Saturday, September 10, 2016

SIRI (18) BELAJAR BAHASA AL QURAN MUDAH

Assalamualaikum..

Pada siri ini kak Wada nak kongsikan tentang isim dominan spesis mausul..


Ni sambung pelajaran mana pulak ni..biasalah tu..memang sometimes kita akan lost..ni baru siri 18..agaknya kalau masuk siri yang ke 38..pening juga nak trace balik kan..sebab tu korang jangan pelik..setiap kali mula pelajaran baru..kak Wada akan search dulu location..




Ok..dah dapat location isim dominan spesis mausul..sebelum ni kak Wada explain tentang isim dominan spesis dhomir yang terbahagi kepada dua jenis dan setiap satunya mempunyai 14 ahli keluarga..sekarang ni kita nak tahu tentang spesis kedua pula iaitu mausul yang juga menguasai perkataan-perkataan dalam al Quran..lihat gambarajah di bawah..


Apakah isim dominan spesis mausul ni?..mausul merupakan kata ganti nama yang mewakili kata nama sebelumnya..ada juga yang mengatakan bahawa mausul ini merupakan kata nama yang mengaitkan perkataan sebelum dan selepasnya..mudahnya dalam bahasa Melayu kita gunakan perkataan "yang"..contohnya begini..ibu "yang" dia berjalan..maka perkataan "yang" itulah yang mengaitkan antara perkataan ibu dan perkataan dia berjalan..jika ditulis "yang" dia berjalan sahaja tanpa ada perkataan ibu sebelumnya..kita tidak tahu siapa yang dikaitkan..begitulah juga sebaliknya.. 

Spesis mausul ni pun sama macam spesis dhomir yang mempunyai jantina lelaki dan perempuan..juga terbahagi kepada tiga bilangan..satu..dua..dan lebih..perlu diingat yang perkataan sebelum spesis mausul ni tak semestinya merujuk kepada orang sahaja..sebab tu dalam gambarajah kak Wada letak in bracket perkataan orang tu..boleh jadi sebelumnya nama haiwan..tumbuhan..tempat dan apa-apa sahaja..

Namun ada special case kat sini..jika kita nak ignore atau abaikan jantina atau bilangan..may be sebab kita tak tahu atau nak cakap secara general..maka ada dua perkataan lain dalam spesis mausul yang digunakan..pertama perkataan "siapa yang" untuk mewakili orang..dan kedua "apa yang" untuk mewakili benda atau selain orang..

Masa untuk bermain..kita nak tangkap dan kurung dalam bulatan isim dominan spesis mausul ni..lihat ayat-ayat di bawah..kat mana ada spesis ni..

Muka surat 7 Surah Al Baqarah
Kredit: www.searchtruth.com

Tak faham..jangan sesekali berputus asa..tengok gambarajah berkenaan spesis mausul dan baca penerangan kak Wada banyak kali..then banyakkan juga buat practice cari..tangkap dan kurung dalam bulatan isim dominan spesis mausul ni..InsyaAllah..bila dah usaha sungguh-sungguh..Allah akan beri kefahaman nanti..

Teruskan istiqamah belajar bahasa al Quran..ingat..yang terbaik di antara kita adalah orang yang belajar al Quran dan yang mengajarkannya..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...