Thursday, May 8, 2014

MASA SEDEKAH YANG PALING AFDHAL

Assalamualaikum..

Bersedekah boleh dilakukan pada bila-bila masa..namun pada masa tertentu sedekah yang dilakukan menjadi lebih afdhal (utama)..pada masa afdhal inilah sedekah kita paling disukai oleh Allah dan sudah pasti ganjaran pahalanya lebih tinggi di sisi Allah..sukacitanya kak Wada panjangkan kepada korang kuliah magrib yang kak Wada ikuti semalam..ustaz menjelaskan bahawa waktu yang paling afdhal untuk kita bersedekah adalah semasa kita rasa bakhil dan kedekut untuk memberi sedekah apa yang kita ada..juga semasa kita rasa benda tu yang paling kita sayang dan suka..

Manusia macam kita ni..time tak ada benda..ok je..tapi bila time dah ada benda dan dah dapat apa yang dihajati..terus berubah jam jam tu juga..time tak berapa nak ada duit..mulia akhlaknya..tinggi budi bahasanya..halus mulus tulus kudus wataknya..hehehe..tapi bila time dah ada duit lebih sikit..mulalah datang rasa bakhil dan kedekut..masa itu jugalah kita rasa sayang sangat dengan apa yang kita ada..nak beri sedekah kat orang tiba-tiba rasa takut nanti jatuh fakir..jatuh miskin..takut berkurangan apa yang ada..

Time korang ada perasaan macam ni..maka time inilah yang paling afdhal korang bersedekah..paling kak Wada ingat bila ustaz cakap biasanya orang perempuanlah..kalau ada baju yang dia rasa masih elok tapi dah tak nak pakai sebab dah tak ikut fesyen..maka time tu baru dia nak beri kat orang..dapat juga pahala sedekah..tapi time tu dah tak afdhal ya ibu ibu kakak kakak adik adik..nak dapat time afdhal..baju baru pakai sekali..lepas dah basuh tu..masa tengah sayang dan suka lagi baju tu..time tu beri sedekah kat orang..
 
Firman Allah:
 
"Sesungguhnya, manusia diciptakan bersifat suka mengeluh.  Apabila dia ditimpa kesusahan dia akan berkeluh.  Dan apabila mendapat kebaikan (harta) dia menjadi bakhil.  Kecuali orang-orang yang melaksanakan solat.  Mereka tetap setia melaksanakan solatnya.  Dan orang-orang yang dalam hartanya disiapkan bahagian tertentu.  Bagi orang (miskin) yang meminta dan yang tidak meminta.  Dan orang-orang yang mempercayai hari pembalasan.  Dan orang-orang yang takut terhadap azab Tuhannya.(Al-Ma'arij 70:19-27)"
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...