Tuesday, January 5, 2016

TIPS MENJADI ORANG KAYA YANG BAHAGIA

Assalamualaikum..
 
Rasa kagum ke tengok kekayaan dan kemewahan hidup orang lain..kita rasa kagum sebab kita rasa alangkah bestnya kalau kita pun dapat memiliki apa yang dimiliki oleh orang itu..kita fikir hati kita tentu rasa bahagia kalau kita boleh menjadi sepertinya..sebenarnya orang yang hidup kaya dan mewah ni hidupnya sentiasa diburu kebimbangan di sebalik kemewahan yang dipamerkan..melainkan sekiranya mereka hidup mengikut peraturan Allah..mereka tidak ingkar dengan Allah..mereka taat totally peraturan Allah bukan ada peraturan ikut..ada peraturan tak ikut..contoh..Allah suruh solat ikut tapi Allah suruh tutup aurat tak ikut..Allah suruh infak harta ikut..tapi Allah suruh jaga halal haram sumber pendapatan tak ikut..mana mungkin Allah beri keberkatan jika hasil pendapatan kita itu dari sumber yang bercampur gaul dengan perkara-perkara yang melanggar peraturan Allah..tidak solat..mendedah aurat..berlaku pergaulan bebas antara lelaki dan wanita..
 
Bagi golongan kaya dan mewah tetapi ingkar ini..walaupun mereka hidup dengan kekayaan dan kemewahan tapi hati mereka sentiasa rasa bimbang akan keselamatan harta benda mereka..hati mereka sentiasa rasa bimbang keselamatan hidup mereka..rasa bimbang nyawa mereka terancam..mereka bimbang harta mereka diambil orang..bimbang harta mereka hilang..sebab tu mereka ambil pelbagai langkah keselamatan..dah ada guard..ada pagar elektrik lagi..dah ada cctv..ada bilik kebal lagi..sebab apa..sebab mereka bimbang..rasa kebimbangan inilah merupakan satu bentuk penyeksaan daripada Allah..mana mungkin hati mereka rasa bahagia sekiranya perasaan bimbang sentiasa di hati..kita kagum kepada mereka..tapi apa kata Allah..
 
Firman Allah:
 
"Maka janganlah harta dan anak-anak mereka membuatmu kagum. Sesungguhnya Allah berkehendak untuk menyeksa mereka dalam kehidupan dunia dan kelak akan mati dalam keadaan kafir.(At-Taubah 9:55)"
 
Semua persoalan hidup manusia dijawab di dalam al-Quran..ini tidak bermaksud kita ditegah menjadi kaya dan merasai kemewahan hidup..sebab inilah jawapan kepada golongan yang mengatakan bahawa orang tak taat dengan Allah pun kaya juga..ayat ni beritahu memang mereka kaya tapi Allah seksa hati mereka..berbeza kalau kaya tapi taat dengan Allah..ikut semua peraturan Allah..sudah pasti hidup rasa tenang dan bahagia sebab Allah tak seksa hati orang yang taat dengan Allah..orang yang ikut semua peraturan Allah..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...