Assalamualaikum..
Kita berdoa kepada Allah agar mengurniakan apa yang kita mahu..apa itu doa?..doa adalah ketaatan..
Firman Allah:
"Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu (Muhammad) tentang Aku, maka sesungguhnya Aku berada dekat dengan mereka. Aku kabulkan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepadaKu. Hendaklah mereka memenuhi (perintah)Ku dan beriman kepadaKu agar mereka memperoleh kebenaran. (Al Baqarah 2:186)"
Berdasarkan firman Allah itu..Allah boleh beri apa yang kita minta dalam doa kita dengan syarat kita kena ikut apa yang Allah perintah..apa yang Allah perintah?..nak tahu perintah Allah kena tahu peraturan Allah..kat mana peraturan Allah?..PERATURAN ALLAH DALAM AL-QURAN..
Kita sibuk minta dengan Allah keperluan kita tapi kita tidak taat dengan perintah Allah..kita lebih fokus untuk dapatkan apa yang kita mahu daripada Allah berbanding fokus kepada apa yang Allah mahu daripada kita..sedangkan Allah jamin keperluan kita bila kita ikut apa yang Allah mahu..
Nak ikut perintah Allah kena ikut peraturan al-Quran..persoalannya adakah kita BERSUNGGUH-SUNGGUH BELAJAR AL-QURAN..adakah kita baca al-Quran..adakah kita baca al-Quran dengan tajwid yang betul..adakah kita hafaz al-Quran..adakah kita faham al-Quran..adakah kita beramal dengan al-Quran..adakah kita sebarkan al-Quran..
Nak ikut perintah Allah kena ikut peraturan al-Quran..persoalannya adakah kita BERSUNGGUH-SUNGGUH BELAJAR AL-QURAN..adakah kita baca al-Quran..adakah kita baca al-Quran dengan tajwid yang betul..adakah kita hafaz al-Quran..adakah kita faham al-Quran..adakah kita beramal dengan al-Quran..adakah kita sebarkan al-Quran..
Mari muhasabah diri..kita mengeluh sebab tak dapat apa yang kita nak walaupun dah banyak berusaha..dah banyak berdoa..dah banyak buat amalan itu..amalan ini..walhal dalam masa sama kita tak ikut perintah Allah yang suruh belajar al-Quran..kita tak belajar al-Quran bersunguh-sungguh..so bila kita tak ikut syarat Allah..sudah tentu Allah tak beri apa yang kita nak..kerja kita fokus ketaatan dengan ikut segala perintah Allah..Allah perintah belajar al-Quran bersungguh-sungguh..kita belajar al-Quran bersungguh-sungguh..hasilnya hak Allah untuk tentukan..bukan kita sibuk fikir kenapa aku tak dapat hasilnya..bila fikir mengapa tak dapat atau bila nak dapat apa yang kita nak..maka itulah yang menyebabkan hidup kita jadi stress..bukankah Allah lebih mengetahui keperluan kita..kita tak berdoa minta pun..Dia tahu apa keperluan kita..apa yang kita nak..bagi orang yang fokus ketaatan kepada Allah..hidupnya tenang sebaliknya orang yang fokus kepada hasil..hidupnya stress..harap dengan perkongsian ini dapat membetulkan salah faham kita tentang konsep berdoa..
Allah masih beri peluang untuk kita perbaiki diri..ayuh kita perbaiki diri..
No comments:
Post a Comment