Tuesday, October 20, 2015

PENTING SANGAT KE HAFAZ AL-QURAN NI?

Assalamualaikum..

Selepas kak Wada menghafal surah As Sajdah..kak Wada tidak meneruskan hafalan surah lain sebab masa tu fikiran kak Wada dah ke arah persiapan nak pergi umrah..kak Wada membeli buku berkaitan ibadah umrah..juga membaca artikel-artikel berkaitan ibadah umrah di banyak website..

Antara buku yang kak Wada hadam ialah buku karangan Prof Muhd Kamil Ibrahim bertajuk "Nota Dari Madinah"..kalau korang nak pergi umrah memang kak Wada suggest korang baca buku ni..tulisan beliau dari sisi yang berbeza dengan penulis lain dan sangat praktikal..salah satu yang kak Wada praktikkan ialah doa yang dibaca pada setiap pusingan tawaf..

Actually sebelum baca buku tu lagi..ustaz yang kak Wada pergi seminar teknik hafazan al-Quran tu pun berkongsi cerita kepada peserta seminar tentang doa yang dia minta semasa tawaf..antaranya dia minta dengan Allah supaya dia boleh hafaz al-Quran..faham al-Quran dan dikurniakan 10 orang anak..Alhamdulillah..Allah telah memperkenankan permintaannya..

Dipendekkan cerita..tibalah waktu kak Wada mengerjakan tawaf..setiap pusingan tawaf tu kak Wada berdoalah apa yang kak Wada nak..doa untuk suami..doa untuk anak..doa untuk ibu bapa dan lain-lain..last sekali baru kak Wada doa  minta supaya kak Wada boleh hafaz al-Quran..kenapa last sekali..sebab masa tu kak Wada antara yakin dengan tak yakin yang kak Wada ni boleh hafaz al-Quran walaupun ada niat nak hafaz al-Quran..rasa macam susahnya nak hafaz al-Quran ni..rasa macam berat je.."boleh ke aku hafaz ni"..tak ada rasa bersungguh-sungguh nak hafaz al-Quran..


Sekembalinya dari menunaikan umrah..dengan izin dan hidayah daripada Allah..kak Wada rasa macam ringan pulak nak hafaz al-Quran..padahal sebelum pergi umrah tu kak Wada rasa macam payah sangat..selama ni tak pernah terfikir pun yang kak Wada akan boleh hafaz al-Quran sebab ikut kefahaman kak Wada..al-Quran ni baca je pun dah cukup..tak payah hafaz..tak payah tadabbur..sebab tulah al-Quran tak berfungsi dalam hidup kita..al-Quran hanya berfungsi apabila ia letak di hati..macam mana nak letak al-Quran di hati..kita kena hafaz al-Quran..

Kak Wada terus hafal surah Al Baqarah..pada mulanya kak Wada hafal gitu-gitu je..tapi makin ke depan kak Wada hafal dan tadabbur..makin rasa teruja pulak..tak macam baca buku-buku omputih..tak kiralah buku motivasi atau buku ilmu dalam bidang tertentu..lain dia punya rasa..sebab buku omputih tu tak ada hidayah di dalamnya..kita perlu hidayah setiap saat sebab hidayah nilah yang memandu kita masa kita nak buat beribu-beribu keputusan sebelum melakukan apa jua perkara dalam hidup ini..sama ada apa yang kita lakukan tu bertepatan dengan peraturan Allah atau sebaliknya..peraturan Allah hanya ada dalam al-Quran..
Firman Allah:
"Kitab (al-Quran) ini tidak ada keraguan padanya; petunjuk bagi mereka yang bertakwa.(Al Baqarah 2:2)"

Menghafaz al-Quran juga membuatkan kita banyak ingat Allah dan hanya dengan ingat Allah sahaja hati kita akan menjadi tenang..

Firman Allah:

"...Ingatlah hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenang tenteram.(Al Ra'd 13:28)"

Paling penting bila di akhirat nanti kerana orang yang hafaz al-Quran sentiasa membaca al-Quran..

Dari Abi Umamah ra. ia berkata, “Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda, “Bacalah olehmu  Al Quran, sesungguhnya ia akan menjadi pemberi syafaat pada hari kiamat kepada para pembacanya (penghafalnya).”(Riwayat Muslim) 

PANDUAN MASUK SEKOLAH TAHFIZ ULUL ALBAB KPM
"TIDAKKAH KAMU MEMIKIRKANNYA"
BAGAIMANA NAK MULA HAFAZ AL-QURAN

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...