Sunday, January 10, 2016

SYARAT DOA DIPERKENANKAN OLEH ALLAH

Assalamualaikum..

Kita berdoa kepada Allah agar mengurniakan apa yang kita mahu..apa itu doa?..doa adalah ketaatan..

Firman Allah:

"Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu (Muhammad) tentang Aku, maka sesungguhnya Aku berada dekat dengan mereka. Aku kabulkan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepadaKu. Hendaklah mereka memenuhi (perintah)Ku dan beriman kepadaKu agar mereka memperoleh kebenaran. (Al Baqarah 2:186)"

Berdasarkan firman Allah itu..Allah boleh beri apa yang kita minta dalam doa kita dengan syarat kita kena ikut apa yang Allah perintah..apa yang Allah perintah?..nak tahu perintah Allah kena tahu peraturan Allah..kat mana peraturan Allah?..PERATURAN ALLAH DALAM AL-QURAN..

Kita sibuk minta dengan Allah keperluan kita tapi kita tidak taat dengan perintah Allah..kita lebih fokus untuk dapatkan apa yang kita mahu daripada Allah berbanding fokus kepada apa yang Allah mahu daripada kita..sedangkan Allah jamin keperluan kita bila kita ikut apa yang Allah mahu..

Nak ikut perintah Allah kena ikut peraturan al-Quran..persoalannya adakah kita BERSUNGGUH-SUNGGUH BELAJAR AL-QURAN..adakah kita baca al-Quran..adakah kita baca al-Quran dengan tajwid yang betul..adakah kita hafaz al-Quran..adakah kita faham al-Quran..adakah kita beramal dengan al-Quran..adakah kita sebarkan al-Quran..

Mari muhasabah diri..kita mengeluh sebab tak dapat apa yang kita nak walaupun dah banyak berusaha..dah banyak berdoa..dah banyak buat amalan itu..amalan ini..walhal dalam masa sama kita tak ikut perintah Allah yang suruh belajar al-Quran..kita tak belajar al-Quran bersunguh-sungguh..so bila kita tak ikut syarat Allah..sudah tentu Allah tak beri apa yang kita nak..kerja kita fokus ketaatan dengan ikut segala perintah Allah..Allah perintah belajar al-Quran bersungguh-sungguh..kita belajar al-Quran bersungguh-sungguh..hasilnya hak Allah untuk tentukan..bukan kita sibuk fikir kenapa aku tak dapat hasilnya..bila fikir mengapa tak dapat atau bila nak dapat apa yang kita nak..maka itulah yang menyebabkan hidup kita jadi stress..bukankah Allah lebih mengetahui keperluan kita..kita tak berdoa minta pun..Dia tahu apa keperluan kita..apa yang kita nak..bagi orang yang fokus ketaatan kepada Allah..hidupnya tenang sebaliknya orang yang fokus kepada hasil..hidupnya stress..harap dengan perkongsian ini dapat membetulkan salah faham kita tentang konsep berdoa..

Allah masih beri peluang untuk kita perbaiki diri..ayuh kita perbaiki diri..

Tuesday, January 5, 2016

TIPS MENJADI ORANG KAYA YANG BAHAGIA

Assalamualaikum..
 
Rasa kagum ke tengok kekayaan dan kemewahan hidup orang lain..kita rasa kagum sebab kita rasa alangkah bestnya kalau kita pun dapat memiliki apa yang dimiliki oleh orang itu..kita fikir hati kita tentu rasa bahagia kalau kita boleh menjadi sepertinya..sebenarnya orang yang hidup kaya dan mewah ni hidupnya sentiasa diburu kebimbangan di sebalik kemewahan yang dipamerkan..melainkan sekiranya mereka hidup mengikut peraturan Allah..mereka tidak ingkar dengan Allah..mereka taat totally peraturan Allah bukan ada peraturan ikut..ada peraturan tak ikut..contoh..Allah suruh solat ikut tapi Allah suruh tutup aurat tak ikut..Allah suruh infak harta ikut..tapi Allah suruh jaga halal haram sumber pendapatan tak ikut..mana mungkin Allah beri keberkatan jika hasil pendapatan kita itu dari sumber yang bercampur gaul dengan perkara-perkara yang melanggar peraturan Allah..tidak solat..mendedah aurat..berlaku pergaulan bebas antara lelaki dan wanita..
 
Bagi golongan kaya dan mewah tetapi ingkar ini..walaupun mereka hidup dengan kekayaan dan kemewahan tapi hati mereka sentiasa rasa bimbang akan keselamatan harta benda mereka..hati mereka sentiasa rasa bimbang keselamatan hidup mereka..rasa bimbang nyawa mereka terancam..mereka bimbang harta mereka diambil orang..bimbang harta mereka hilang..sebab tu mereka ambil pelbagai langkah keselamatan..dah ada guard..ada pagar elektrik lagi..dah ada cctv..ada bilik kebal lagi..sebab apa..sebab mereka bimbang..rasa kebimbangan inilah merupakan satu bentuk penyeksaan daripada Allah..mana mungkin hati mereka rasa bahagia sekiranya perasaan bimbang sentiasa di hati..kita kagum kepada mereka..tapi apa kata Allah..
 
Firman Allah:
 
"Maka janganlah harta dan anak-anak mereka membuatmu kagum. Sesungguhnya Allah berkehendak untuk menyeksa mereka dalam kehidupan dunia dan kelak akan mati dalam keadaan kafir.(At-Taubah 9:55)"
 
Semua persoalan hidup manusia dijawab di dalam al-Quran..ini tidak bermaksud kita ditegah menjadi kaya dan merasai kemewahan hidup..sebab inilah jawapan kepada golongan yang mengatakan bahawa orang tak taat dengan Allah pun kaya juga..ayat ni beritahu memang mereka kaya tapi Allah seksa hati mereka..berbeza kalau kaya tapi taat dengan Allah..ikut semua peraturan Allah..sudah pasti hidup rasa tenang dan bahagia sebab Allah tak seksa hati orang yang taat dengan Allah..orang yang ikut semua peraturan Allah..

ALLAH BALAS ATAS HASIL ATAU USAHA?

Assalamualaikum..
 
Hidup ini tak lain hanya untuk mencari redha Allah..apa jua aktiviti hidup yang kita lakukan seharian semuanya mestilah bermatlamatkan untuk mencari redha Allah..tidak kira siapa kita..seorang Ketua Pengarah..seorang doktor..seorang guru..seorang petani..seorang cleaner..seorang businessman..hatta seorang suri rumah..persoalannya apakah usaha kita dalam mencari redha Allah..nak dapat redha Allah kena taat dengan Allah dan aktiviti yang dilakukan mestilah mengikut peraturan Allah..paling penting sekali kita mengutamakan perkara yang diutamakan oleh Allah iaitu solat dan belajar al-Quran bersungguh-sungguh..
 
Apakah usaha kita untuk solat on time..apakah usaha kita untuk solat berjemaah di masjid..apakah usaha kita untuk spend masa baca al-Quran..apakah usaha kita untuk belajar dan mahirkan diri dengan al-Quran..sebab Allah tidak kira berapa banyak hasil yang kita dapat daripada setiap aktiviti hidup yang kita lakukan..berapa banyak income yang kita dapat daripada bekerja sebagai seorang doktor umpamanya..berapa banyak harta yang telah kita kumpulkan hasil daripada perniagaan yang kita jalankan..Allah hanya nak tengok usaha kita taat kepadaNya..sebab Allah tidak memberi balasan ke atas berapa banyak jumlah hasil yang kita perolehi atau banyak mana hasil kita sudah miliki tetapi Allah beri balasan atas apa yang telah kita usahakan..yang dikira adalah usaha kita untuk taat kepada Allah..usaha kita dalam mencari redha Allah..sebab yang akan diberi balasan di akhirat kelak bukan based kepada hasil tapi based kepada usaha..
 
Firman Alllah:
 
"Dan manusia hanya memperolehi apa yang telah diusahakannya. Dan sesungguhnya usahanya itu kelak akan diperlihatkan (kepadanya). Kemudian akan diberikan balasan kepadanya dengan balasan yang paling sempurna.(Al Najm 53:39-41)"

Antara seorang Ketua Pengarah dengan seorang cleaner..siapakah yang mengutamakan solat dan belajar al-Quran bersungguh-sungguh..siapakah yang lebih berusaha untuk solat on time..siapa yang lebih berusaha untuk solat berjemaah..siapa yang lebih berusaha untuk spend masa belajar al-Quran bersungguh-sunggguh..jadi balasan Allah based kepada usaha bukan kepada hasil yang diperolehi..bukan jawatan siapa paling tinggi..bukan gaji siapa paling banyak..tapi siapa yang paling berusaha untuk taat kepada Allah..

Bila kita faham konsep balasan Allah ni..maka kita akan berlumba-lumba berusaha untuk taat kepada Allah..namun hakikatnya manusia berlumba-lumba berusaha untuk dapat hasil yang paling banyak dan paling tinggi..masih belum terlambat..hari ini kita perbaiki diri..kembali berusaha untuk taat kepada Allah..hari ini berusaha nak solat on time..hari ini berusaha nak solat berjemaah..hari ini berusaha nak belajar al-Quran bersungguh-sungguh..jangan tangguhkan usaha..paksa diri untuk berusaha..sebab mati itu tidak diberitahu waktu dan tarikhnya..setiap kita dibalas atas apa yang kita usahakan..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...