Tuesday, September 13, 2016

SIRI (19) BELAJAR BAHASA AL QURAN MUDAH

Assalamualaikum..

Kak Wada harap pelumba-pelumba yang istiqamah belajar bahasa al Quran bersama kak Wada masih tidak lagi berganjak untuk terus follow rapat Siri Belajar Bahasa Al Quran Mudah..

Pada siri ini kak Wada ingin menyampaikan berita gembira kepada korang yang seriously dan bersungguh-sungguh follow dari siri 2 hingga siri 18 dengan syarat rajin ulangkaji pelajaran banyak kali..practice banyak kali setiap pelajaran melalui permainan yang kak Wada ajarkan tu..kak Wada nak ucapkan tahniah kerana telah faham 50% bahasa al Quran..


Masih ada yang tidak faham bagaimana dikatakan sudah faham 50% bahasa al Quran setelah mengikuti siri bahasa al Quran mudah ini dari siri 2 hingga siri 18?..mari kak Wada terangkan..mula-mula lihat dulu ayat al Quran berikut yang diambil dari mushaf asal..

Muka surat 6 Surah Al Baqarah
Kredit: www.searchtruth.com

Kak Wada telah memilih dua ayat berikut yang bergarisan merah..ayat 34 dan 35 surah Al Baqarah..


Seterusnya kak Wada tangkap dan kurung isim dominan dalam bulatan warna ungu..kita dah belajar dua spesis isim dominan iaitu spesis dhomir dan spesis mausul..tetapi dalam ayat-ayat ni cuma ada spesis dhomir sahaja..kemudian kak Wada tangkap dan kurung pula perkataan dalam al Quran kategori harof dalam bulatan warna merah..so far kita dah kenal lapan daripada sepuluh anak harof..kesemua yang dikurung ini telah kita ketahui maknanya..

 

Maka tinggallah perkataan-perkataan yang kita tidak tahu maknanya..kak Wada telah asingkan perkataan-perkataan yang kita tidak tahu maknanya dengan mengurung di dalam kotak berwarna jingga seperti di bawah..manakala perkataan-perkataan Bahasa Arab al Quran yang telah diserap menjadi perkataan Bahasa Melayu dikurung di dalam kotak berwarna merah jambu..perkataan malaikat..Adam..jannah..iblis..sudah pasti kita tahu maknanya tanpa perlu diterjemahkan..ada lagi perkataan lain seperti sujud..kafir..zalim..tapi kak Wada tak masukkan sekali kerana tidak exactly sama walaupun boleh faham..selepas tu nomborkan setiap perkataan..


Kemudian terjemahkan perkataan-perkataan yang kita dah tahu makna dan perkataan-perkataan yang kita tidak tahu maknanya lagi..bagi perkataan yang tidak tahu makna yang salah satunya kerana kita belum lagi belajar..maka bolehlah dirujuk dari al Quran terjemahan untuk mengetahui maknanya..kesemua sekali ada 45 patah perkataan..

 
Selepas menuruti semua langkah-langkah di atas..bagaimanakah yang dikatakan sudah faham 50% bahasa al Quran..lihat kiraan di bawah..


Mengapa hanya dengan berdasarkan dua ayat di atas telah memastikan bahawa korang sudah boleh faham 50% bahasa al Quran..sebenarnya itulah pattern ayat-ayat al Quran..perkataan sama digunakan berulang-ulang kali..maka sekiranya kita mahir dengan perkataan-perkataan yang menguasai bahasa al Quran bermakna kita juga menguasai bahasa al Quran..ternyata dan terbukti sudah bahawa bahasa al Quran ini mudah..mahu faham lagi 50% bahasa al Quran?..mahu 100% feeling the language?..tidak ada cara lain melainkan belajar bahasa al Quran..sebab itu wajib belajar bahasa al Quran..

Teruskan istiqamah belajar bahasa al Quran..yang terbaik di antara kita adalah orang yang belajar al Quran dan yang mengajarkannya..

SIRI (20) BELAJAR BAHASA AL QURAN MUDAH

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...