Apa khabar pelumba-pelumba yang masih istiqamah belajar bahasa al Quran..Alhamdulillah kak Wada dapat kembali menulis semula setelah agak lama meninggalkan siri sebelumnya..bukan mudah nak istiqamah ni..sebab itulah sebaik-baik amalan yang dicintai oleh Allah ialah amalan yang biarpun sedikit tapi istiqamah..
Pada entry kali ini kak Wada nak explain tentang fiel atau kata kerja..nak tahu tentang fiel ni..korang kena baca sampai perenggan terakhir..
Barangkali ada yang dah "lost" dan tak tahu kat mana lokasi pelajaran kita sekarang..jadi seperti biasa sebelum meneruskan perjalanan kita search dulu location..
Di mana lokasinya?..pada siri-siri sebelum ini..kak Wada dah explain tentang isim (kata nama) dan harof (kata sendi)..maka seterusnya kita nak belajar tentang kategori ketiga perkataan dalam al Quran iaitu fiel atau kata kerja..
Setelah kita mengenali isim (kata nama) dan harof (kata sendi)..maka adalah mudah untuk kita mengenali fiel..jika perkataan itu bukan isim dan harof..sudah tentulah perkataan itu adalah fiel kerana perkataan dalam al Quran hanya ada tiga kategori sahaja..berdasarkan gambarajah di atas ada tiga perkara asas yang kita kena tahu berkenaan fiel..pertama kata akar..lihat gambarajah di bawah..
Kata akar fiel terbahagi kepada dua bahagian..Sahih dan Mu'tal..
Dalam bahasa al Quran kata akar perkataan fiel terdiri daripada tiga huruf konsonan..perkataan فعل digunakan untuk mewakili konsonan pertama, kedua dan ketiga..ia dijadikan wazan atau alat pengukur bagi semua bentuk fiel..bahagian pertama dinamakan Sahih..ada sesetengah buku nahu mengatakan jenis fiel ini juga dipanggil fiel sihat..ia terbahagi kepada tiga jenis..pertama fiel Salim atau selamat..jenis ini mendominasi perkataan-perkataan fiel di dalam al Quran..kedua fiel Mahmuz atau fiel yang salah satunya ada huruf hamzah sama ada pada konsonan pertama, kedua atau ketiga..ketiga fiel Mudha'af atau huruf keduanya bertasydid yang menunjukkan gandaan huruf iaitu huruf kedua dan huruf ketiga adalah huruf yang sama..lihat gambarajah seterusnya..
Bahagian kedua dikenali sebagai Mu'tal..jika Sahih dikatakan fiel sihat..maka Mu'tal ini dikatakan fiel sakit kerana salah satu atau dua hurufnya terdiri daripada huruf-huruf berpenyakit atau huruf 'Ilah yang tiga itu..terbahagi kepada lima jenis..setiap satunya mempunyai nama dalam pelajaran nahu tapi kak Wada tak tulis di sini sebab tak nak bagi korang pening nak mengingat nama-nama tu..yang penting korang tahu kedudukan huruf 'Ilah tu kat mana..ada pada huruf konsonan pertama, konsonan kedua, konsonan ketiga, konsonan kedua dan ketiga atau konsonan pertama dan ketiga..
Itu sahaja untuk siri kali ini..tak faham tak apa..jangan risau..jangan susah hati..baca ulang kali..kerja kita usaha belajar..yang beri faham tu kerja Allah..ramai ingat belajar ni mesti faham..sebab tu stress..Allah tak suruh mesti faham..Allah suruh kita belajar je..bila kita usaha bersungguh-sungguh..InsyaAllah Allah akan beri kefahaman..
Teruskan istiqamah belajar bahasa al Quran..yang terbaik di antara kita adalah orang yang belajar al Quran dan mengajarkannya..
No comments:
Post a Comment