Thursday, September 10, 2015

UMRAH MAC 2015 LAPANGKAN REZEKI

Assalamualaikum..

Syukur Alhamdulillah..sekitar bulan Mac 2015 yang lalu kak Wada dijemput menjadi tetamu Allah.."Duyufur Rahman"..akhirnya kak Wada dapat menjejakkan kaki ke Masjidil Haram dan bersolat secara langsung di hadapan Kaabah setelah sekian lama menanam azam untuk mengerjakan umrah bersama keluarga tersayang..

Menunaikan umrah hukumnya adalah sama dengan hukum menunaikan haji iaitu wajib sekali seumur hidup bagi sesiapa yang berkuasa dan berupaya melakukannya.

Firman Allah:
 "Dan sempurnakanlah ibadah haji dan umrah kerana Allah.(Al-Baqarah 2:196)" 


Sebelum berlepas dari KLIA ke Jeddah

 Kak Wada tak dapat nak bayangkan kat korang bagaimana perasaan kak Wada sewaktu pertama kali melangkah masuk ke dalam Masjidil Haram dan merasai nikmat menatap Kaabah dengan izin Allah..
 
لبيك اللهم لبيك
لبيك لا شريك لك لبيك
ان الحمد والنعمة لك والملك لا شريك لك
 
HambaMu telah datang menyambut panggilanMu Ya Tuhan
HambaMu datang menyambut panggilanMu
Sesungguhnya segala puji-pujian, nikmat dan kerajaan adalah kepunyaanMu dan tidak ada sekutu bagiMu 


Suasana umat Islam melakukan tawaf selepas solat Subuh sekitar Mac 2015

Menitis air mata..lubuk hati berkata.."sampai jua aku ke sini"..terima kasih Ya Allah atas jemputanMu..jemputan bukan untuk kak Wada laki bini je tapi dak kakak dan dak adik juga turut sama menerima jemputan ini..seawal usia mereka telah menjejakkan kaki ke sana berbanding usia kak Wada..betapa besar rezeki kurniaan Allah atas mereka berdua..
 
Ganjaran satu solat di Masjidil Haram lebih afdhal daripada 100,000 solat di masjid lain
 
Sebenarnya untuk sampai ke sana bukanlah atas sebab keupayaan kewangan atau keupayaan fizikal..jika Allah mahu menilai dari sudut keupayaan kewangan..berapa ramai orang yang mempunyai keupayaan dari sudut kewangan tapi masih belum lagi mahu ke sana..jika Allah mahu menilai dari sudut keupayaan fizikal pula..sudah tentu tiada di kalangan mereka yang kurang upaya..bertongkat mahupun berkerusi roda turut sama berada di sana..maka soal apa ya korang..ini soal hati..bagaimana kesungguhan hati hamba-hambaNya untuk sampai ke sana..bukanlah siapa yang mempunyai paling banyak jumlah wang dan harta..juga bukanlah siapa yang paling gagah tubuhnya menjadi penilaian di sisi Allah..sebaliknya Allah menilai kesungguhan hati dan usaha kita dalam mencari redhaNya..bukankah Allah telah berjanji akan menunjukkan jalanNya kepada mereka yang bersungguh-sungguh ini..
 
Firman Allah:

 "Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keredhaan) Kami, Kami akan tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami. Dan sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang berbuat baik.(Al-'Ankabut 29:69)"
 
Kita menangguhkan pemergian ke sana dengan pelbagai alasan disebabkan kita tidak jadikan ia satu prioriti dalam hidup ini..bila bukan prioriti..maka kita tidak akan bersungguh-sungguh ke arah itu..mungkin juga kerana kita tidak yakin dengan rezeki yang dijanjikan oleh Allah..kita jadi takut malah kedekut untuk membelanjakan apa yang kita ada pada hari ini ke jalan untuk mencari redha Allah dek kerana terlalu risau dan bimbang akan masa depan kita..walhal kita sendiri pun tidak tahu "future events" kita nanti..hanya Allah Yang Maha Mengetahui..simpan punya simpan duit kat bank dengan harapan duit tu jaminan bahagia di masa depan..last last tak sempat sampai masa depan dah jadi Allahyarham..
 
Kita sangka bila kita ada duit yang banyak pada masa depan..hidup kita tentu akan bahagia..korang pasti ke duit itu yang menjamin kebahagiaan korang pada masa depan?..timbul pula soalan mengapa ada orang yang porak peranda hidupnya setelah punya wang berjuta..malah hidup penuh stress..kalau benarlah terjamin..apasal orang tu tak bahagia dengan duit berjuta tu..nyatalah di sini bahawa hanya Allah sahaja yang boleh menjamin bahagia kita pada hari ini mahu pun pada masa depan..bila mana kita kejar duit dan membelakangkan redha Allah..adakalanya Allah izin kita dapat duit yang kita nak sangat tu tapi selepas tu duit itulah yang akan menyeksa kita balik..macam-macam masalah kita hadapi hingga menyebabkan kita rasa terseksa dan tidak tenang..bila tidak tenang sudah pasti nikmat bahagia tidak dikecapi..point yang kak Wada nak share dengan korang kat sini ialah korang tak payahlah terlampau memikirkan sangat pasal duit masa depan yang belum tentu pasti milik korang..korang letakkanlah sepenuh pergantungan hanya kepada Allah Yang Maha Mengetahui..baik pada keinginan kita belum tentu baik pada kehendak Allah..bahagia datang dari Allah..Dia yang beri bahagia tu..pernah ke korang dengar ada orang yang lepas balik dari kerjakan umrah jatuh miskin atau hidup papa kedana sebab belanjakan duit untuk umrah..malah ramai di kalangan mereka ini mengakui bahawa selepas mengerjakan umrah..rezeki mereka berlipatganda..janji Allah adalah benar..
 
 Firman Allah:

"Barang siapa meminjamkan Allah dengan pinjaman yang baik maka Allah melipatgandakan ganti kepadanya dengan banyak.  Allah menahan dan melapangkan (rezeki) dan kepadaNyalah kamu dikembalikan.(Al-Baqarah 2:245)"
 
Alhamdulillah..kak Wada sendiri selepas balik mengerjakan umrah..hidup kak Wada sangat berbeza dari sebelumnya..macam-macam rezeki Allah beri..rezeki tak semestinya dalam bentuk wang ringgit semata..kak Wada kongsi cerita pasal umrah ni pun bukan apa..supaya those korang yang masih teragak-agak nak buat umrah disebabkan banyak sangat percaturannya..tak payah fikir sampai bertahun..kejar redha Allah dulu..then the rest of your life akan jadi "smooth"..once korang dah ada duit tu "on" je..but make sure duit yang korang nak guna untuk buat umrah tu bukan saja dari sumber yang halal malah berkat..sebab berkat itu ialah apa yang Allah redha..bila Allah redha..InsyaAllah..Allah permudahkan urusan korang di sana nanti..

Apakah rezeki kurniaan Allah yang kak Wada dapat selepas balik dari umrah..apakah yang kak Wada minta dari Allah di hadapan Kaabah..teruskan menyelongkar post post di blog kak Wada ini..nanti korang akan ketahui segalanya..mulakan dengan membaca post ini..DOA NAK BERNIAGA TAPI TAK NAK RUGI

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...