Tuesday, March 28, 2017

APAKAH TANDA TAUBATKU DITERIMA OLEH ALLAH?

Assalamualaikum..

Kak Wada nak share satu doa yang dianjurkan membacanya apabila usia menjelang masuk 40 tahun dari ayat al Quran surah Al Ahqaf ayat 15..doa ini complete kerana bukan sahaja kita berdoa untuk diri sendiri tapi juga berdoa untuk zuriat keturunan kita..di dalam doa ini juga mengandungi pengakuan taubat kita kepada Allah..mahu tunggu apa lagi bila umur sudah mencecah 40 tahun selain bertaubat kepada Allah..di kala umur itu fitrahnya naluri manusia akan mencari agama..jangan fikir kita tidak ada dosa untuk bertaubat..kita sangka dosa itu hanya apabila meninggalkan solat atau puasa..berzina..minum arak..tapi ramai yang tidak sedar bahawa tidak belajar al Quran itu adalah satu dosa yang kita lakukan setiap hari selagi mana kita tidak belajar al Quran iaitu baca, faham, hafal, amal dan sebarkan al Quran..

Sebenar-benar taubat adalah kembali belajar al Quran bersungguh-sungguh dengan membaca, memahami dan mengamalkan isi kandungannya..semakin kita istiqamah belajar al Quran..itulah tanda taubat kita diterima oleh Allah..

Bertaubat di usia 40 ini tidak bermaksud bahawa mereka yang belum sampai umur 40 itu bebas melakukan maksiat kerana syarat mati itu bukan umur 40..manakala bagi mereka yang sudah jauh meninggalkan umur 40..betapa Maha Penyayangnya Allah terhadap hambaNya kerana masih lagi memberi peluang untuk bertaubat dengan kembali belajar al Quran sebelum dijemput pulang..

Kredit carian Google

Di dalam doa ini juga kita nak ulangkaji bahasa al Quran iaitu perkataan kategori isim dominan spesis Dhomir atau ganti nama yang terdapat dalam doa ini..perhatikan perkataan-perkataan yang font berwarna merah..bila faham bahasa al Quran..sudah pastinya kita dapat menghayati doa yang kita baca..








Teruskan istiqamah belajar bahasa al Quran..yang terbaik di antara kita adalah orang yang belajar al Quran dan yang mengajarkannya..


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...