Pada siri ini Kak Wada nak kongsi tentang isim dominan spesis isyarah..nak tahu lanjut..baca sepenuhnya..
Seperti biasa kita search location dulu ya..kena tengok map supaya kita tahu kat mana kita berada sekarang dan tak tersilap jalan..
Sekarang tiba giliran isim dominan spesis isyarah..sama seperti dua spesis terdahulu..spesis ini juga menguasai perkataan-perkataan dalam al Quran..apakah spesis isyarah?..lihat gambarajah di bawah..
Isyarah ialah perkataan kata nama yang digunakan untuk menunjuk kepada orang atau sesuatu selain orang..spesis ini terbahagi kepada dua jenis yang berbeza disebabkan oleh jarak..pertama menunjuk untuk jarak dekat dan kedua menunjuk untuk jarak jauh..gambarajah di atas menunjukkan spesis isyarah jenis jarak dekat..manakala jenis jarak jauh pula akan kak Wada kongsikan pada siri akan datang..
Spesis isyarah ni pun sama macam spesis dhomir dan mausul yang mempunyai jantina lelaki dan perempuan..juga terbahagi kepada tiga bilangan..satu..dua..dan lebih..perlu diingat yang perkataan selepas spesis isyarah ni tak semestinya menunjuk kepada orang sahaja..sebab tu dalam gambarajah kak Wada letak in bracket perkataan orang tu..boleh jadi selepasnya nama haiwan..tumbuhan..tempat dan apa-apa sahaja..
Mudah je kan nak kenal spesis isyarah ni..so tanpa berlengah lagi..apa kata jom kita mulakan permainan..kita nak tangkap dan kurung dalam bulatan isim dominan spesis isyarah jenis yang pertama iaitu jarak dekat dahulu..lihat ayat-ayat di bawah..kat mana ada spesis ni..
Surah Yaasin ayat 61-64 Kredit: www.searchtruth.com |
1 Surah Al Haj ayat 19 2 Surah Al Qasas ayat 27 Kredit: www.searchtruth.com |
1 Surah An Nisa' ayat 143 2 Surah Al Isra' ayat 20 Kredit: www.searchtruth.com |
InsyaAllah next siri kak Wada akan kenalkan isim dominan spesis isyarah jenis jarak jauh..stay tune..teruskan istiqamah belajar bahasa al Quran..yang terbaik di antara kita adalah orang yang belajar al Quran dan yang mengajarkannya..
SIRI (21) BELAJAR BAHASA AL QURAN MUDAH
No comments:
Post a Comment