Thursday, February 2, 2017

AMALAN RAHSIA JINAKKAN HATI BELAJAR QURAN DAN HAFAZ QURAN

Assalamualaikum..

Adakah hati korang rasa berat sangat nak belajar al Quran..rasa susah sangat nak hafal al Quran..memanglah salah satu tandanya adalah kerana hati kita ni kotor..punca hati kotor adalah kerana banyak melakukan dosa dengan melanggar peraturan Allah..sebaiknya bersihkan hati kita dulu agar Allah beri rasa seronok nak belajar al Quran dan semakin bertambah rasa cinta terhadap al Quran..caranya dengan perbanyakkan istighfar..bertaubat dan berhenti dari melakukan dosa..bila hati sudah bersih baru akan timbul rasa ringan nak belajar al Quran..rasa mudah nak hafal al Quran kerana al Quran ini sangat mulia..sangat suci..jadi mana mungkin ia boleh duduk di tempat yang kotor..

Ada tak cara lain untuk membantu kita rasa ringan nak belajar al Quran..rasa mudah nak hafal al Quran..ada satu lagi usaha atau ikhtiar yang kita boleh lakukan untuk mendorong hati kita agar rasa ringan nak belajar al Quran..rasa mudah faham al Quran..mudah juga hafal al Quran..dalam diri manusia ini ada seketul daging..jika baik daging itu..maka baiklah seluruh diri manusia itu..daging itu ialah hati..bagaimana terhasilnya hati yang baik..salah satunya adalah daripada makanan yang kita makan yang akhirnya membentuk darah dan daging termasuklah pembentukan hati itu sendiri..maka sumber halal haram makanan dan cara penyediaannya juga adalah faktor yang mempengaruhi kebersihan hati..

Pada entry ini..kak Wada nak kongsi dengan korang amalan rahsia bagaimana mahu menjinakkan hati untuk rasa seronok nak belajar al Quran..rasa ringan nak mula hafaz Quran..amalannya mudah sahaja iaitu semasa penyediaan makanan yang kita sekeluarga makan setiap hari..sebenarnya amalan ini kak Wada dapat dari rakan sekerja yang share petua seorang ibu yang mengamalkannya agar anak-anak mendengar kata ibu bapa..lembut hati dan baik perangainya..kemudian amalan tersebut kak Wada olah semula bersama ayat-ayat yang diajar oleh guru kak Wada sebelum nak mula hafaz al Quran..

Mengikut piramid makanan..kumpulan makanan asas terbahagi kepada empat..aras 1 adalah makanan yang paling banyak pengambilannya terdiri daripada nasi, roti, bijirin atau pasta..bagi penduduk negara kita yang makanan rujinya adalah nasi..sudah tentulah nasi yang berada pada aras 1..maka semasa penyediaan memasak nasi inilah kita mesti ambil peluang berdoa kepada Allah kerana kesannya akan mempengaruhi diri kita dan orang-orang yang memakannya terutama ahli keluarga kita..air yang terdapat pada beras yang akan dimasak itu memainkan peranan yang sangat penting..bagaimana ia memberi kesan kepada tubuh kita..

Berikut adalah petikan daripada salah satu buku kaedah sistematik hafazan al Quran yang ditulis oleh guru pengajian al Quran kak Wada..

Kajian membuktikan apabila perkataaan baik diucapkan kepada air..kristal air itu bersinar dan molekul-molekul air itu boleh menyerap gelombang atau frekuensi aktiviti-aktiviti yang baik yang berlaku di sekelilingnya..sekiranya keluar perkataan yang baik atau sekelilingnya ada aktiviti yang baik..maka molekul-molekul air itu akan menghasilkan bentuk kristal yang baik dan begitulah sebaliknya..

Firman Allah:

"...Dan Kami jadikan daripada air semua benda-benda hidup". (Al Anbiya 21:30)

Ayat di atas dan kajian sains mengenai protoplasma (iaitu unsur asal kepada semua benda hidup) adalah berasal daripada air atau separa air menunjukkan bagaimana perkataan yang baik terutamanya al Quran yang dibaca dapat memberi kesan kepada tubuh dan jiwa manusia (seperti kristal air).

Apakah ayat-ayat dan doa yang kak Wada baca semasa mahu memasak nasi..

Setelah beras dimasukkan ke dalam periuk..


Masukkan air bilasan pertama..gunakan jari untuk pusingkan air di tepi periuk ikut arah lawan jam atau sebagaimana kita tawaf di Kaabah sambil membaca istighfar sebanyak 7 kali
اَسْتَغْفِرُ اَللّهَ الْعَظِیْمَ

Masukkan air bilasan yang kedua..pusingkan air seperti di atas juga sambil membaca ayat-ayat berikut
أَعُوْذُ بِاللَّهِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ
بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
أَشْهَدُ أَنْ لَاإِلَــــهَ إِلَّا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رَسُوْلُ اللهِ
ٱهْدِنَا ٱلصِّرَ ٰط ٱلْمُسْتَقِيمَ
بِسْمِ اللَّهِ تَوَكَّلْتُ عَلَى اللَّهِ لا حَوْلَ وَلا قُوَّةَ إِلا بِاللَّهِ الْعَلِيِّ الْعَظِيمِ
   سُبْحَانَكَ لَا عِلْمَ لَنَا إِلَّا مَا عَلَّمْتَنَا ۖ إِنَّكَ أَنتَ الْعَلِيمُ الْحَكِيمُ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

Masukkan air bilasan yang ketiga..pusingkan air seperti di atas juga sambil membaca zikir ini sebanyak 7 kali
   سُبْحَانَ اللّهُ

Masukkan air bilasan yang keempat..pusingkan air seperti di atas juga sambil membaca zikir ini sebanyak 7 kali
اَلْحَمْدُلِلّهِ

Masukkan air bilasan yang kelima..pusingkan air seperti di atas juga sambil membaca zikir ini sebanyak 7 kali
اَللّهُ اَكْبَرُ

Masukkan akhir dan selepas sukat air..baca doa berikut
 
يا لطيفْ
Ya Allah..lembutkanlah hati kami sekeluarga untuk taat kepadaMu Ya Allah sebagaimana lembutnya nasi yang ku masak ini
 
 يا قوي يا عزيز
Ya Allah..berilah kami kekuatan untuk taat kepadaMu Ya Allah
 
 يا قوي يا عزيز
Ya Allah..berilah kami kekuatan untuk belajar al Quran dan faham al Quran
 
يا رزاق
Ya Allah..rezekikan kami dengan amal soleh
 
يا رزاق
Ya Allah..rezekikan kami dengan belajar al Quran dan faham al Quran

InsyaAllah..amalan ini akan membantu kita dan ahli keluarga kita untuk sentiasa rasa cinta kepada al Quran..rasa seronok untuk belajar al Quran dan juga rasa mudah menghafaz al Quran..lagi tambah baik diperdengarkan juga bacaan ayat-ayat al Quran semasa memasak..😊

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...