Tuesday, August 30, 2016

SIRI (13) BELAJAR BAHASA AL QURAN MUDAH

Assalamualaikum..

Pada siri 12..kita dah belajar topik isim (kata nama) pada perkara isim dominan..kita dah kenal salah satu isim dominan iaitu isim spesis dhomir..jenis dan ahli keluarganya..kak Wada pause dulu topik isim ni sebab nak share dulu tentang harof..nak tahu pasal gambarajah di bawah ni..teruskan membaca..

 
Ada yang dah lost ke..tak tahu dah berada kat pelajaran mana sekarang..tengok balik gambarajah di bawah ni..first sekali masa siri 2 tu..kita belajar tiga jenis kategori perkataan dalam al Quran..so far kak Wada dah terangkan tentang empat perkara yang kita kena tahu berkenaan isim (kata nama)..
 

So siri ni kak Wada nak terangkan tentang harof (kata sendi)..sama macam isim dominan..harof ni pun juga mendominasi perkataan dalam al Quran..so once korang dah kenal rapat dengan harof dan keturunannya..memang senang je korang nak faham bahasa al Quran ni..tengok pula gambarajah di bawah ni..harof ni mempunyai 10 anak..lain guru lain ajarannya..ada yang kurang..ada yang lebih daripada ni..but no problem..kita raikan perbezaan..so long kita kenal dan boleh bezakan antara harof dengan isim dan fiel..itu dah ok sangat..


Mengapa dipanggil harof?..sebab harof ni terdiri dari huruf hijaiyah sama ada satu huruf..gabungan dua..tiga atau 4 huruf sahaja..bila masuk topik harof ni..point utama yang kita kena tahu ialah fungsi harof tu..apa kata kita berkenalan dulu dengan anak sulung harof ni yang bernama harof Jar..dia ada sembilan anak..jar atau jarrun bermaksud baris bawah kerana ia berfungsi membaris bawahkan isim selepasnya..lihat gambarajah kak Wada buat ni..korang tengok satu persatu nama anak-anak si Jar ni..walaupun ramai tapi namanya pendek-pendek je..senang korang nak ingat..
 
 
Next siri..InsyaAllah kita akan practice harof Jar ni dengan menangkap dan mengurung dalam bulatan anak-anak Jar yang terdapat di dalam al Quran..teruskan istiqamah belajar bahasa al Quran..bahasa syurga..yang terbaik di antara kita adalah orang yang belajar al Quran dan yang mengajarkannya..

SIRI (14) BELAJAR BAHASA AL QURAN MUDAH

Tuesday, August 23, 2016

SIRI (12) BELAJAR BAHASA AL QURAN MUDAH

Assalamualaikum..

Latihan dan ulangan sebanyak mungkin amat perlu untuk kita mahir isim spesis dhomir jenis muttasil..kak Wada mempunyai cara tersendiri untuk mahirkan diri dengan dhomir muttasil (bercantum)..ada yang kata kena hafal..actually tak perlu hafal kalau kita rajin buat latih tubi..

Di sini kak Wada nak kongsikan cara kak Wada bermain dengan 14 ahli keluarga dhomir muttasil..ambil sehelai kertas..buka mushaf al Quran dan pilih satu atau beberapa muka surat..cari ahli keluarga dhomir yang bercantum dengan harof..kemudian tuliskan satu persatu 14 ahli keluarga dhomir bila bercantum dengan harof tersebut..buat secepat yang mungkin..di dalam kotak tu adalah ahli keluarga dhomir muttasil yang dijumpai dalam ayat yang dipilih tadi..contohnya kak Wada pilih ayat-ayat daripada muka surat 1 surah Al Fatihah..muka surat 2-4 surah al Baqarah..lihat gambar di bawah ni..tulah rupa tulisan huruf hijaiyah kak Wada..ada macam tulisan ustazah tak?..hehehe..


Kemudian kak Wada teruskan lagi latihan bermain dengan 14 ahli keluarga dhomir muttasil dalam muka surat yang sama juga..kali ni ahli keluarga dhomir bercantum dengan isim..lihat gambar di bawah..


Buatlah latihan bermain dengan ahli keluarga dhomir muttasil ni sekerap yang mungkin dan seberapa banyak perkataan yang mungkin..mula-mula memang slow sikit..tapi once korang dah mahir..laju jer..lepas tu bila baca al Quran atau dengar bacaan ayat al Quran..rasa dah get used sangat..then fahamlah apa Tuhan cakap berbanding sebelum tu..

Terpulanglah kepada cara masing-masing..jika sesuai praktikkan..tapi bagi kak Wada..cara ni telah membantu kak Wada mahir dengan isim spesis dhomir ni kerana buat praktikal terus daripada ayat-ayat al Quran..teruskan istiqamah belajar bahasa al Quran mudah..orang yang terbaik di antara kita adalah orang yang belajar al Quran dan yang mengajarkannya..

SIRI (13) BELAJAR BAHASA AL QURAN MUDAH

Monday, August 22, 2016

DOA JENAZAH IKUT GANTI NAMA YANG BETUL

Assalamualaikum..

Kita nak apply lagi isim spesis dhomir (ganti nama) agar kita bertambah jelas dan menggunakannya dengan penuh yakin terutamanya dalam doa-doa yang kita baca..

Kita tidak mahu belajar bahasa al Quran dengan alasan..doa je dalam bahasa Melayu..Allah faham..itu jika di luar solat..bagaimana pula jika di dalam solat..umpamanya sewaktu di dalam solat jenazah..selepas angkat takbir yang ketiga..kita baca doa untuk jenazah..adakah kita boleh membacanya dalam bahasa Melayu..sudah tentu tidak..

Kita kata lagi..tak apa..asalkan baca cukuplah..tapi bayangkan jika jenazah itu mak kita seorang sahaja..then kita doa "ampunilah oleh Engkau baginya"..dhomir "nya" yang kita baca tu merujuk kepada seorang lelaki"..bukankah mak kita seorang perempuan..nampaknya kita ambil mudah dan anggap ia perkara remeh..tapi sedarkah kita bahawa bila doa yang dibaca tidak betul..doa itu tiada kualiti..so what do you expect..adakah doa kita untuk ibu kita itu akan diterima oleh Allah dalam keadaan doa yang dibaca tidak berkualiti sedangkan Allah hanya menerima amalan yang berkualiti..nampak tak betapa pentingnya belajar bahasa al Quran..bagaimana Allah nak terima doa kita..bila mana kita sendiri pun tak faham apa yang kita minta..bila faham baru ada penghayatan..baru ada the feeling of the language..sebab itulah wajib atas kita belajar bahasa al Quran..

Mari kita lihat diagram di bawah satu persatu doa jenazah mengikut ganti nama yang betul..perhatikan perubahan dhomir mengikut jantina dan bilangannya pada font yang berwarna merah..






Jika jenazah ramai yang ada lelaki dan ada perempuan..maka dibaca secara umum doa jenazah ramai lelaki..doa ini juga dibaca semasa tahlil arwah..jadi jika kita khususkan doa kepada ruh bapa kita umpamanya..gunakan dhomir yang betul..

Kalau masih ingat lagi pelajaran kita..spesis dhomir di atas kesemuanya dari jenis dhomir muttasil atau ganti nama bercantum..ulangkaji balik..


Semoga dengan perkongsian ini kita dapat memperbaiki lagi bacaan doa yang menjadi amalan kita..jika mahu amalan diterima oleh Allah..maka persembahkanlah amalan yang berkualiti..iaitu amalan yang terbaik kita lakukan..jika perkara lain kita boleh buat sehabis baik..mengapa perkara untuk Allah kita lakukan ala kadar sahaja?..lupakah kita bahawa Allah memiliki segala-gala yang kita mahu dalam hidup ini..

Teruskan istiqamah belajar bahasa al Quran..orang yang terbaik di antara kita adalah orang yang belajar al Quran dan mengajarkannya..

Sunday, August 21, 2016

DOA IBU BAPA BILA RAMAI-RAMAI

Assalamualaikum..

Pada siri ini SIRI (9) BELAJAR BAHASA AL QURAN MUDAH kak Wada dah explain tentang isim spesis dhomir..so kita nak apply apa yang kita dah pelajari dengan mempraktikkannya dalam kehidupan harian kita..

Allah Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang telah mengangkat kedudukan ibu bapa..Allah telah mendidik kita dengan mengajar ayat yang kita kena minta dengan Allah untuk kedua ibu bapa kita..ayat inilah yang telah kita jadikan doa harian kita..ayatnya yang bergaris merah dalam ayat al Quran di bawah..


Bagi yang mengikuti siri belajar bahasa al Quran mudah bersama kak Wada..sudah sedia maklum bahawa perkataan yang ada tanda smiley di bawahnya bermakna kita sudah kenal dengan perkataan tersebut..perkataan-perkataan tersebut adalah isim yang dah kita belajar mengenai tandanya..jantinanya dan bilangannya..

Doa untuk ibu bapa ini lazimnya kita baca selepas solat seperti berikut..


Doa di atas adalah doa yang dibaca ketika kita membacanya seorang diri..namun bagaimana pula doanya bila kita membacanya ketika ramai-ramai..lihat diagram di bawah dengan membandingkan perubahan yang berlaku kepada isim spesis dhomir yang font berwarna merah..manakala font berwarna kuning menunjukkan perubahan berlaku disebabkan perubahan bilangan..


Nampak tak perbezaannya..bila doa ketika seorang dan ketika ramai-ramai..semoga perkongsian ini dapat memperbaiki komunikasi kita dengan Allah..buat yang berkualiti kerana Allah hanya terima amalan yang berkualiti seperti yang kak Wada kongsi di sini ADAKAH AMALANKU DITERIMA OLEH ALLAH..

Teruskan istiqamah belajar bahasa al Quran mudah..yang terbaik di antara kita adalah orang yang belajar al Quran dan yang mengajarkannya..

Friday, August 19, 2016

SIRI (11) BELAJAR BAHASA AL QURAN MUDAH

Assalamualaikum..

Pada siri 10..kita dah kenal pasti isim spesis dhomir jenis muttasil (bercantum) yang terdapat pada ayat-ayat al Quran..seterusnya kak Wada nak kongsi hasil carian spesis dhomir jenis satu lagi iaitu munfasil (berpisah) yang kak Wada temui pada ayat-ayat al Quran..lihat potongan ayat di bawah..perkataan dalam bulatan merah itu menunjukkan ahli keluarga dhomir munfasil..

Surah Ali Imran ayat 78

Mungkin ada yang dah terlupa akan rupa dhomir munfasil dan 14 ahli keluarganya..kita lihat balik diagram..


Lihat ayat-ayat seterusnya yang ada ahli-ahli keluarga dhomir munfasil..

Surah An Naazi'at ayat 39 & 41

Surah Yusuf ayat 89-90

Surah Al Anbiya' ayat 52-56

Surah Al Waqiah ayat 60
Surah Saba ayat 35

Alhamdulillah..kita dah pun kenal isim spesis dhomir yang mendominasi perkataan dalam al Quran..rajin-rajinlah korang baca al Quran..rajin-rajinlah buat ulangkaji isim spesis dhomir ni..kemudian faham dan berfikir dalam bahasa al Quran..mudah-mudahan Allah kurniakan kefahaman atas usaha yang bersungguh-sungguh..teruskan istiqamah belajar bahasa al Quran..yang terbaik di antara kita adalah orang yang belajar al Quran dan yang mengajarkannya..

SIRI (12) BELAJAR BAHASA AL QURAN MUDAH

Thursday, August 18, 2016

SIRI (10) BELAJAR BAHASA AL QURAN MUDAH

Assalamualaikum..

Kita nak practice apa yang kita dah belajar tentang isim dominan yang pertama iaitu dhomir..spesis dhomir ni ada dua jenis..munfasil (berpisah) dan muttasil (bercantum)..first kita cari dulu dalam surah Al Fatihah yang kita baca waktu solat..lihat gambar di bawah ni..

Surah Al Fatihah

Dalam bulatan merah tu spesis dhomir..dalam surah ni ada satu ahli keluarga dhomir muttasil yang muncul dua kali pada ayat 5..kedua-duanya bercantum dengan isim..pada ayat 6 ada satu lagi dari keluarga dhomir muttasil yang bercantum dengan fiel..akhir sekali..satu lagi ahli keluarga dhomir muttasil juga muncul dua kali dan bercantum dengan harof pada ayat 7..perkataan yang di bawahnya ada tanda smiley adalah isim yang kita dah kenal melalui tanda-tandanya..so dah boleh senyum..

Surah Al A'raf (7:175 - 176)

Pada ayat di atas..ada banyak spesis dhomir..tapi semuanya dari jenis dhomir muttasil..bulatan paling besar tu bukan dhomir tapi perkataan bermaksud "anjing" yang kak Wada cerita tentang perumpamaan Allah terhadap orang yang mendustakan al Quran pada siri lepas..ada yang dah tak ingat ke dhomir muttasil ni..tak apa..lihat balik diagram kat bawah ni..ahli keluarga yang mana satu dalam setiap bulatan merah tu..


Lihat ayat di bawah..

Surah Al Maidah (5:27)

Kebetulan spesis dhomir pada ayat ni pun dari jenis dhomir muttasil..bulatan paling besar tu bukan dhomir tapi perkataan yang bermaksud "lalu telah diterima" yang kak Wada cerita mengenai kisah persembahan korban Habil dan Qabil pada siri lepas..cuba perhatikan..at least dalam satu ayat al Quran ada 3 spesis dhomir..so kalau kita dah kenal rapat dengan spesis yang paling banyak dalam al Quran ni..Insya Allah..bila baca al Quran kita terus faham..

Nak lebih mahir..practice lagi..pilih mana-mana ayat al Quran..kemudian cari dan keluarkan spesis dhomir..teruskan istiqamah belajar bahasa al Quran..yang terbaik di antara kita adalah orang yang belajar al Quran dan yang mengajarkannya..
 

SIRI (9) BELAJAR BAHASA AL QURAN MUDAH

Assalamualaikum..

Gambarajah di bawah menunjukkan salah satu jenis dhomir yang merupakan isim dominan..mengapa dipanggil isim dominan dan apa itu dhomir..nak tahu teruskan membaca hingga perenggan terakhir..

 
Ada yang dah lost ke..jangan risau..sebelum meneruskan perjalanan..kita check dulu lokasi pelajaran siri ini.. 
 
 
 
Kita dah belajar tiga perkara isim iaitu tanda..jantina dan bilangan..seterus kita nak belajar perkara keempat iaitu dominan..
 
Menurut kamus dewan dominan ni berkenaan banyaknya spesis tertentu dalam sesuatu kawasan..so bila kita apply dalam belajar bahasa al Quran ni bermakna berkenaan spesis-spesis isim yang banyak dalam al Quran..

Pendek kata spesis-spesis isim ni dia menguasai perkataan dalam al Quran..jadi kalau kita kenal sangat-sangat dengan spesis-spesis ni bermakna kita menguasai perkataan dalam al Quran dan juga menguasai bahasa al Quran..jom kita berkenalan dengan spesis-spesis isim..lihat diagram di bawah..


Ada lima jenis spesis isim yang banyak dalam al Quran..kelima-lima ni mendominasi perkataan dalam al Quran..kita start bekenalan dulu dengan spesis isim yang pertama iaitu dhomir atau ganti nama..spesis ini merupakan spesis yang paling banyak dalam al Quran..perkataan yang lahir dari spesis ini akan muncul berulang kali dalam hampir setiap ayat al Quran..spesis ini terbahagi kepada dua jenis..lihat diagram di bawah..


Dhomir munfasil ialah kata ganti nama yang berpisah..nak senang ingat..kata ganti nama jenis ni dia duduk sorang-sorang dia je dan tak bercantum dengan perkataan lain..dia ada 14 ahli keluarga..macam mana rupa..korang tengok diagram kat bawah ni..mula-mula ni korang tengok sekali imbas semua diagram tak apa..tapi lepas tu korang ulang-ulang tengok sampai 60 kali..confirm ingat punya..hehehe..

Kotak warna biru untuk jantina lelaki
Kotak warna pink untuk jantina perempuan
Kotak warna hijau boleh untuk kedua-dua jantina

Manakala dhomir muttasil ialah kata ganti nama yang bercantum..kata ganti nama jenis ni dia sepanjang masa duduk bercantum dengan perkataan lain..kerja nak berkepit je..hehehe..dia boleh bercantum atau berkepit dengan perkataan sesama isim, perkataan fiel atau perkataan harof..kat mana dia bercantum?..dia bercantum di hujung perkataan..dia pun ada 14 ahli keluarga..macam mana rupa..korang tengok diagram kat bawah ni..

Kotak warna biru untuk jantina lelaki
Kotak warna pink untuk jantina perempuan
Kotak warna hijau boleh untuk kedua-dua jantina

Nampak tak mudahnya bahasa al Quran ni..kalau bahasa Melayu nak cakap "bagi engkau berdua"..sampai tiga patah perkataan nak kena sebut tapi bahasa al Quran cuma dalam satu perkataan je..itu pun dalam empat huruf..so siapa kata bahasa al Quran ni susah..
 
Next siri kita akan practice isim spesis dhomir ni..macam mana nak practice..kita akan cari dan keluarkan spesis ni daripada ayat-ayat al Quran..teruskan istiqamah belajar bahasa al Quran..yang terbaik di antara kita adalah orang yang belajar al Quran dan mengajarkannya..
 

Wednesday, August 17, 2016

ADAKAH AMALANKU DITERIMA OLEH ALLAH?

Assalamualaikum..

Orang yang belajar bahasa al Quran..dia faham al Quran..dia faham apa Tuhan cakap akan melahirkan amalan yang berkualiti..solat tapi tak faham apa yang dibaca tidak berkualiti..baca al Quran tapi tak faham tidak berkualiti..bagi kita asalkan solat sudahlah..janji dah solat..janji dah baca al Quran..penting sangat ke amalan berkualiti ni..sangat penting kerana Allah hanya terima amalan hambanya yang berkualiti..

Kita singkap kembali kisah dua orang anak Adam yang diperintahkan oleh Allah melakukan korban..amalan korban siapakah yang diterima oleh Allah?..lihat ayat di bawah..perkataan pertama dalam bulatan merah bermaksud "lalu telah diterima" iaitu korban dari Habil diterima kerana dia mempersembahkan korban dari hasil ternakannya yang paling baik..yang paling berkualiti..perkataan kedua dalam bulatan merah bermaksud "tidak diterima" iaitu korban dari Qabil tidak diterima kerana dia mempersembahkan korban dari hasil tanaman yang tidak elok..yang tidak berkualiti..dan perkataan ketiga dalam bulatan merah pula bermaksud "sesungguhnya hanya Allah menerima" iaitu amalan daripada orang yang bertakwa..bermakna kalau amalan itu bukan datang dari orang bertakwa..ia tidak diterima oleh Allah..perkataan dalam bulatan hijau bermaksud "orang-orang yang bertakwa"..siapa orang yang bertakwa?..mari kita lihat ayat seterusnya..

Nota: bertanda smiley ialah kata nama (isim)
 
Perkataan dalam bulatan hijau ayat di bawah bermaksud "bagi orang-orang yang bertakwa"..ayat ini menjelaskan siapa orang yang bertakwa..apa Tuhan cakap..orang bertakwa ialah orang yang menjadikan al Quran ini petunjuk dalam hidupnya..al Quran merupakan peraturan Allah..orang bertakwa dia baca al Quran..dia faham al Quran..dan paling penting dia beramal dengan al Quran..dia meletakkan keutamaan belajar peraturan Allah sebagai sebagai perkara yang amat penting dalam hidupnya..

Nota: bertanda smiley ialah kata nama (isim)

Maknanya di sini kalau kita nak amalan kita diterima oleh Allah..kita mesti masuk dalam golongan orang yang bertakwa right?..persoalannya bagaimana hubungan kita dengan al Quran..adakah kita bersungguh-sungguh belajar al Quran..adakah kita faham al Quran..nak faham kena belajar bahasa al Quran..adakah kita belajar bahasa al Quran..adakah kita amalkan al Quran..

Lihat bagaimana kita mempersembahkan amalan solat kita kepada Allah..adakah itu solat yang paling baik dan berkualiti yang kita persembahkan?..kita tidak belajar al Quran beerti kita bukan golongan orang bertakwa..bila tidak belajar al Quran..kita tidak faham ayat yang kita baca dalam solat..kita kata tak belajar al Quran tak apa..tak belajar bahasa al Quran tak apa..yang penting asal solat..janji dah solat..sama tak macam Qabil?..asalkan korban..jika demikian..layak ke amalan kita diterima oleh Allah..sedangkan dalam perkara lain kita buat sehabis baik..kita buat paling berkualiti tapi bila solat..kita buat secincai yang boleh..waktu solat tak jaga..solat tergesa-gesa..tak faham ayat yang dibaca..tak peduli hukum tajwid dalam bacaan..fikir-fikirkanlah..

Semoga perkongsian yang kak Wada panjangkan dari kelas pengajian bahasa al Quran kak Wada ini menjadi satu peringatan buat kita bersama untuk memperbaiki diri dan berusaha mempersembahkan amalan yang paling berkualiti..caranya belajarlah al Quran..belajarlah bahasa al Quran kerana dibimbangi amalan kita tidak diterima oleh Allah akibat daripada kita tidak belajar al Quran..

Sunday, August 14, 2016

SIRI (7) BELAJAR BAHASA AL QURAN MUDAH

Assalamualaikum..

Bagaimana untuk mahir dalam sesuatu bidang pekerjaan?..caranya ialah kita berusaha dengan bersungguh-sungguh melakukan latihan berulang kali dalam pekerjaan tersebut ..begitu juga dalam mendapatkan kemahiran bahasa al Quran..semakin banyak latihan dan pengulangan dilakukan..semakin tinggi kemahiran kita..

So kita berlatih dulu apa yang kita dah belajar tentang bilangan isim dengan mengeluarkan bilangan isim daripada ayat-ayat al Quran yang berikut..korang amati setiap perkataan yang bergaris merah dan sebutkan ia dalam kumpulan bilangan isim yang mana..contohnya dalam ayat di bawah no 1..jamak muannath salim..

Muka surat 35 Surah Al Baqarah ayat 221
 
Perbendaharaan Kata (Mufradat):

 perempuan-perempuan musyrik

 perempuan beriman

 perempuan musyrik

 lelaki-lelaki musyrik

 lelaki beriman

 lelaki musyrik

 ayat-ayatNya

 manusia

Muka surat 302 Surah Al Kahfi ayat 80

Perbendaharaan Kata (Mufradat):

 dua orang beriman
 
Muka surat 198 Surah At Taubah ayat 71 & 72
 
Perbendaharaan Kata (Mufradat):

 lelaki-lelaki beriman

 perempuan-perempuan beriman

 pelindung-pelindung

 syurga-syurga

 sungai-sungai

 tempat-tempat

Jika korang masih belum lancar dalam memadankan kata nama (isim) dengan jantina dan bilangannya..rujuk berulang kali post ini SIRI (6) BAHASA AL QURAN MUDAH..berlatih dengan ayat-ayat lain dari al Quran sebanyak yang mungkin..

Teruskan istiqamah belajar bahasa al Quran..bahasa syurga!..

SIRI (6) BELAJAR BAHASA AL QURAN MUDAH

Assalamualaikum..

Uniknya bahasa al Quran ini bukan sahaja kerana setiap isim itu mempunyai jantina..tetapi juga pada bilangannya yang terbahagi kepada tiga iaitu mufrad (satu)..muthanna (dua) dan jamak (banyak)..namun cara untuk mengenal perbezaannya amat mudah..hanya berdasarkan tanda-tanda pertambahan huruf dan perbezaan baris di hujung setiap isim..hanya dalam satu perkataan sahaja korang boleh tahu berapa jumlah bilangan isim tu..berbanding korang tulis dalam Bahasa Melayu..kena tulis dua tiga patah perkataan..mana lagi mudah..jom tengok tiga diagram kak Wada kat bawah ni..first diagram ni bilangan untuk isim lelaki (muzakkar)..korang fokus tengok font yang color merah tu..


Second diagram ni bilangan untuk isim perempuan (muannath)..pun sama..korang tengok font yang color merah tu..


Then third diagram kak Wada kena explain sikit kat korang..bagi isim yang bilangan banyak (jamak) ni dia ada 3 jenis..sebab tu kak Wada buat tiga diagram supaya korang boleh nampak dia punya difference..first and second diagram tu untuk jamak salim..tapi third diagram yang kat bawah ni special case..dipanggil jamak taksir sebab apabila bilangan isim tu jadi banyak (jamak) maka dia totally berubah atau lari daripada lafaz satu (mufrad)..korang pun tak boleh nak tambah huruf atau baris di hujungnya..kalau nak tahu jamak taksir ni..korang kena tengok kamus je..


Macam mana..tak apa kalau korang masih belum faham..don't worry pasal tak faham..Allah suruh kita ni usaha belajar bukan suruh fikir result sama ada faham atau tidak faham..sebab tu ramai orang give up dan berhenti belajar bila dia tak faham kerana dia fokus kepada result sedangkan result tu kerja Allah..bila dia tak faham..dia stress..dia stress sebab dia buat kerja Allah..so korang fokus belajar je bersungguh-sungguh dan istiqamah..nanti Allah bagi korang faham..InsyaAllah..itulah yang kak Wada lalui..

Siri seterusnya kita nak practice dulu apa yang dah belajar ni dengan mengeluarkan bilangan isim daripada ayat-ayat al Quran..teruskan istiqamah belajar bahasa al Quran..bahasa syurga!.. 

SIRI (7) BELAJAR BAHASA AL QURAN MUDAH

Friday, August 12, 2016

SIRI (5) BELAJAR BAHASA AL QURAN MUDAH

Assalamualaikum..

Pada siri (4) yang lepas kak Wada dah share tanda asas mengenal isim perempuan..maka bagi mendapatkan gambaran yang lebih tepat dan jelas..kita keluarkan tanda-tanda tersebut yang terdapat di dalam ayat-ayat al Quran..kak Wada pilih surah Al Waqiah ayat 1-16 yang mengandungi tanda pertama isim perempuan..

Arrow kuning menunjukkan tanda isim
Arrow pink menunjukkan tanda isim perempuan
Perbendaharaan Kata (Mufradat):

1  hari kiamat

2  yang mendustakan

3  yang merendahkan

4  yang meninggikan

5  bumi

6  gunung-gunung

7  tiga

8  kanan

9  kiri

10  sekumpulan besar

11  bertatahkan emas permata

Nota: perkataan bumi dan gunung-gunung telah termaktub dalam kumpulan isim perempuan walaupun tiada tanda asas isim perempuan.

Kepada yang dah terlupa tiga tanda asas tu..lihat kembali diagram di bawah ni..
 

Seterusnya kak Wada pilih pilih surah Al A'laa ayat 1-15 yang mengandungi tanda kedua isim perempuan..

Arrow kuning menunjukkan tanda isim
Arrow pink menunjukkan tanda isim perempuan
Perbendaharaan Kata (Mufradat):

1  Yang Maha Tinggi

2  tumbuh-tumbuhan

3  untuk kemudahan

4  peringatan

5  orang yang celaka

6  api

7  yang besar

Nota: perkataan api telah termaktub dalam kumpulan isim perempuan walaupun tiada tanda asas isim perempuan.

SIRI (6) BELAJAR BAHASA AL QURAN MUDAH

Tuesday, August 9, 2016

SIRI (4) BELAJAR BAHASA AL QURAN MUDAH

Assalamualaikum..

Semua perkataan isim (kata nama) dalam al Quran berjantina lelaki (muzakkar) kecuali apabila ada tanda yang menunjukkan ia isim perempuan (muannath)..apakah tanda-tanda isim itu jantinanya perempuan?..lihat diagram di bawah..ada tiga tanda asas..

 
Ada lagi perkataan kata nama yang termasuk dalam isim yang jantinanya perempuan..tapi sebelum kak Wada share..apa kata kita imbas kembali apa yang kita dah belajar sebelum ni..




Kembali semula kita kepada jantina isim di awal tadi..

 
Selain mengenal pasti dari tiga tanda di atas..ada juga perkataan kata nama yang memang telah termaktub berada dalam kumpulan jantina perempuan walaupun tiada tanda asas isim perempuan..antaranya..

1. Bahagian tubuh badan yang berpasangan seperti tangan..kaki..telinga..bibir dan sebagainya..

2. Perkataan api..neraka jahannam..

3. Perkataan-perkataan berkaitan alam ciptaan Allah yang banyak disebut dalam al Quran seperti langit..bumi..matahari..

4. Perkataan diri..ruh..jalan..

InsyaAllah next post kita akan apply apa yang kita dah belajar ni dengan mengeluarkan ayat-ayat al Quran yang mengandungi isim berjantina perempuan..teruskan istiqamah belajar bahasa al Quran..bahasa syurga..

SIRI (5) BELAJAR BAHASA AL QURAN MUDAH

Monday, August 8, 2016

SIRI (3) BELAJAR BAHASA AL QURAN MUDAH

Assalamualaikum..
 
Sebelum kak Wada meneruskan pelajaran seterusnya..ada baiknya kita buat ulangkaji terlebih dahulu apa yang kita dah belajar pada post siri (2)..just nak recall balik apa yang kita dah belajar..first sekali kita dah tahu dalam al Quran ada tiga kumpulan perkataan iaitu isim (kata nama)..fiel (kata perbuatan) dan harof (kata sendi)..


Ada lima perkara asas tentang isim yang kita kena tahu.. 


Apakah tanda-tanda mengenal isim..


Secara ringkasnya..

1. Apabila ada tanda ال maka tidak akan ada tanda tanwin..begitulah juga sebaliknya..kira macam musuh diorang ni..hehehe..

2. Jika tiada tanda ال dan tanwin..bermakna perkataan isim tersebut akan menjadi frasa pemilikan yang melibatkan dua isim bergabung..isim pertama hendak disandarkan kepada isim yang kedua..isim pertama (mudhof) adalah sesuatu yang dimiliki dan isim kedua (mudhofun ilaihi) adalah yang memiliki atau pemilik kepada sesuatu itu..

3. Harof Jar atau kata sendi Jar berfungsi untuk membaris bawahkan isim selepasnya..

4. Dalam satu-satu isim itu juga boleh mengandungi lebih daripada satu tanda..

Nak lagi clear..jom kita tengok tanda isim pada contoh perkataan lain pula..


Lepas ni kita kenal pasti isim yang terdapat dalam surah Al Fatihah yang kita baca 17 kali sehari..kalau belum kenal lagi..jom kita berkenalan dengan isim dalam surah Al Fatihah..sebutkan isim dan tandanya pada setiap perkataan yang bergaris merah..

Surah Al Fatihah

Perbendaharaan Kata (Mufradat):

 dengan nama

 Yang Maha Pemurah

 Yang Maha Pengasih

 segala puji

5  bagi Allah

 Tuhan

 seluruh alam

 pemilik

 hari

10  pembalasan

11  hanya kepada Engkau

12  jalan

13  yang lurus
 

14  orang yang

15  kepada mereka

16  bukan

17  orang-orang yang dimurkai


18  orang-orang yang sesat

Ok..setakat ini dulu..next siri InsyaAllah Kak Wada akan share perkara asas kedua tentang isim iaitu jantina..pastikan terus istiqamah belajar bahasa al Quran..bahasa syurga..

SIRI (4) BELAJAR BAHASA AL QURAN MUDAH
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...