Tuesday, December 22, 2015

CARA MENGHADAPI KEGAWATAN EKONOMI

Assalamualaikum..

Bagaimana menghadapi kesulitan hidup berdepan dengan keadaan ekonomi sekarang?..ini pesan guru kak Wada..katanya BERTAKWA KEPADA ALLAH..Allah sudah janjikan jalan keluarnya..

Firman Allah:

"...Sesiapa yang bertakwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhan-Nya dan meninggalkan larangan-Nya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (daripada segala perkara yang menyusahkannya).(Al-Talak 65:2)"

Surah At Talaq 65:2 ayat yang korang panggil ayat 1000 dinar..korang gantung ayat ni kat dinding kedai..gantung kat dinding rumah..ayat tu suruh kita bertakwa bukan suruh gantung ayat tu kat dinding supaya murah rezeki..apa makna takwa?..takwa bermaksud ikut peraturan Allah..kat mana peraturan Allah..PERATURAN ALLAH DALAM AL QURAN..persoalannya adakah kita baca al-Quran..hafaz al-Quran..faham al-Quran..beramal dengan al-Quran..sebarkan al-Quran..jadi macam mana Allah nak beri jalan keluar kalau kita tak ikut peraturan Allah..tak ikut sebab tak tahu..tak tahu sebab tak belajar al-Quran bersungguh-sungguh..tak belajar bersungguh-sungguh sebab tak meletakkan belajar al-Quran top priority dalam pembahagian masa hidup..

Sebelum kita menyalahkan sekeliling kita..fikir dulu kesilapan dan dosa yang kita lakukan..muhasabah diri..tanya diri.."BAGAIMANA HUBUNGAN AKU DENGAN ALLAH..NAK BERHUBUNG DENGAN ALLAH MELALUI AL-QURAN..ADAKAH BELAJAR AL-QURAN ITU TOP PRIORITY DALAM HIDUP AKU"..kalau jawapannya tidak..jadi inilah punca kepada kesulitan hidup yang aku alami hingga menyebabkan hati aku terseksa dan hidup aku rasa tidak bahagia..Allah dah kata dalam surah Al Baqarah ayat 38.."Hudan" tu refer kepada al-Quran..siapa yang ikut al-Quran tiada ketakutan dan dukacita ke atas mereka..

Buatlah apa sekalipun untuk melepaskan diri daripada kesulitan hidup..selagi apa yang kita buat itu bukan melalui jalan takwa dan diredhai oleh Allah..hidup tak akan tenang dan bahagia kerana bahagia hanya apabila kita menjadi orang bertakwa dan orang yang Allah redha..
 
Mari kita perbaiki diri dan sebarkan pesanan ini kepada semua..

Sunday, December 20, 2015

CARA DIDIK ANAK JADI JUJUR

Assalamualaikum..

Perkongsian pengajian tafsir al-Quran kak Wada..mengapa bila di hadapan kita anak kita berkelakuan baik..tetapi bila di belakang kita anak kita berkelakuan sebaliknya atau tidak jujur..menipu kita ibu bapanya..bagaimanakah cara mendidik anak kita supaya berkelakuan baik walaupun tanpa pengawasan kita..tiada cara lain melainkan al-Quran sahaja yang boleh mendidik hati anak-anak kita..al-Quran kena letak di hati anak-anak kita..apakah set ayat yang mesti ditanam di dalam hati anak-anak kita untuk menjadi manusia yang berintegriti..bukan anak-anak kita sahaja tetapi kita juga akan menjadi manusia yang berintegriti bila set ayat ini telah tertanam di dalam hati kita..bagaimana untuk menjadi jujur dalam pekerjaan apabila tidak dilihat oleh orang lain..anak-anak tetap berkelakuan baik dan jujur walaupun tidak dilihat oleh ibu bapa..pekerja jujur menjalankan amanah walaupun tidak dilihat oleh boss atau majikan..inilah set ayat yang perlu kita tanam di hati anak-anak kita mahupun diri kita..
 
ayat pertama
"...Allah Maha Melihat apa yang kamu lakukan.(Al-Baqarah 2:265)"
 
ayat kedua
"...Dan Allah Maha Teliti atas apa yang kamu lakukan.(Ali 'Imran 3:153)"
 
ayat ketiga
"...Dan Allah Maha Mengetahui segala isi hati. (Ali 'Imran 3:154)"
 
Dengan beriman kepada set ayat tersebut..anak-anak kita percaya bahawa mereka tidak dapat lari daripada pengawasan Allah..Allah mengetahui perbuatan mereka malah apa yang terkandung di dalam hati mereka..mereka rasa takut untuk berkelakuan jahat atau melakukan khianat kepada amanah yang diberikan kepada mereka kerana sentiasa merasakan bahawa perbuatan mereka dilihat oleh Allah..tiada satu pun yang akan Allah terlepas pandang sebab Allah Maha Teliti dan Allah tahu apa sahaja yang terdetik di dalam hati mereka..
 
Maka tiada lagi kebimbangan apabila kita sudah menaman ayat-ayat tersebut ke dalam hati anak-anak kita..mereka akan menjadi manusia yang jujur dalam setiap perbuatannya sebab mereka dididik untuk takutkan Allah bukan takut kepada manusia..mana mungkin mereka melakukan perbuatan yang tidak jujur apabila mereka takut kepada Allah..

Wednesday, December 16, 2015

CARA TAMBAH PENDAPATAN YANG TAK IKUT LOGIK AKAL

Assalamualaikum..

Dewasa ini semakin ramai yang berminat dengan pelaburan hartanah..pelaburan hartanah menjadi pilihan kerana ia merupakah salah satu instrumen pelaburan yang boleh menambah pendapatan secara pasif..ada yang kata kalau nak beli hartanah kena simpan duit dulu..kalau ikut logik akal memang betul..bila ada simpanan dan bila dah mencukupi bolehlah digunakan untuk buat deposit beli hartanah..kena displin menyimpan dan jangan guna duit simpanan tu sebab dah target nak beli hartanah..so point kat sini kita nak tambah pendapatan..bagaimanakah al-Quran ajar kita cara nak tambah pendapatan..

Firman Allah:
 
"Perumpamaan bagi orang yang mendermakan hartanya di jalan Allah seperti sebutir biji yang menumbuhkan tujuh tangkai, pada setiap tangkai ada seratus biji. Allah melipatgandakan bagi sesiapa yang Dia kehendaki, dan Allah Maha Luas, lagi Maha Mengetahui.(Al Baqarah 2:261)"

Ayat ini memberi gambaran kepada kita betapa besarnya impak bersedekah dalam mengembangkan harta mahu pun menambah pendapatan kita..ikut logik akal memang against sebab akal kata bila kita sedekah dalam bentuk duit umpamanya bermakna kita keluarkan duit yang kita ada dan akan menyebabkan duit yang ada itu berkurangan..tapi tidak dengan ikut al-Quran..bila kita keluarkan apa yang kita ada untuk sedekah akan menyebabkan apa yang kita ada semakin bertambah..pertambahan itu tidak semestinya dalam bentuk yang sama dengan apa yang telah kita keluarkan..

Perlu diingatkan di sini jika kita mahu bersedekah dalam bentuk duit..maka adalah haram mengambil daripada duit keperluan kita seperti duit belanja nafkah anak isteri..duit yang hendak kita beri sedekah itu mestilah daripada duit lebihan yang kita ada..contohnya setelah ditolak duit untuk kegunaan keperluan hidup kita..maka duit lebihan yang kita hendak simpan di bank itulah yang boleh kita ambil untuk bersedekah..tapi biasanya duit yang nak kita simpan kat bank tulah lagi kita kedekut nak beri sedekah sebab dah ada target untuk beli hartanah..kalau sebulan simpan RM1,000..setahun ada RM12,000..so takut nak gunakan duit itu untuk bersedekah sebab takut duit berkurangan dan tak capai target..

Berbeza bukan antara kepercayaan kepada logik akal dengan kepercayaan kepada al-Quran..jadi kepada korang yang nak tambah pendapatan melalui pelaburan hartanah..sebelum menyimpan duit kat dalam tabung atau kat bank untuk tujuan pelaburan..ambil sebahagian duit yang nak simpan tu dan bersedekah terlebih dahulu..berapa banyak ikut koranglah..jadikan amalan..sedekah itu merupakan salah satu usaha untuk menambah pendapatan sebenarnya..ia ibarat baja yang disiram kepada pokok buah-buahan..tapi jangan pula kita niat bersedekah kerana nak dibalas dengan pendapatan bertambah..niatkan sedekah kerana Allah..sama ada berhasil atau tidak selepas kita berusaha bukan kerja kita untuk menentukannya..hasil hak Allah untuk tentukan..kerja kita minta dengan Allah dan berusaha..maka kita akan berlapang dada..tidak stress memikirkannya..kalau Allah izinkan..Insya-Allah kita akan dapat menikmati hasilnya..

Sebenarnya macam-macam cara Allah boleh tambahkan pendapatan kita sebab dia Maha Kaya..Maha Pemberi..Dia ada semua yang kita perlukan dalam hidup ini..cuma kita je..sama ada nak beriman dengan logik akal atau beriman dengan al-Quran..Allah boleh lapangkan dan sempitkan rezeki siapa yang dikehendakiNya..itu kerja Allah..orang beriman dengan al-Quran tiada kebimbangan kerana percaya dengan janji Allah yang akan ganti apa yang kita keluarkan kerana Dialah sebaik-baik pemberi rezeki.

Firman Allah:

"Katakanlah (wahai Muhammad): "Sesungguhnya Tuhanku melapangkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya di kalangan hamba-hamba-Nya, dan Dia juga yang menyempitkan baginya. Apa sahaja yang kamu nafkahkan, maka Allah akan menggantikannya dan Dialah jua sebaik-baik pemberi rezeki".(Al -Saba 34:39)"

Tuesday, December 15, 2015

TIPS MURAH REZEKI YANG RAMAI TAK TAHU

Assalamualaikum..

Rezeki bukan dalam bentuk wang ringgit semata tapi segala bentuk kurniaan Allah kepada kita adalah rezeki..malah konsep sebenar rezeki dalam al-Quran ialah apa yang kita belanjakan daripada kurniaan Allah kepada kita..bagaimana cara nak murah rezeki?..ada yang mengamalkan pelbagai bacaan ayat-ayat tertentu dan segala kaedah ritual yang bertujuan semata-mata mahu dimurahkan rezeki..mengapa kita sangat bimbang dengan rezeki..siapa yang beri rezeki?..siapa yang atur rezeki?..bukankah lebih mudah kita ikut sahaja peraturan yang memberi dan mengatur rezeki itu iaitu Allah..

Tak perlu rasa bimbang soal rezeki bila mana kita ikut sahaja peraturan Allah dengan belajar al-Quran..belajar faham al Quran dan amalkan..masa solat kita taat dengan Allah tapi di luar solat kita tak taat dengan Allah..mengapa tak taat?..tak taat dengan Allah sebab tak tahu peraturan Allah kerana tidak belajar al-Quran bersungguh-sungguh..belajar bersungguh-sungguh bermaksud menjadikan belajar al-Quran itu top priority dalam hidup kita..belajar membaca al-Quran dengan tajwid..hafal al-Quran jika mahu sentiasa baca al-Quran..belajar memahami al-Quran..beramal dengan al-Quran..dan sebarkan al-Quran..

Belajar al Quran itu hukumnya wajib..maka jika sekarang kita tidak belajar al-Quran bersungguh-sungguh..kita bertaubat dengan Allah sebab kita telah dan sedang melakukan dosa kerana tidak taat dengan perintah Allah..rasa bimbang itu satu seksaan terhadap dosa yang kita lakukan itu..sebenar-benar taubat adalah kembali belajar al-Quran..berazam nak belajar al-Quran bersungguh-sungguh tanpa tangguh dan tidak mengulangi dosa tidak belajar al-Quran..dahulu tidak taat kerana tidak tahu peraturan Allah..orang bertakwa dia taat kepada Allah dengan menjadikan al-Quran itu "hudan" (petunjuk) dalam hidupnya..apa janji Allah kepada orang bertakwa yang ikut segala peraturanNya..

Firman Allah:
"...Sesiapa yang bertakwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhan-Nya dan meninggalkan larangan-Nya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (daripada segala perkara yang menyusahkannya). Serta memberi rezeki daripada jalan yang tidak terlintas di hatinya. Sesiapa yang bertawakkal kepada Allah, maka Allah mencukupkannya (menolong dan menyelamatkannya).(Al-Talak 65:2-3)"

Tiada yang membezakan antara si kaya dan si miskin sebenarnya..yang membezakan mereka adalah antara rasa cukup atau tidak cukup..maka minta dengan Allah rezeki yang cukup..jangan minta rezeki yang banyak..sebab kalau minta banyak..walaupun dah dapat banyak tapi tetap rasa tak puas..rasa tak cukup..sudah tentu hidup rasa terseksa..tapi bila kita minta cukup dan Allah beri kecukupan..hati kita rasa tenang..orang yang belajar al-Quran dan mengamalkannya sudah pasti dijamin kecukupan rezekinya oleh Allah..sebab itulah orang yang belajar al-Quran hidupnya tenang..dia tidak risau dan bimbang soal rezeki yang pada orang yang tidak belajar al-Quran itu soal rezeki merupakan satu kebimbangan yang besar dalam hidup..

Tips ini merupakan olahan daripada perkongsian kelas pengajian al-Quran kak Wada untuk kita sama-sama perbaiki diri..sama-samalah kita sebarkan al-Quran sebab menyebarkan al-Quran merupakan salah satu KPI kita dengan Allah..al-Quran bukan untuk dibaca sahaja..bukan untuk dibaca pada masa-masa tertentu..juga bukan untuk dibaca di tempat-tempat tertentu sahaja..al-Quran adalah petunjuk jalan hidup yang kita beramal dengannya..

Baca Quran tapi tak faham bahasa Arab Quran..nak belajar faham tapi tak tahu macam mana nak mula..baca entry NOTA MINI SIRI BELAJAR BAHASA AL QURAN MUDAH..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...