Assalamualaikum..
Pada entry MENGAPA KENA JAUHI SARANG LABAH-LABAH..timbul persoalan tentang apakah yang dimaksudkan dengan bergantung sepenuhnya kepada Allah..mungkin ada juga yang berfahaman bahawa bergantung dengan Allah tu bermakna kita hanya berpeluk tubuh dan menyerahkan segalanya kepada takdir..
Guru pengajian al-Quran kak Wada telah memberikan kefahaman yang betul melalui kuliah yang disampaikannya..maksud bergantung sepenuhnya kepada Allah adalah dengan taat dan patuh kepada perintah Allah..setiap apa yang kita lakukan mesti mengikut peraturan Allah..
Kredit carian Google |
Kita mesti mengutamakan perkara yang diutamakan oleh Allah..Allah priority nombor satu dalam hidup kita..contohnya dalam urusan seharian kita..antara meeting dengan Allah (solat) dan meeting dengan manusia..mana yang kita kena dahulukan..orang yang bergantung kepada Allah mengutamakan meeting dengan Allah..bila Allah panggil setiap waktu solat..kita solat dulu..bukannya meeting dengan manusia dulu..tapi apa yang berlaku kita utamakan urusan dengan manusia berbanding Allah..
Apakah kesan bila kita bergantung dengan manusia..kita utamakan meeting dengan client kita sebab kita anggap client yang akan beri kita banyak job..banyak duit masuk kepada bisnes kita..tapi apa jadi kalau tiba-tiba client kita itu mati..bagaimana dengan bisnes kita..sudah tentulah kita hilang tempat bergantung dan bisnes kita pun drop..
Firman Allah:
"Apa yang ada di sisimu akan lenyap, dan apa yang ada di sisi Allah adalah kekal.(An-Nahl 16:96)"
Sebaliknya jika kita bergantung dengan Allah yang tidak mati seperti client kita..sudah tentu kita tidak akan kehilangan tempat bergantung kerana menyerahkan kepada Allah untuk menjaga bisnes kita..bukankah Allah yang mengawal dan mentadbir seluruh alam ini..Dia boleh melakukan apa sahaja yang dikehendakiNya..rezeki kita pun dia yang tentukan..so kita akan rasa "secured" kerana tempat kita bergantung itu kekal lagi kukuh..
Firman Allah:
"Dan sesiapa yang berserah diri bulat-bulat kepada Allah (dengan ikhlas) sedang dia berusaha mengerjakan kebaikan, maka sesungguhnya dia berpegang kepada simpulan (tali) yang kukuh. Hanya kepada Allah kesudahan segala urusan.(Luqman 31:22)"
MENGAPA KENA JAUHI SARANG LABAH-LABAH
MENGAPA KENA JAUHI SARANG LABAH-LABAH
No comments:
Post a Comment