Assalamualaikum..
Salah satu kemudahan yang Allah beri dalam memahami bahasa al Quran ialah apabila kata perbuatan yang sama Allah guna berulang kali..bezanya dalam masa dan tempat yang berbeza..jom kita tengok diagram kak Wada ni..apakah kata perbuatan yang sama dalam ketiga-tiga ayat dalam diagram ni..
Ketiga-tiga ayat ini menggunakan perkataan campak..perkataan campak ni ikut kamus dewan seerti dengan lempar..humban..buang..dalam surah Yusuf pun ada perkataan ni pada ayat apabila salah seorang saudaranya suruh campakkan Nabi Yusuf dalam perigi (12:10)..masa present pun ada lagi ayat lain..al Quran ini diturunkan pada masa Nabi Muhammad..sebab itulah digunakan present..masa ini berlanjutan hingga kepada kita hari ini sebagai umat Nabi Muhammad..dan ia kekal present selagi belum terjadinya future..inilah bukti bahawa al Quran ini tetap relevan walaupun merentasi tiga masa..gambaran akhirat pun banyak..dalam surah al Mulk ada ayat tentang orang tak taat sama Allah (kafir) dicampakkan ke dalam neraka (67:7)..so bayangkan keadaan ahli neraka..tak ada letak elok-elok..kena campak je dalam api..nauzubillah..doa mohon Allah jauhkan kita daripada menjadi ahli neraka..So inilah pelajaran kita hari ini..Allah sebut kata perbuatan yang sama berulang-ulang kali supaya kita mudah faham dan ingat..sampaikan perihal masa depan yang kita tak tahu apa akan jadi pun Allah dah bocorkan dari sekarang..macam nak ambil periksa dah tahu jawapan..jadi kalau kita tak nak taat juga sama Allah..apa lagi alasan supaya kita tidak kena campak dalam neraka..sebab itulah diwajibkan ke atas kita semua belajar bahasa al Quran untuk memahami al Quran..bagaimana kita kata yang kita sudah beriman dengan al Quran sedangkan kita enggan memahami al Quran..
InsyaAllah nanti kak Wada kongsikan lagi supaya kita rasa bahasa al Quran ni mudah..
SIRI (2) BELAJAR BAHASA AL QURAN MUDAH
khatam 18/10/2020 - pakdin
ReplyDelete