Tuesday, August 30, 2016

SIRI (13) BELAJAR BAHASA AL QURAN MUDAH

Assalamualaikum..

Pada siri 12..kita dah belajar topik isim (kata nama) pada perkara isim dominan..kita dah kenal salah satu isim dominan iaitu isim spesis dhomir..jenis dan ahli keluarganya..kak Wada pause dulu topik isim ni sebab nak share dulu tentang harof..nak tahu pasal gambarajah di bawah ni..teruskan membaca..

 
Ada yang dah lost ke..tak tahu dah berada kat pelajaran mana sekarang..tengok balik gambarajah di bawah ni..first sekali masa siri 2 tu..kita belajar tiga jenis kategori perkataan dalam al Quran..so far kak Wada dah terangkan tentang empat perkara yang kita kena tahu berkenaan isim (kata nama)..
 

So siri ni kak Wada nak terangkan tentang harof (kata sendi)..sama macam isim dominan..harof ni pun juga mendominasi perkataan dalam al Quran..so once korang dah kenal rapat dengan harof dan keturunannya..memang senang je korang nak faham bahasa al Quran ni..tengok pula gambarajah di bawah ni..harof ni mempunyai 10 anak..lain guru lain ajarannya..ada yang kurang..ada yang lebih daripada ni..but no problem..kita raikan perbezaan..so long kita kenal dan boleh bezakan antara harof dengan isim dan fiel..itu dah ok sangat..


Mengapa dipanggil harof?..sebab harof ni terdiri dari huruf hijaiyah sama ada satu huruf..gabungan dua..tiga atau 4 huruf sahaja..bila masuk topik harof ni..point utama yang kita kena tahu ialah fungsi harof tu..apa kata kita berkenalan dulu dengan anak sulung harof ni yang bernama harof Jar..dia ada sembilan anak..jar atau jarrun bermaksud baris bawah kerana ia berfungsi membaris bawahkan isim selepasnya..lihat gambarajah kak Wada buat ni..korang tengok satu persatu nama anak-anak si Jar ni..walaupun ramai tapi namanya pendek-pendek je..senang korang nak ingat..
 
 
Next siri..InsyaAllah kita akan practice harof Jar ni dengan menangkap dan mengurung dalam bulatan anak-anak Jar yang terdapat di dalam al Quran..teruskan istiqamah belajar bahasa al Quran..bahasa syurga..yang terbaik di antara kita adalah orang yang belajar al Quran dan yang mengajarkannya..

SIRI (14) BELAJAR BAHASA AL QURAN MUDAH

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...