Wednesday, February 22, 2017

(Part 4) RAHSIA SEORANG JUTAWAN SENYAP

Assalamualaikum..

Rasulullah bersabda:

“Barang siapa yang membaca satu huruf daripada kitab Allah (al Quran), maka baginya satu kebaikan (hasanah) dengannya, dan satu kebaikan (hasanah) seumpamanya dengan sepuluh. Aku tidak mengatakan Alif Laam Miim itu satu huruf, tetapi alif satu huruf, lam satu huruf dan Mim satu huruf.”
(Riwayat Tirmidzi)

Jika 1 huruf yang dibaca dari ayat al Quran diganjarkan 10 kebaikan (hasanah)..so kepada yang dah hafal surah al Kahfi ikut cara hafal dan masa hafal yang kak Wada share tu..jom kita tengok berapa kebaikan kita dah dapat dari ayat 1-10..sekali baca ayat 1-10 diganjarkan 4,290 kebaikan..namun ganjaran kebaikan setiap huruf digandakan lagi mengikut keadaan..

Dari Sayyidina Ali bin Abi Talib:

“Barangsiapa membaca al-Quran di dalam solat dengan berdiri, maka adalah baginya 100 kebaikan dengan setiap huruf. Barangsiapa membaca al-Quran di dalam solat dengan duduk, maka adalah baginya 50 kebaikan dengan setiap huruf. Barangsiapa yang membaca al-Quran di luar solat dalam keadaan suci (berwudhu), maka adalah baginya 25 kebaikan dengan setiap huruf. Barangsiapa membaca al-Quran di luar solat dalam keadaan tidak suci, maka adalah baginya 10 kebaikan dengan setiap huruf.”

Hafal 1 ayat (buka tutup) 60 kali = 257,400 (4,290x60)
Ulang hafal (gabung ayat) 10 kali = 42,900 (4,290x10)
Ulang hafal dalam solat sunat = 3,003,000 (42,900x10 solat x 7 hari)
TOTAL = 3,303,300 kebaikan


Bayangkan hanya dengan menghafal 10 ayat dalam tempoh seminggu sahaja seorang penghafal ayat-ayat al Quran diganjarkan dengan lebih 3 juta kebaikan..bukankah dia sudah menjadi seorang jutawan?..tapi tanpa diketahui oleh orang lain..inilah yang dikatakan jutawan senyap..

Kredit carian Google

Betapa pemurahnya Allah..apa bentuk balasan kebaikan ini di akhirat nanti kita tak tahu..tapi yang pastinya ganjaran paling tinggi adalah syurga Allah..hanya Allah Maha Mengetahui..namun berapa ramai di antara kita ini yang beriman dengan janji Allah..berapa ramai yang mahu berebut-rebut tawaran Allah ini..berapa ramai kita ni yang benar-benar yakin..

Jika RM3 juta ditawarkan kepada siapa yang berusaha hafal sejumlah ayat al Quran mengikut cara dan masa hafalan dalam tempoh yang ditetapkan..nescaya pasti ada yang bersengkang mata berusaha sedaya upaya untuk hafal..mereka pasti berusaha sungguh-sungguh nak dapat duit sebanyak tu..sebab nafsu kita lebih memilih dan mengutamakan habuan dunia yang menjadi fokus hidup orang tidak beriman kepada Allah dan tidak beriman kepada perkara ghaib..iman diuji pada perkara-perkara yang tidak dapat dilihat dengan mata..jika sudah boleh dilihat syurga dan neraka..maka bukanlah beriman namanya..apakah sama matlamat hidup orang beriman dengan orang yang ingkar (kafir) dengan Allah..kita lupa bahawa duit dan kekayaan itu akan berakhir dan yang kekal hanyalah di sisi Allah..

Firman Allah:

"Apa yang di sisi kamu berakhir dan apa yang di sisi Allah kekal. (An Nahl 16:96)

Inilah jutawan yang sebenar-benarnya kerana ganjarannya bersifat kekal..maka hanya orang yang bijak sahaja akan mengejar yang kekal berbanding yang sementara..

Firman Allah:

"Dan apa yang di sisi Allah lebih baik dan lebih kekal. (Al Qasas 28:60)

Lebih-lebih lagi bagi orang beriman itu Allah telah katakan kepada mereka bahawa akhirat itu lebih utama..bukan maksud abaikan dunia..tapi hidup ni fokusnya bukan mencari habuan dunia dan memenuhi kehendak hawa nafsu..

Firman Allah:

"Bahkan kamu memilih kehidupan dunia. Sedangkan kehidupan akhirat itu lebih baik dan lebih kekal. (Al A'la 87:16-17)

"Maka adapun orang yang melampaui batas. Dan dia lebih mengutamakan kehidupan dunia. Maka sesunggguhnya neraka Jahim adalah tempat kediaman." (An Nazi'at 79:37-39)

Fokus hidup orang beriman tak lain hanyalah Allah kerana dunia bagi orang beriman ialah buat apa Allah suka kemudian di akhirat nanti Allah akan bagi apa yang kita suka..apalagi kalau bukan syurga..layak ke kita nak masuk syurga tapi kita tak baca Quran..tak belajar Quran..tak belajar faham Quran sedangkan kesemua itu hukumnya wajib..suruhan Allah..berdosa jika tidak melakukannya..kita tidak ikut apa Allah suruh tapi kita nak masuk syurga Allah..

Semoga post ni memberi kekuatan untuk kita terus istiqamah menghafal kalam Allah..kita tidak sedar bahawa kebaikan dari bacaan huruf-huruf al Quran ini sebenarnya telah Allah ganjarkan di atas dunia lagi..mereka memperolehi kehidupan yang tenang di dunia yang merupakan syurga dunia meskipun sementara..belum lagi balasan kebaikan di akhirat nanti yang kekal abadi..

Sentiasa ingatkan diri bahawa mati bila dan dimana itu bukan pilihan kita tapi hafal Quran pilihan kita selagi nyawa belum sampai di kerongkong kerana setiap yang dipilih itu akan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak..

(Part 1) RAHSIA SEORANG JUTAWAN SENYAP
(Part 2) RAHSIA SEORANG JUTAWAN SENYAP
(Part 3) RAHSIA SEORANG JUTAWAN SENYAP

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...