Tuesday, October 3, 2017

SIRI (35) BELAJAR BAHASA AL QURAN MUDAH

Assalamualaikum

Alhamdulillah dengan izin Allah..kak Wada masih diberi kekuatan untuk terus menulis siri ini..Alhamdulillah juga buat pelumba-pelumba yang belajar nak faham bahasa Quran kerana masih terus istiqamah..pada siri lepas kita dah practice tangkap dan kurung dhomir muttasil (ganti nama bercantum) dengan ketiga-tiga kategori perkataan dalam Quran..siri ini pula kita nak belajar tentang dua isim (kata nama) yang bergabung..jom kita practice tangkap dan kurung surah Yaasin page 441..



Dua isim (kata nama) bergabung terbahagi kepada tiga jenis..

Pertama
ISIM(1) + DHOMIR(2)
(Yang Dimiliki + Yang Memiliki)

(2)مِثْلُ(1) + نَا seperti kami
(2)رَبُّ(1) + نَا Tuhan kami
(2)طَائِرُ(1) + كُمْ nasib malang kamu semua
(2)مَعَ(1) + كُمْ bersama kamu semua
(2)دُونِ(1) + هِ selainNya
(2)شَفَاعَتُ(1) + هُمْ syafaat mereka semua
(2)رَبِّ(1) + كُمْ Tuhan kamu semua
(2)قَوْمِ(1) + ي kaumku
(2)رَبِّ(1) + ي Tuhanku

Dhomir adalah salah satu isim daripada lima isim dominan..baris huruf terakhir isim kedua tidak berubah kerana dhomir adalah mabni atau kebal..

👉lihat perkataan dalam kotak warna oren

Kedua
ISIM(1) + ISIM(2)
(Yang Dimiliki + Yang Memiliki)

Tanda nak kenal..
🍏isim pertama tiada ال atau tanwin
🍏isim pertama tiada ن bilangan dua atau banyak
🍏isim kedua huruf akhir baris bawah

(2)أَصْحَابَ(1) + الْقَرْيَةِ  penduduk kota itu
(2)أَقْصَى(1) + الْمَدِينَةِ hujung bandar itu

👉lihat perkataan dalam kotak warna hijau

Ketiga
ISIM(1) + ISIM(2)
(Yang Disifatkan + Sifat)

Tanda nak kenal..
🍎keduanya mempunyai sama ada ال atau tanwin
🍎bilangan keduanya sama
🍎jantina keduanya sama
🍎baris huruf terakhir keduanya sama

(2)الْبَلَاغُ(1) + الْمُبِينُ penyampai yang nyata/jelas
(2)عَذَابٌ(1)  + أَلِيمٌ azab yang pedih
(2)ضَلَالٍ(1) + مُبِينٍ kesesatan yang nyata

👉lihat perkataan dalam kotak warna purple

Terbaik di kalangan kamu semua adalah orang yang dia belajar Al Quran dan mengajarkannya..

Kepada yang berminat nak dapatkan nota mini SIRI BELAJAR BAHASA AL QURAN MUDAH..whatsapp 0199501973/email anip7375@gmail.com



Saturday, September 30, 2017

SIRI (34) BELAJAR BAHASA AL QURAN MUDAH

Assalamualaikum..

Pada siri kali ini kita akan practice apa yang kita dah belajar melalui permainan tangkap dan kurung dalam surah Yaasin page 441..



Jom kita sama-sama kenalpasti dhomir muttasil yang bercantum dengan ketiga-tiga kategori perkataan dalam Quran..

Pertama
ISIM(1) + DHOMIR MUTTASIL(2)
Yang dimiliki + Yang memiliki



(2)مِثْلُ(1) + نَا seperti kami
(2)رَبُّ(1) + نَا Tuhan kami
(2)طَائِرُ(1) + كُمْ nasib malang kamu semua
(2)مَعَ(1) + كُمْ bersama kamu semua
(2)دُونِ(1) + هِ selainNya
(2)شَفَاعَتُ(1) + هُمْ syafaat mereka semua
(2)رَبِّ(1) + كُمْ Tuhan kamu semua
(2)قَوْمِ(1) + ي kaumku
(2)رَبِّ(1) + ي Tuhanku  

(lihat perkataan dalam kotak warna oren)

Kedua
FIEL(1) + DHOMIR MUTTASIL(2)
Subjek (pembuat) + Objek (yang kena buat)



(2)جَاءَ(1) + هَا ia telah datang (kepada) nya 
(2)كَذَّبُو(1) + هُمَا mereka semua telah mendustakan mereka berdua
(2)نَرْجُمَنَّ(1) + كُمْ  kami pasti merejam kamu semua
(2)يَمَسَّنَّ(1) + كُمْ  ia pasti menyentuh kamu semua
(2)يَسْأَلُ(1) + كُمْ dia meminta kamu semua
(2)فَطَرَ(1) + نِي Dia telah menciptakan aku
(2)يُرِدْ(1) + نِ Dia kehendaki (kepada) aku
🚩يُنْقِذُونِ mereka semua menyelamatkan aku
🚩اسْمَعُونِ dengarlah kamu semua (kepada) aku
(2)جَعَلَ(1) + نِي Dia telah menjadikan aku

🚩disembunyikan huruf ي dhomir muttasil sebab nak samakan rythm di hujung ayat

(lihat perkataan dalam kotak warna biru)

Ketiga
HAROF(1) + DHOMIR MUTTASIL(2)



(2)لَ(1) + هُمْ bagi mereka semua
(2)إِلَيْ(1) + هِمُ kepada mereka semua
(2)إِنَّا = إن(1) + نا sesungguhnya kami
(2)إِلَيْ(1) + كُمْ kepada kamu semua   
(2)عَلَيْ(1) + نَا ke atas kami
(2)بِ(1) + كُمْ dengan kamu semua
(2)مِنَّا = من(1) + نا daripada kami
(2)لِ(1) + يَ bagiku
(2)إِلَيْ(1) + هِ kepadanya
(2)عَنِّ(1) + ي dariku
(2)إِنِّ(1) + ي sesungguhnya aku
(2)لِ(1) + ي bagiku

(lihat perkataan dalam bulatan warna hijau)

DHOMIR MUNFASIL



أَنْتُمْ kamu semua
هُمْ mereka semua

(lihat perkataan dalam bulatan warna purple)

Ada 35 perkataan dhomir muttasil yang kita dah faham maknanya..termasuk dhomir munfasil ada 39..nampak tak peranan dhomir muttasil bagaimana ia menguasai bahasa Quran kerana bercantum dengan ketiga-tiga kategori perkataan dalam Quran..bila kita kuasai dhomir muttasil bermakna kita kuasai bahasa Quran kerana dhomir adalah intipati bahasa Quran dan perkataan inilah yang Allah sebut berulangkali dalam Quran..bila kita kerap ulangkaji dengan practice permainan tangkap dan kurung..InsyaAllah boleh ingat..

Terbaik di kalangan kamu semua adalah orang yang dia belajar Al Quran dan mengajarkannya..

Kepada yang berminat nak dapatkan nota mini SIRI BELAJAR BAHASA AL QURAN MUDAH whatsapp 0199501973 email anip 7375@gmail.com



Sunday, September 17, 2017

NOTA MINI SIRI BELAJAR BAHASA AL QURAN MUDAH

Assalamualaikum..

Alhamdulillah dengan izin Allah akhirnya kak Wada dapat merealisasikan permintaan rakan-rakan yang sama-sama istiqamah belajar faham bahasa Al Quran melalui Siri Belajar Bahasa Al Quran Mudah untuk menghasilkan nota-nota kak Wada dari siri tersebut dalam bentuk "hard copy"..setelah beberapa kali update preview mengenai Nota Mini ini di facebook..ramai yang sedang menanti dan tak sabar nak memiilikinya..terima kasih kerana sabar menunggu..

Alhamdulillah ramai yang berminat nak belajar faham bahasa Quran..ramai nak perbaiki diri dengan belajar Quran..di samping itu..bagi ibu bapa yang mempunyai anak-anak yang mengambil subjek Bahasa Arab di sekolah..Nota Mini ini sangat membantu pemahaman mereka..InsyaAllah..

Bagaimana cara nak dapatkan Nota Mini ini?..


Cara order..
  • harga sebuah RM25
  • harga termasuk caj penghantaran
    • Semenanjung Malaysia RM33 (2 buah RM58)
    • Sabah/Sarawak RM37 (2 buah RM62)
    • Singapore/Brunei/Indonesia RM47
  • bank in bayaran ke akaun CIMB  8600163806 (Mohd Hanif Bin Mohd Yusof)
  • Singapore/Brunei/Indonesia melalui Paypal vendor NOTA MINI SIRI BELAJAR BAHASA AL QURAN MUDAH
  • emailkan maklumat berikut ke anip7375@gmail.com
  • atau whatsapp 019 9501973
    • slip bukti bayaran 
    • nama penuh
    • alamat lengkap
    • poskod
    • no phone 
Moga-moga kita terus istiqamah belajar bahasa Quran..yang terbaik di antara kita adalah orang yang belajar al Quran dan mengajarkannya..

Wednesday, August 9, 2017

SIRI (33) BELAJAR BAHASA AL QURAN MUDAH

Assalamualaikum..

Alhamdulillah kak Wada masih lagi istiqamah berkongsi mudahnya belajar bahasa Al Quran dan juga pelumba-pelumba belajar bahasa Al Quran yang terus setia follow siri ini..moga-moga belum terlintas lagi untuk syahid..hehehe..baiklah..siri kali ini kita nak belajar tentang fiel amar..


Agar tidak tersesat jalan..kita mulakan dengan search location dulu..


Kita masih lagi belajar perkataan dalam Al Quran kategori fiel..


Masih lagi dalam perkara bentuk fiel..


Fiel Madhi Maklum dan fiel Mudhari' Maklum telah kita pelajari pada siri-siri yang lepas..seterusnya kita nak belajar fiel Amar..apa itu fiel Amar?


Fiel Amar merupakan bentuk fiel yang digunakan untuk memberi perintah atau menyuruh melakukan sesuatu perbuatan..bentuk ini terpakai kepada 6 dhomir sahaja daripada 14 dhomir yang melibatkan dhomir orang kedua..


Apakah tanda-tanda nak mengenali fiel Amar..


Lihat dulu tanda-tanda orang kedua fiel Mudhari' pada gambarajah di atas..


Apabila mahu menjadikannya fiel Amar..
1. ت fiel Mudhari' dibuang
2. baris huruf terakhir digantikan dengan sukun bagi dhomir انت
3. huruf ن akhir dibuang bagi dhomir انتما dan انتم
4. huruf ن akhir bagi jantina perempuan dibuang kecuali bilangan 3 ke atas 
5. digantikan dengan hamzah wasal setelah dibuang tanda mudhari' kerana huruf berikutnya bertanda sukun
6. formula hamzah wasal ialah diletakkan baris bawah jika huruf ketiga baris atas atau baris bawah dan diletakkan baris depan jika huruf ketiga baris depan

Sekarang kita nak practice di lapangan apa yang kita dah belajar melalui permainan tangkap dan kurung fiel Amar..perhatikan dengan teliti fiel Amar yang telah kak Wada tangkap dan kurung ni..

Muka surat 313 Surah Taha
Kredit mushaf: www.searchtruth.com

Please take note..jika pemberi perintah itu dari pihak atas kepada pihak yang di bawahnya maka itu adalah perintah.. contohnya dalam ayat di atas merupakan perintah dari Allah kepada hambanya..

Muka surat 313 Surah Taha
Kredit mushaf: www.searchtruth.com

Sebaliknya jika pemberi perintah itu dari pihak bawah kepada pihak yang di atasnya..contohnya dalam ayat di atas yang perintah datang dari hamba kepada Allah..maka ia bukanlah satu perintah tetapi merupakan permohonan doa dari hamba kepada Allah..



Lihat hasil tangkapan seterusnya pada ayat-ayat di bawah..perhatikan dengan teliti tanda-tanda fiel Amar..

Muka surat 7 Surah Al Baqarah
Kredit mushaf: www.searchtruth.com

Muka surat 7 Surah Al Baqarah
Kredit mushaf: www.searchtruth.com


Bagaimana? simple dan mudah je kan fiel Amar ni..kepada yang masih tak faham..tak usahlah bimbang yang akhirnya rasa stress dan give up..selama ni kita pegang prinsip yang salah..asal belajar je nak result mesti faham..prinsip yang betul sebenarnya ialah Allah suruh kita belajar je..sebab Allah tak letakkan penanda aras terbaik itu bagi mereka yang faham tapi Allah letakkan penanda aras terbaik itu bagi mereka yang belajar Quran ni..

So kerja kita belajar je lah..baca sekali tak faham..ulang lagi baca siri ni sampai 20 kali..fokus pada usaha bukan pada result..barangkali hari ni Allah belum beri lagi faham sebab usaha kita sangat sedikit..maka gandakanlah usaha..

Teruskan istiqamah belajar bahasa al Quran..yang terbaik di antara kita adalah orang yang belajar al Quran dan mengajarkannya..

Tuesday, August 1, 2017

SIRI (32) BELAJAR BAHASA AL QURAN MUDAH

Assalamualaikum..

Alhamdulillah kerana masih terus istiqamah belajar faham bahasa al Quran..pada siri lepas kita telah belajar mengenai fungsi harof nasob dan harof jazam kepada fiel Mudhari'..seterusnya kita nak practice dalam permainan tangkap dan kurung..


Barangkali ada yang dah terlupa pelajaran kita pada siri lepas..maklumlah sebab lama sangat menunggu kak Wada siapkan entry ni..walaupun jalannya macam kura-kura..InsyaAllah kak Wada tetap macam lebah istiqamah nak hasilkan madu..hehehe..ok..jom kita refresh dulu dan search location kita sekarang..









Dah masuk dalam track?..kalau still tak masuk lagi..jangan teruskan perjalanan..ulang tengok yang kat atas tu berkali-kali walaupun sampai rasa nak muntah hijau..InsyaAllah lambat pun tak apa sebab belajar online ni kelebihannya boleh take your own sweet time ya intan payung..hehehe..sekarang kita tengok fiel Mudhari' yang kak Wada dah tangkap dan kurung..apa yang penting perhatikan tanda-tanda fiel Mudhari' tu..





Tak ingat tanda-tanda fiel Mudhari'..sila rajinkan diri ulangkaji setiap hari..jangan kata tak ada masa..masa tu ada tapi tak digunakan untuk belajar bahasa Quran sebagai priority..seterusnya kita dah belajar fungsi dua harof terakhir dalam perkataan kategori harof iaitu harof nasob dan harof jazam apabila berada sebelum fiel Mudhari'..



Cara menasobkan fiel Mudhari' seperti dalam gambarajah di bawah..penerangan detail rujuk SIRI (30) BELAJAR BAHASA AL QURAN MUDAH



Cara menjazamkan fiel Mudhari' seperti dalam gambarajah di bawah..penerangan detail rujuk SIRI (31) BELAJAR BAHASA AL QURAN MUDAH


Kak Wada harap Allah dah buka pintu kefahaman..nak bagi clear lagi..jom kita practice di lapangan dengan permainan tangkap dan kurung..lihat dengan teliti hasil-hasil tangkapan kak Wada..

Muka surat 4 Surah Al Baqarah
Kredit mushaf: www.searchtruth.com

Muka surat 5 Surah Al Baqarah
Kredit mushaf: www.searchtruth.com

Muka surat 6 Surah Al Baqarah
Kredit mushaf: www.searchtruth.com

Muka surat 6 Surah Al Baqarah
Kredit mushaf: www.searchtruth.com

Muka surat 28 Surah Al Baqarah
Kredit mushaf: www.searchtruth.com

Muka surat 35 Surah Al Baqarah
Kredit mushaf: www.searchtruth.com

Nampak tak perbezaannya?..sebab itulah kak Wada buat practice tangkap dan kurung fiel Mudhari'..harof nasob dan harof jazam ni sekali jalan..ada banyak lagi dalam Quran..so setiap kali korang baca Quran..buat practice sekali..InsyaAllah akhirnya akan mahir..ingatlah bahawa apa yang membezakan antara kita adalah sikap yang datangnya dari kata-kata yang kita cakap di hati kita..jangan sesekali berkata susah..tak boleh faham..tapi katakanlah..InsyaAllah boleh..Ya Allah bantulah saya..kerja kita usaha sahaja..hasil tu kerja Allah..

Teruskan istiqamah belajar bahasa al Quran..yang terbaik di antara kita adalah orang yang belajar al Quran dan mengajarkannya..

SIRI (2) BELAJAR BAHASA AL QURAN MUDAH

Wednesday, July 12, 2017

SIRI (31) BELAJAR BAHASA AL QURAN MUDAH

Assalamualaikum..

Alhamdulillah..kita masih direzekikan oleh Allah untuk terus belajar faham bahasa al Quran..pada siri kali ini kita nak belajar tentang fungsi harof jazam pula..


Sebelum tu kita ulangkaji dulu pelajaran yang lepas untuk memastikan lokasi kita pada siri ini agar tidak tersesat jalan..



Sebelum ni kita dah kenal lapan anak harof..so nak lengkapkan kenal lagi dua anak harof iaitu harof nasob dan harof jazam..



Pada siri lepas kita dah belajar tentang fungsi harof nasob yang membaris ataskan fiel Mudhari' dan cara ia menasobkan fiel Mudhari' seperti gambarajah di atas..seterusnya kita nak mengenali harof jazam..apakah pula fungsi harof jazam yang berada sebelum fiel Mudhari'?..


Harof jazam mempunyai enam beradik..ia juga mempunyai fungsi tersendiri apabila berada sebelum fiel Mudhari'..fungsi harof jazam yang berada sebelum fiel Mudhari' ialah mematikan baris akhir fiel Mudhari' selepasnya atau disebut fiel Mudhari' Majzum..bagaimanakah cara ia mematikan baris?


Lihat 14 dhomir yang korang dah hafal tu..bila tengok banyak kali gambarajah dhomir ni..secara tak langsung kita boleh hafal dan ingat..


Kemudian lihat perubahan lughawi fiel Mudhari' Maklum..apabila harof jazam berada sebelum fiel Mudhari'..maka huruf terakhir fiel tersebut mesti dimatikan..caranya yang pertama..bagi dhomir yang fielnya berbaris depan ditukar kepada baris mati atau sukun..kedua bagi dhomir yang huruf terakhir fielnya adalah huruf ن atau dipanggil af'alul khomsah hendaklah dibuang huruf ن tersebut..manakala dua dhomir adalah Mabni atau kebal iaitu tidak berubah fiel asalnya..ketiga hendaklah dibuang huruf 'Ilah di hujung fiel Mudhari' yang pada asalnya ada huruf 'Ilah..lihat gambarajah di bawah..


Nak lebih jelas lagi..perhatikan tiga gambarajah berikutnya..




Actually fiel Mudhari' Majzum ni ada lagi detail penjelasannya seperti menjazamkan dua fiel..jawab kepada fiel amar..syarat dan jawab syarat tapi kak Wada hanya terangkan yang basic supaya kita mahir basic ni dulu..

Sentiasa ingat yang beri faham tu kerja Allah..kerja kita usaha belajar dengan bersungguh-sungguh..doa kepada Allah mohon direzekikan kefahaman ilmu pada siri ini..bagi sesetengah orang bila baca nota bertulis memang sukar nak faham tapi bila tengok gambarajah kak Wada buat ni..InsyaAllah rasa mudah nak faham kan..

InsyaAllah..next siri kita akan practice apa yang kita dah belajar tentang fiel Mudhari' Maklum..harof nasob dan harof jazam dalam permainan tangkap dan kurung..teruskan istiqamah belajar bahasa al Quran..yang terbaik di antara kita adalah orang yang belajar al Quran dan mengajarkannya..


SIRI (2) BELAJAR BAHASA AL QURAN MUDAH
SIRI (32) BELAJAR BAHASA AL QURAN MUDAH
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...