Monday, August 22, 2016

DOA JENAZAH IKUT GANTI NAMA YANG BETUL

Assalamualaikum..

Kita nak apply lagi isim spesis dhomir (ganti nama) agar kita bertambah jelas dan menggunakannya dengan penuh yakin terutamanya dalam doa-doa yang kita baca..

Kita tidak mahu belajar bahasa al Quran dengan alasan..doa je dalam bahasa Melayu..Allah faham..itu jika di luar solat..bagaimana pula jika di dalam solat..umpamanya sewaktu di dalam solat jenazah..selepas angkat takbir yang ketiga..kita baca doa untuk jenazah..adakah kita boleh membacanya dalam bahasa Melayu..sudah tentu tidak..

Kita kata lagi..tak apa..asalkan baca cukuplah..tapi bayangkan jika jenazah itu mak kita seorang sahaja..then kita doa "ampunilah oleh Engkau baginya"..dhomir "nya" yang kita baca tu merujuk kepada seorang lelaki"..bukankah mak kita seorang perempuan..nampaknya kita ambil mudah dan anggap ia perkara remeh..tapi sedarkah kita bahawa bila doa yang dibaca tidak betul..doa itu tiada kualiti..so what do you expect..adakah doa kita untuk ibu kita itu akan diterima oleh Allah dalam keadaan doa yang dibaca tidak berkualiti sedangkan Allah hanya menerima amalan yang berkualiti..nampak tak betapa pentingnya belajar bahasa al Quran..bagaimana Allah nak terima doa kita..bila mana kita sendiri pun tak faham apa yang kita minta..bila faham baru ada penghayatan..baru ada the feeling of the language..sebab itulah wajib atas kita belajar bahasa al Quran..

Mari kita lihat diagram di bawah satu persatu doa jenazah mengikut ganti nama yang betul..perhatikan perubahan dhomir mengikut jantina dan bilangannya pada font yang berwarna merah..






Jika jenazah ramai yang ada lelaki dan ada perempuan..maka dibaca secara umum doa jenazah ramai lelaki..doa ini juga dibaca semasa tahlil arwah..jadi jika kita khususkan doa kepada ruh bapa kita umpamanya..gunakan dhomir yang betul..

Kalau masih ingat lagi pelajaran kita..spesis dhomir di atas kesemuanya dari jenis dhomir muttasil atau ganti nama bercantum..ulangkaji balik..


Semoga dengan perkongsian ini kita dapat memperbaiki lagi bacaan doa yang menjadi amalan kita..jika mahu amalan diterima oleh Allah..maka persembahkanlah amalan yang berkualiti..iaitu amalan yang terbaik kita lakukan..jika perkara lain kita boleh buat sehabis baik..mengapa perkara untuk Allah kita lakukan ala kadar sahaja?..lupakah kita bahawa Allah memiliki segala-gala yang kita mahu dalam hidup ini..

Teruskan istiqamah belajar bahasa al Quran..orang yang terbaik di antara kita adalah orang yang belajar al Quran dan mengajarkannya..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...