Macam mana nak "detect" sama ada harta yang kita ada ni berkat atau tidak berkat..mari kita "scan" sama-sama..apa yang kak Wada share dengan korang ni adalah dari kelas pengajian Al Quran kak Wada..
Harta yang berkat rasa cukup dan harta itu membawa dia dekat dengan Allah..manakala harta tak berkat rasa tak cukup dan halang dia dekat dengan Allah..itulah antara yang disampaikan oleh guru kak Wada..
Perkara ni "simple equation" bagi kak Wada..kita muhasabah diri kita sendiri..hari-hari kita fikir nak tambah sumber pendapatan..nak tambah bilangan harta..kalau lepas pendapatan bertambah..harta bertambah..kita rasa cukup..kita pula makin dekat dengan Allah..solat on time..banyak baca dan tadabbur Al Quran..makna harta kita tu berkat..berkat ialah apa yang Allah redha..bukankah matlamat hidup kita ini tak lain hanya nak cari redha Allah..orang yang diredhai oleh Allah sahaja yang akan mendapat ketenangan dalam hidup..Sebaliknya kalau lepas pendapatan bertambah..harta bertambah..kita rasa tak cukup..harta itu menghalang kita dekat dengan Allah..solat makin lewat..makin malas..tak ada masa untuk baca dan tadabbur Al Quran..makna harta kita tu tak berkat..bila tak berkat sudah pasti Allah tak redha yang menyebabkan kita tidak dapat ketenangan dalam hidup..
Manusia macam kak Wada dan korang ni mesti rasa kagum bila tengok orang lain ada banyak harta..banyak duit..rumah besar..kereta besar..tapi kalau orang itu ingkar dan sombong..tidak taat dan patuh dengan Allah..tak payahlah kita nak rasa kagum sebabnya harta yang dia ada tu sebenarnya menyeksa hidupnya balik..walaupun zahirnya mereka mempamerkan kebahagiaan hidup mereka..tapi sebenarnya mereka hidup dalam tekanan kerana rasa risau..rasa bimbang..rasa takut..rasa sombong..rasa cemas..rasa tidak selamat..rasa terancam dengan harta itu..jelas penyeksaan dari Allah..
Firman Allah:
"Maka janganlah harta dan anak-anak mereka membuatmu kagum. Sesungguhnya Allah berkehendak untuk menyeksa mereka dalam kehidupan dunia dan kelak akan mati dalam keadaan kafir.(At-Taubah 9:55)"
No comments:
Post a Comment