Assalamualaikum..
Ikut teori pengurusan kewangan yang kak Wada tahu hasil daripada pembacaan..sumber pendapatan ada 4 jenis..pendapatan aktif..pendapatan pasif..pendapatan sampingan dan pendapatan portfolio..kalau nak "secure" dalam kewangan peribadi..kita kena ada "multiple sources of income"..contohnya kalau korang kerja makan gaji yang merupakan sumber pendapatan aktif..korang kena ada "back up" sumber pendapatan pasif..sebabnya omputih cakap if you have to leave your job later you have another source of income for your survival..
Those yang lebih advance lagi..diorang kata pendapatan pasif pun kena multiple jugak..korang biasa dengar ayat budak-budak yang main investment ni..mahaguru diorang cakap jangan letak telur dalam satu bakul..sebab kalau bakul tu terhempas..habis pecah semua telur-telur tu..kalau letak dalam bakul lain-lain..satu bakul terhempas..ada lagi telur dalam bakul lain..kalau korang tak berapa faham..korang tanya jelah kat budak-budak yang main investment..
Menjalankan perniagaan kecil-kecilan merupakan sumber pendapatan sampingan..maka kak Wada pun sangatlah teruja untuk mempunyai perniagaan sendiri..mula dari kecil dulu dan beransur-ansur membesarkan perniagaan..kak Wada dah pasang impian untuk capai target income puluhan ribu sebulan dan mencecah jutaan ringgit dalam setahun dari perniagaan tu satu hari nanti..tinggi sungguh angan-angan kak Wada korang ni..alah..korang pun ada angan-angan jugak kan..mengaku je *lerrrrrrrr* (dibaca 4 harkat oleh orang Melaka)..maka kak Wada pun start berniaga makanan yang dibantu oleh dak kakak..
Mulanya perniagaan kak Wada tu berjalan lancar..tapi setelah dak kakak masuk asrama awal Januari hari tu..kak Wada rasa macam "down" sebab dah tak ada assistant cum bisnes partner..tambah "down" lagi bila nak start GST hari tu..walaupun GST start bulan April..sebelum bulan April lagi harga bahan mentah untuk hasilkan makanan kak Wada tu dah naik harga soon after harga minyak naik..so macam mana nak berniaga ni..kalau rugi..baik tak payah berniaga kan korang..
Bergantung dengan dak kakak..last last dak kakak masuk asrama..bergantung dengan harga barang..last last ekonomi tak menentu..tak usah kata nak untung..rugi lagi ada..kalau kita ni hidup bergantung selain daripada Allah..macam tulah..tak ada satu pun yang akan kekal..see betapa rapuhnya pergantungan selain Allah..
Firman Allah:
"Perumpamaan orang-orang yang mengambil pelindung selain Allah adalah seperti labah-labah yang membuat rumah. Dan sesungguhnya rumah yang paling lemah ialah rumah labah-labah, sekiranya mereka mengetahui.(Al-'Ankabut 29:41)"
Jadi kak Wada pun cakaplah dengan diri sendiri.."aku ni nak berniaga tapi aku takut rugi..tak nak rugi..kedua kalau berniaga aku tak nak perniagaan aku tu menyebabkan aku lambat solat..tak dapat solat berjemaah..paling aku tak nak..perniagaan tu menyebabkan aku makin jauh dengan Allah..aku tak nak perniagaan tu melalaikan aku hingga tak berapa nak taat dengan perintah Allah"..
Firman Allah:
"Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu dilalaikan oleh (urusan) harta benda kamu dan anak pinak kamu daripada mengingati Allah (dengan menjalankan perintahNya) Dan (ingatlah), sesiapa yang melakukan demikian, maka mereka itulah orang-orang yang rugi.(Al-Munafiqun 63:9)"
Agak-agak koranglah apakah perniagaan yang menepati kriteria yang kak Wada nak tu..ada ke perniagaan yang macam tu..mesti ada antara korang jawab..meniaga ni ada turun naiknya..mestilah ada masa rugi..kalau sekali sekala lambat solat sebab settlekan bisnes punya hal dulu..boleh kot..Allah tak marah..waktu tu memang kak Wada benar-benar dalam dilema..menjelang beberapa hari sebelum kak Wada berangkat ke Mekah..terdetik di hati kak Wada untuk minta petunjuk dari Allah semasa berada di hadapan Kaabah nanti..
Apakah doa kak Wada?..waktu bilakah kak Wada berdoa..di manakah tempat kak Wada berdoa..adakah Allah menjawab permintaan kak Wada..
No comments:
Post a Comment