Friday, June 9, 2017

SIRI (29) BELAJAR BAHASA AL QURAN MUDAH

Assalamualaikum..

Alhamdulillah..kak Wada masih diizinkan oleh Allah meneruskan pelajaran bahasa al Quran kita..pada siri kali ini kita nak belajar tentang Fiel Mudhari' Maklum.. 


Sebelum kita meneruskan perjalanan..apa kata kita search location kita dulu..selain supaya kita tidak tersesat jalan..ia juga sebagai ulangkaji..




Pada siri lepas kita dah belajar bentuk fiel yang pertama iaitu fiel Madhi Maklum..ingat lagi ke tanda-tanda nak kenal bentuk fiel Madhi Maklum ni?


Maka pada siri ini kita nak mengenali pula bentuk fiel yang kedua iaitu fiel Mudhari' Maklum..


Apa itu fiel Mudhari' Maklum?..bentuk fiel ini merujuk kepada perkataan fiel yang sedang berlaku atau yang akan berlaku..maklum di sini bermaksud pembuat kepada fiel ini diketahui secara jelas..

Perkataan sedang atau akan tidak dimasukkan di dalam terjemahan kerana perkataan telah yang terdapat pada terjemahan fiel Madhi Maklum sudah cukup membezakan antara dua bentuk fiel ini..maka kita sudah sedia menganggap bahawa terjemahan fiel Mudhari' Maklum membawa maksud fiel itu sedang berlaku atau akan berlaku tanpa perlu memasukkan perkataan sedang atau perkataan akan..


Sebelum kita mengenali tanda-tanda fiel Mudhari' Maklum..kita lihat kembali kata akar perkataan كتب yang sama pattern dengan perkataan kata akar daripada bahagian Sahih dan jenis Selamat..


Seterusnya kita bersiap sedia dengan 14 dhomir pada gambarajah di atas yang kita dah hafal kesemuanya..kak Wada jangkakan korang dah hafal dhomir ni masa belajar fiel Madhi Maklum..ke masih ada yang tak hafal lagi..tak ada cara lain melainkan kena paksa diri usaha hafalkan juga jika nak benar-benar mahir bahasa al Quran..sebab dhomir ni core atau inti pati bahasa al Quran..


Gambarajah di atas merupakan perkataan-perkataan fiel Mudhari' Maklum yang telah mengalami perubahan kata akar setelah menerima masuk dhomir atau pembuatnya orang ketiga..setiap dhomir yang masuk ke dalam perkataan fiel membawa bersamanya bilangan pembuat dan jantina pembuat..perhatikan dengan teliti perubahan kata akar setelah menerima masuk keenam-enam dhomir..


Gambarajah di atas pula merupakan perkataan-perkataan fiel Mudhari' Maklum yang telah mengalami perubahan kata akar setelah menerima masuk dhomir atau pembuatnya orang kedua..setiap dhomir yang masuk ke dalam perkataan fiel membawa bersamanya bilangan pembuat dan jantina pembuat..perhatikan dengan teliti perubahan kata akar setelah menerima masuk keenam-enam dhomir..


Gambarajah di atas pula merupakan perkataan-perkataan fiel Mudhari' Maklum yang telah mengalami perubahan kata akar setelah menerima masuk dhomir atau pembuatnya orang pertama..setiap dhomir yang masuk ke dalam perkataan fiel membawa bersamanya bilangan pembuat dan jantina pembuat..perhatikan dengan teliti perubahan kata akar setelah menerima masuk kedua-dua dhomir..

 
Berlatihlah menyebut perkataan-perkataan fiel Mudhari' Maklum mengikut urutan 14 dhomir..jika fiel Madhi Maklum kita mengenali tanda-tandanya apabila ada pertambahan huruf pada hujung perkataan kata akar..bagaimana pula mengenali tanda-tanda fiel Mudhari' Maklum?..mudah sahaja nak mengingatinya..cuma perlu ingat dua perkara ini sahaja..
 
1.pertambahan huruf pada awal perkataan kata akar sahaja atau pertambahan pada awal dan hujung perkataan kata akar..senang cerita jika huruf tambahan duduk di hujung perkataan kata akar bermakna fiel itu telah berlaku..tapi jika huruf tambahan duduk di awal perkataan kata akar atau perkataan kata akar duduk di tengah-tengah antara huruf tambahan bermakna fiel itu sedang atau akan berlaku... 
 
2.huruf tambahan di awal perkataan kata akar terdiri sama ada huruf ا/ن/ت/ي atau INTI..
 
Tak faham tak apa..ulang baca berkali-kali sambil berdoa moga Allah beri kefahaman atas usaha kita yang bersungguh-sungguh nak faham bahasa al Quran..paling penting jangan berhenti belajar..konsep berjaya dalam al Quran tidak mensasarkan kepada hasil atau pencapaian..Allah menilai kita based kepada usaha yang kita lakukan..selagi kita berusaha itulah kejayaan buat kita..Allah suruh kita usaha belajar dan tidak suruh kita memikirkan hasil faham atau tidak sebab bagi faham tu kerja Allah..
 
Teruskan istiqamah belajar bahasa al Quran..yang terbaik di antara kita adalah orang yang belajar al Quran dan mengajarkannya..
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...