Orang yang belajar bahasa al Quran..dia faham al Quran..dia faham apa Tuhan cakap akan melahirkan amalan yang berkualiti..solat tapi tak faham apa yang dibaca tidak berkualiti..baca al Quran tapi tak faham tidak berkualiti..bagi kita asalkan solat sudahlah..janji dah solat..janji dah baca al Quran..penting sangat ke amalan berkualiti ni..sangat penting kerana Allah hanya terima amalan hambanya yang berkualiti..
Kita singkap kembali kisah dua orang anak Adam yang diperintahkan oleh Allah melakukan korban..amalan korban siapakah yang diterima oleh Allah?..lihat ayat di bawah..perkataan pertama dalam bulatan merah bermaksud "lalu telah diterima" iaitu korban dari Habil diterima kerana dia mempersembahkan korban dari hasil ternakannya yang paling baik..yang paling berkualiti..perkataan kedua dalam bulatan merah bermaksud "tidak diterima" iaitu korban dari Qabil tidak diterima kerana dia mempersembahkan korban dari hasil tanaman yang tidak elok..yang tidak berkualiti..dan perkataan ketiga dalam bulatan merah pula bermaksud "sesungguhnya hanya Allah menerima" iaitu amalan daripada orang yang bertakwa..bermakna kalau amalan itu bukan datang dari orang bertakwa..ia tidak diterima oleh Allah..perkataan dalam bulatan hijau bermaksud "orang-orang yang bertakwa"..siapa orang yang bertakwa?..mari kita lihat ayat seterusnya..
Nota: bertanda smiley ialah kata nama (isim) |
Nota: bertanda smiley ialah kata nama (isim) |
Maknanya di sini kalau kita nak amalan kita diterima oleh Allah..kita mesti masuk dalam golongan orang yang bertakwa right?..persoalannya bagaimana hubungan kita dengan al Quran..adakah kita bersungguh-sungguh belajar al Quran..adakah kita faham al Quran..nak faham kena belajar bahasa al Quran..adakah kita belajar bahasa al Quran..adakah kita amalkan al Quran..
Lihat bagaimana kita mempersembahkan amalan solat kita kepada Allah..adakah itu solat yang paling baik dan berkualiti yang kita persembahkan?..kita tidak belajar al Quran beerti kita bukan golongan orang bertakwa..bila tidak belajar al Quran..kita tidak faham ayat yang kita baca dalam solat..kita kata tak belajar al Quran tak apa..tak belajar bahasa al Quran tak apa..yang penting asal solat..janji dah solat..sama tak macam Qabil?..asalkan korban..jika demikian..layak ke amalan kita diterima oleh Allah..sedangkan dalam perkara lain kita buat sehabis baik..kita buat paling berkualiti tapi bila solat..kita buat secincai yang boleh..waktu solat tak jaga..solat tergesa-gesa..tak faham ayat yang dibaca..tak peduli hukum tajwid dalam bacaan..fikir-fikirkanlah..
Semoga perkongsian yang kak Wada panjangkan dari kelas pengajian bahasa al Quran kak Wada ini menjadi satu peringatan buat kita bersama untuk memperbaiki diri dan berusaha mempersembahkan amalan yang paling berkualiti..caranya belajarlah al Quran..belajarlah bahasa al Quran kerana dibimbangi amalan kita tidak diterima oleh Allah akibat daripada kita tidak belajar al Quran..
No comments:
Post a Comment