajar faham al Quran dan amalkan..masa solat kita taat dengan Allah tapi di luar solat kita tak taat dengan Allah..mengapa tak taat?..tak taat dengan Allah sebab tak tahu peraturan Allah kerana tidak belajar al-Quran bersungguh-sungguh..belajar bersungguh-sungguh bermaksud menjadikan belajar al-Quran itu top priority dalam hidup kita..belajar membaca al-Quran dengan tajwid..hafal al-Quran jika mahu sentiasa baca al-Quran..belajar memahami al-Quran..beramal dengan al-Quran..dan sebarkan al-Quran..

Belajar al Quran itu hukumnya wajib..maka jika sekarang kita tidak belajar al-Quran bersungguh-sungguh..kita bertaubat dengan Allah sebab kita telah dan sedang melakukan dosa kerana tidak taat dengan perintah Allah..rasa bimbang itu satu seksaan terhadap dosa yang kita lakukan itu..sebenar-benar taubat adalah kembali belajar al-Quran..berazam nak belajar al-Quran bersungguh-sungguh tanpa tangguh dan tidak mengulangi dosa tidak belajar al-Quran..dahulu tidak taat kerana tidak tahu peraturan Allah..orang bertakwa dia taat kepada Allah dengan menjadikan al-Quran itu "hudan" (petunjuk) dalam hidupnya..apa janji Allah kepada orang bertakwa yang ikut segala peraturanNya..

Firman Allah:
"...Sesiapa yang bertakwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhan-Nya dan meninggalkan larangan-Nya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (daripada segala perkara yang menyusahkannya). Serta memberi rezeki daripada jalan yang tidak terlintas di hatinya. Sesiapa yang bertawakkal kepada Allah, maka Allah mencukupkannya (menolong dan menyelamatkannya).(Al-Talak 65:2-3)"

Tiada yang membezakan antara si kaya dan si miskin sebenarnya..yang membezakan mereka adalah antara rasa cukup atau tidak cukup..maka minta dengan Allah rezeki yang cukup..jangan minta rezeki yang banyak..sebab kalau minta banyak..walaupun dah dapat banyak tapi tetap rasa tak puas..rasa tak cukup..sudah tentu hidup rasa terseksa..tapi bila kita minta cukup dan Allah beri kecukupan..hati kita rasa tenang..orang yang belajar al-Quran dan mengamalkannya sudah pasti dijamin kecukupan rezekinya oleh Allah..sebab itulah orang yang belajar al-Quran hidupnya tenang..dia tidak risau dan bimbang soal rezeki yang pada orang yang tidak belajar al-Quran itu soal rezeki merupakan satu kebimbangan yang besar dalam hidup..

Tips ini merupakan olahan daripada perkongsian kelas pengajian al-Quran kak Wada untuk kita sama-sama perbaiki diri..sama-samalah kita sebarkan al-Quran sebab menyebarkan al-Quran merupakan salah satu KPI kita dengan Allah..al-Quran bukan untuk dibaca sahaja..bukan untuk dibaca pada masa-masa tertentu..juga bukan untuk dibaca di tempat-tempat tertentu sahaja..al-Quran adalah petunjuk jalan hidup yang kita beramal dengannya..

Baca Quran tapi tak faham bahasa Arab Quran..nak belajar faham tapi tak tahu macam mana nak mula..baca entry NOTA MINI SIRI BELAJAR BAHASA AL QURAN MUDAH..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...