Wednesday, October 7, 2015

PANDUAN MENGATASI RASA TAKUT BIMBANG RISAU SEDIH

Asalamualaikum..

Pernahkah korang terfikir kenapa hidup kita ni selalu diburu rasa takut..nak buat ni takut..nak buat tu takut..dibelenggu rasa bimbang..kejap bimbang sana..kejap bimbang sini..dihimpit rasa risau..risau masalah ini..risau masalah itu..khuatir tak dapat ini..khuatir tak dapat itu..dihantui perasaan sedih..sedih sebab jadi ini..sedih sebab jadi itu..

Kesemua perkara di atas membuatkan hidup kita jadi tidak tenang..tidak tentu arah..betul tak?..zahirnya kita boleh menipu orang di sekeliling kita dengan menyembunyikan apa yang kita rasa..tapi kita tidak boleh menipu diri kita sendiri bahawa hati kita sedang menderita dan tersiksa..jauh sekali untuk menipu Allah Yang Maha Mengetahui..

Kak Wada nak share dengan korang perkara yang sangat "basic" untuk kita semua faham berkaitan hal ini..kak Wada panjangkan perkara ni kat korang hasil dari pemahaman kak Wada semasa mengikuti kelas pengajian Al Quran..

Setelah datuk kita Nabi Adam dan nenek kita Hawa melanggar perintah Allah akibat terpedaya dengan hasutan syaitan sehingga dikeluarkan dari syurga..Allah memerintahkan Nabi Adam, Hawa dan syaitan  turun ke dunia..sebelum turun dari syurga..syaitan dah berjanji akan menyesatkan keturunan Nabi Adam..maka elemen takut, bimbang, risau dan sedih inilah yang dimainkan oleh syaitan ke dalam hati manusia untuk menyesatkan manusia..Allah Maha Pemurah dan Maha Penyayang kepada hamba-hambaNya..Allah Maha Mengetahui keperluan makhluk ciptaanNya..

Allah berfirman:

"Kami berfirman, "Turunlah kamu semua dari syurga!  Kemudian jika datang kepadamu petunjukKu, maka barang siapa mengikuti petunjukKu, nescaya tiada ketakutan dan dukacita ke atas mereka".(Al Baqarah 2:38)"

Allah menurunkan sekali bersama manusia petunjukNya..senang cerita kompas supaya kita ni tak tersesat jalan dalam hidup ini..supaya kita tidak disesatkan oleh syaitan yang dilaknat oleh Allah itu dan dihumban ke dalam neraka bersama syaitan..kat mana nak dapat petunjuk atau kompas ni..

Firman Allah:

"Kitab (Al Quran) ini tidak ada keraguan padanya; petunjuk bagi mereka yang bertakwa.(Al Baqarah 2:2)"

Maksudnya di sini kompas hidup kita ialah Al Quran..di dalamnya ada panduan untuk mengatasi rasa takut, bimbang, risau dan sedih dalam hidup ini..benar kan..kita rasa takut, bimbang, risau dan sedih kerana kita tidak menggunakan kompas yang Allah beri ni..

Semoga perkongsian kak Wada ini menjadi berita gembira, penawar dan ubat kepada korang yang sedang rasa takut, bimbang, risau atau sedih..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...