Assalamualaikum..
Hidup ini tak lain hanya untuk mencari redha Allah..apa jua aktiviti hidup yang kita lakukan seharian semuanya mestilah bermatlamatkan untuk mencari redha Allah..tidak kira siapa kita..seorang Ketua Pengarah..seorang doktor..seorang guru..seorang petani..seorang cleaner..seorang businessman..hatta seorang suri rumah..persoalannya apakah usaha kita dalam mencari redha Allah..nak dapat redha Allah kena taat dengan Allah dan aktiviti yang dilakukan mestilah mengikut peraturan Allah..paling penting sekali kita mengutamakan perkara yang diutamakan oleh Allah iaitu solat dan belajar al-Quran bersungguh-sungguh..
Apakah usaha kita untuk solat on time..apakah usaha kita untuk solat berjemaah di masjid..apakah usaha kita untuk spend masa baca al-Quran..apakah usaha kita untuk belajar dan mahirkan diri dengan al-Quran..sebab Allah tidak kira berapa banyak hasil yang kita dapat daripada setiap aktiviti hidup yang kita lakukan..berapa banyak income yang kita dapat daripada bekerja sebagai seorang doktor umpamanya..berapa banyak harta yang telah kita kumpulkan hasil daripada perniagaan yang kita jalankan..Allah hanya nak tengok usaha kita taat kepadaNya..sebab Allah tidak memberi balasan ke atas berapa banyak jumlah hasil yang kita perolehi atau banyak mana hasil kita sudah miliki tetapi Allah beri balasan atas apa yang telah kita usahakan..yang dikira adalah usaha kita untuk taat kepada Allah..usaha kita dalam mencari redha Allah..sebab yang akan diberi balasan di akhirat kelak bukan based kepada hasil tapi based kepada usaha..
Firman Alllah:
"Dan manusia hanya memperolehi apa yang telah diusahakannya. Dan sesungguhnya usahanya itu kelak akan diperlihatkan (kepadanya). Kemudian akan diberikan balasan kepadanya dengan balasan yang paling sempurna.(Al Najm 53:39-41)"
Antara seorang Ketua Pengarah dengan seorang cleaner..siapakah yang mengutamakan solat dan belajar al-Quran bersungguh-sungguh..siapakah yang lebih berusaha untuk solat on time..siapa yang lebih berusaha untuk solat berjemaah..siapa yang lebih berusaha untuk spend masa belajar al-Quran bersungguh-sunggguh..jadi balasan Allah based kepada usaha bukan kepada hasil yang diperolehi..bukan jawatan siapa paling tinggi..bukan gaji siapa paling banyak..tapi siapa yang paling berusaha untuk taat kepada Allah..
Bila kita faham konsep balasan Allah ni..maka kita akan berlumba-lumba berusaha untuk taat kepada Allah..namun hakikatnya manusia berlumba-lumba berusaha untuk dapat hasil yang paling banyak dan paling tinggi..masih belum terlambat..hari ini kita perbaiki diri..kembali berusaha untuk taat kepada Allah..hari ini berusaha nak solat on time..hari ini berusaha nak solat berjemaah..hari ini berusaha nak belajar al-Quran bersungguh-sungguh..jangan tangguhkan usaha..paksa diri untuk berusaha..sebab mati itu tidak diberitahu waktu dan tarikhnya..setiap kita dibalas atas apa yang kita usahakan..

No comments:
Post a Comment