Tuesday, May 23, 2017

SIRI (28) BELAJAR BAHASA AL QURAN MUDAH

Assalamualaikum..

Alhamdulillah kita masih terus istiqamah belajar bahasa al Quran..jika pada siri lepas kita sudah mengenali bentuk fiel Madhi Maklum..maka pada siri kali ini kita ke lapangan untuk buat practice..kita nak main permainan tangkap dan kurung seperti di bawah ni..


Sebelum tu..apa kata kita check dulu location kita..dah kat mana kita sekarang..





Kita dah belajar bahawa setiap perkataan fiel Madhi Maklum ni mesti ada dhomir bersamanya..dhomir inilah pembuat fiel tersebut..tengok satu persatu perubahan kata akar fiel yang berlaku pada 14 dhomir ni..perubahan berlaku berdasarkan kepada bilangan dan jantina dhomir..




Lihat dan baca ayat di bawah..tengok perkataan-perkataan fiel yang telah kak Wada tangkap dan kurung dalam kotak berwarna biru..

Muka surat 301 Surah Al Kahfi
Kredit mushaf: www.searchtruth.com

Pada gambarajah di bawah kita sudah kenalpasti dhomir atau pembuat yang ada pada setiap perkataan-perkataan fiel yang telah ditangkap dan dikurung dalam ayat di atas..perubahan berlaku apabila ada pertambahan huruf dan baris di hujung perkataan fiel atau dengan kata lain tandanya duduk di belakang..


Lihat dan baca ayat di bawah..

Muka surat 3 Surah Al Baqarah
Muka surat 10 Surah Al Baqarah 
Kredit mushaf: www.searchtruth.com
 
Perhatikan dengan teliti tanda untuk mengenalpasti dhomir atau pembuat fiel Madhi Maklum..
 

Lihat dan baca ayat di bawah..

Muka surat 239 Surah Yusuf
Kredit mushaf: www.searchtruth.com

Perhatikan dengan teliti tanda untuk mengenalpasti dhomir atau pembuat fiel Madhi Maklum..


Lihat dan baca ayat di bawah..

Muka surat 457 Surah Sad
Muka surat 14 Surah Al Baqarah
Kredit mushaf: www.searchtruth.com

Perhatikan dengan teliti tanda untuk mengenalpasti dhomir atau pembuat fiel Madhi Maklum..


Kak Wada harap practice di lapangan ini sangat membantu korang untuk memahami bahasa al Quran..percayalah bagi pelumba-pelumba yang istiqamah belajar bahasa al Quran dengan belajar bersungguh-sungguh..selalu buat ulangkaji pelajaran yang kita dah belajar dan rajin buat practice..InsyaAllah..Allah akan buka pintu kefahaman sebab kerja kita belajar dan yang beri faham tu kerja Allah..itulah yang kak Wada lalui dan prinsip yang kak Wada pegang selama ini..belajar pun tak rasa stress bahkan rasa seronok..

Teruskan istiqamah belajar bahasa al Quran..yang terbaik di antara kita adalah orang yang belajar al Quran dan mengajarkannya..
 

Saturday, May 13, 2017

SIRI (27) BELAJAR BAHASA AL QURAN MUDAH

Assalamualaikum..

Alhamdulillah kak Wada masih lagi diberi kekuatan oleh Allah untuk menyambung siri ini..begitu juga pelumba-pelumba yang masih terus istiqamah belajar bahasa Quran..kepada pelajar baru jangan risau dan cakap pelajar lama ni dah jauh..kita bukan masuk kelas pun..belajar hujung jari je..jika baca sekali tak faham..klik sekali lagi..baca ulang-ulang kali..InsyaAllah..bila dah usaha sungguh-sungguh tu nanti Allah akan buka pintu kefahaman..gambarajah apa kat bawah ni?..nak tahu..kenalah luangkan masa baca sampai habis..


Tahu ke di mana kita berada sekarang..dah sampai siri 27 ni barangkali ada yang dah tak nampak jalan kot..hehehe..oklah seperti biasa kita search location dulu..



Pada siri-siri sebelum ni kita dah belajar dua perkara asas fiel iaitu kata akar dan perubahan..maka pada siri kali ini kita nak belajar mengenai perkara asas ketiga iaitu bentuk fiel..lihat gambarajah di bawah..


Bentuk fiel terbahagi kepada enam bentuk..setiap bentuk boleh dikenali dan dibezakan melalui tanda-tandanya apabila berlaku perubahan kata akar perkataan fiel yang disebabkan oleh perubahan bilangan pembuat dan jantina pembuat atau setelah masuknya dhomir kepada perkataan fiel tersebut..ingat lagi tak perubahan lughawi fiel yang kita dah belajar pada siri lepas..setiap bentuk fiel mengalami perubahan lughawi..jom kita berkenalan dulu dengan bentuk fiel yang pertama iaitu fiel Madhi Maklum..


Apa itu fiel Madhi Maklum?..bentuk fiel ini merujuk kepada perkataan fiel yang telah berlaku atau terjadinya fiel itu pada masa yang telah lepas..di dalam bahasa Inggeris kita panggil past tense..maklum di sini bermaksud pembuat kepada fiel ini diketahui secara jelas..


Sebelum kita mengenali tanda-tanda fiel Madhi Maklum..kak Wada recall pattern kata akar yang sama dengan perkataan كتب iaitu kata akar bahagian Sahih dari jenis Selamat..ini kerana setiap pattern yang sama akan mempunyai perubahan yang sama..lain pattern lain perubahannya..


Kemudian kita bersiap sedia dengan dhomir seperti dalam gambarajah di atas..dah hafal ke 14 dhomir tu..wajib hafal jika nak mahir perubahan perkataan fiel dalam setiap bentuk fiel..jom kita lihat tanda-tanda untuk mengenali fiel Madhi Maklum..



Dhomir yang terlibat dalam gambarajah di atas merupakan dhomir yang ditujukan kepada orang ketiga..setiap dhomir yang masuk kepada perkataan fiel dibezakan dari segi bilangan pembuat sama ada satu, dua atau tiga ke atas dan jantina pembuat sama ada lelaki atau perempuan..perhatikan dengan teliti huruf yang telah ditambah bersama barisnya kepada kata akar pada setiap perkataan fiel..semua tambahan kelihatan dihujung perkataan kecuali dhomir هو yang kekal tanpa sebarang tambahan kerana dhomirnya disembunyikan..sebutkan dhomir dahulu kemudian sebutkan perkataan fielnya yang telah berubah..sebutan bermula dengan jantina lelaki dahulu mengikut urutan dari atas ke bawah..kemudian diikuti jantina perempuan juga urutannya dari atas ke bawah..


Gambarajah di atas pula ditujukan kepada orang kedua..sekali lagi perhatikan dengan teliti huruf yang telah ditambah bersama barisnya kepada kata akar pada setiap perkataan fiel..semua tambahan kelihatan dihujung perkataan..sebutkan dhomir dahulu kemudian sebutkan perkataan fielnya yang telah berubah..sebutan bermula dengan jantina lelaki dahulu mengikut urutan dari atas ke bawah..kemudian diikuti jantina perempuan juga urutannya dari atas ke bawah..


Gambarajah di atas pula ditujukan kepada orang pertama..sekali lagi perhatikan dengan teliti huruf yang telah ditambah bersama barisnya kepada kata akar pada setiap perkataan fiel..tambahan juga kelihatan dihujung perkataan..sebutkan dhomir dahulu kemudian sebutkan perkataan fielnya yang telah berubah..dua dhomir di atas mempunyai dua bilangan sahaja dan boleh digunakan oleh kedua-dua jantina..


Berlatihlah menyebutnya berulang kali sehingga lancar dan paling penting ingat tanda-tanda perkataan fiel Madhi Maklum mengikut siapa pembuat..bilangan pembuat dan jantina pembuat..

Sekiranya masih tak faham lagi tak apa..belajar ni proses berterusan..rajin-rajinlah buat ulangkaji sendiri..kerja kita usaha sahaja sebab bagi faham tu kerja Allah..InsyaAllah kita akan apply apa yang kita dah belajar ni melalui practice daripada ayat al Quran..so make sure korang terus follow next siri..

Teruskan istiqamah belajar bahasa al Quran..yang terbaik di antara kita adalah orang yang belajar al Quran dan mengajarkannya..

SIRI (2) BELAJAR BAHASA AL QURAN MUDAH
SIRI (28) BELAJAR BAHASA AL QURAN MUDAH

Tuesday, May 9, 2017

KELUAR RM100K MASUK BALIK RM1 JUTA

Assalamualaikum..

Kak Wada nak share dengan korang kisah yang diceritakan oleh seorang ustaz dalam kuliah magribnya tiga tahun lalu..kak Wada sendiri mendengar cerita ini kerana turut sama mendengar kuliah magrib tersebut..

Cerita sewaktu dia hendak membina sebuah surau di satu tempat..ceritanya agak panjang tetapi kak Wada ringkaskan..suatu hari ustaz ni bercadang nak bina surau..mulanya dia nak beli tanah dengan dengan seorang wanita tapi wanita yang merupakan seorang guru tu seolah marah kat ustaz tu sebab tak faham yang dia tak nak jual tanah tu..akan tetapi wanita itu memberitahu sebenarnya dia mahu mewakafkan tanahnya tu..terkejut ustaz..tanah itu berharga RM500k..

Setelah tanah bertukar nama..ustaz mencari penderma untuk menambun (menambak) tanah..datang seorang lelaki meminta no acc bank untuk dimasukkan derma..ustaz tanya berapa banyak dia nak derma..dia cakap 100..bagi ustaz kalau 100 tu hulur jelah kat tangan..rupanya lelaki tu nak derma RM100k..maka digunakan duit itu untuk menambun tanah untuk dibina surau di atasnya..kemudian ustaz mencari lagi derma untuk membina surau..datang lagi lelaki yang sama..dia mahu menderma lagi..masa dalam kereta ustaz tanya mana dia dapat duit RM100k yang didermakan dulu tu..


Kredit carian Google

Lalu lelaki tu pun cerita..masa tahun 80 an dia membeli sebidang tanah berharga RM50k..selepas berpuluh tahun..tanah itu yang lokasinya di tepi highway hendak dibeli dengan harga RM1.1 juta..tak sempat fikir panjang..dia terus menjual tanah tu..so ustaz kata hari tu bagi RM100k..so ada lagi RM1 juta..bolehlah kasi untuk buat surau..lelaki tu cakap kenapalah ustaz tak beritahu dia hari tu yang nak duit untuk bina surau sekali..

Menurut lelaki tu lagi..sebenarnya daripada RM1 juta yang tinggal tu..dia guna RM400k untuk beli kuari..tak lama lepas tu datang seorang lelaki Cina hendak membeli kuari tu dengan harga RM1 juta..tak sempat fikir panjang..dia terus jual kuari tu..siapa tahu semua itu akan berlaku selepas dia mendermakan duit yang dia ada..Allah telah menggandakan duit derma RM100k yang didermakannya kepada surau..sekali lagi lelaki tu pun berilah kat ustaz RM100k yang kali ini untuk membina surau pula..bukan setakat bina surau dengan duit tu..malah dapat bina rumah guru di sebelah surau..


Simple kiraan..

Beli tanah RM80k
Jual RM1.1 juta

Derma RM100k
Beli kuari RM400k

Jual kuari RM1 juta
Derma RM100k

Korang kiralah sendiri berapa lipat kali ganda diganjarkan kepada orang yang mendermakan hartanya di jalan Allah..

Firman Allah:

"Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan harta mereka pada jalan Allah seumpama sebiji benih yang ia menumbuhkan tujuh tangkai pada setiap tangkainya seratus biji, dan Allah akan melipatgandakan bagi siapa yang Dia menghendaki, dan Allah adalah Maha Luas dan Maha Mengetahui." (Al Baqarah 2:261)

Inilah secebis kisah masyarakat dalam mewakafkan hartanya ke jalan Allah..bukan sahaja ganjarannya di akhirat nanti..akan tetapi di dunia lagi Allah sudah beri ganjaran yang tidak pernah terfikir dan dijangka oleh akal..moga-moga kisah ini sedikit sebanyak akan mengikis rasa bakhil dan rasa takut kekurangan apabila terlintas di hati kita untuk mewakafkan harta kita di jalan Allah..tidak semestinya Allah membalas dalam bentuk yang sama daripada apa yang telah kita dermakan kerana Allah mengetahui sedang kita tidak mengetahui..

Friday, May 5, 2017

SIRI (26) BELAJAR BAHASA AL QURAN MUDAH

Assalamualaikum

Alhamdulillah kak Wada dan pelumba-pelumba yang nak faham bahasa al Quran masih terus istiqamah dan setia bersama siri ini..pada siri kali ini kita nak practice apa yang kita dah belajar dalam siri 24 dan siri 25..dah lama kan kita tak main permainan tangkap dan kurung ni..nak tahu pasal gambarajah di bawah ni..jom ikut kak Wada mengembara siri ni sampai ke check point terakhir..


Sebelum start mengembara..kita check dulu location kita supaya tidak tersesat jalan dan teraba-teraba tak tahu punca..


Kita sedang belajar perkataan dalam al Quran kategori fiel atau kata kerja..


Kita dah belajar dua perkara asas fiel iaitu kata akar dan perubahan..so sekarang ni kita nak test kemahiran berfikir aras tinggi kita (hehehe) melalui practice apa yang kita dah belajar tu dengan mengaplikasinya pada ayat-ayat al Quran..barulah kita akan dapat feel di lapangan sebenar apa yang kita dah belajar..sebab kalau belajar teori sahaja dan tak practice..barangkali kita tahu teori jelah sedangkan yang lebih penting di lapangan sebab aim kita belajar bahasa al Quran ni ialah bila kita baca mushaf al Quran kita faham dan tak bergantung kepada terjemahan..begitu juga bila kita dengar bacaan ayat-ayat al Quran pun kita faham..lihat page al Quran di bawah..

Muka surat 3 Surah Al Baqarah
Kredit mushaf: www.searchtruth.com

Inilah ayat-ayat yang kita nak practice..sebelum practice..kita ulangkaji dulu..kata akar fiel ni terbahagi kepada dua bahagian seperti gambarajah di bawah..



Lihat ayat-ayat al Quran di bawah..kak Wada dah tangkap dan kurung perkataan fiel yang berasal dari dua kata akar..cuba korang semak dengan gambarajah di atas..pattern kata akar yang mana satu sama dengan kata akar perkataan fiel yang dah kena tangkap dan kurung tu..

Muka surat 3 Surah Al Baqarah
Kredit mushaf: www.searchtruth.com

Perkataan-perkataan fiel daripada dua kata akar di atas tu memang banyak kali muncul di dalam ayat-ayat al Quran..seterusnya kita nak practice perubahan perkataan fiel..kita ulangkaji dulu gambarajah di bawah yang merupakan salah satu jenis perubahan kata akar..


Kita perhatikan lagi perkataan-perkataan yang dah kena tangkap dan kurung tu dan buat perbandingan dengan gambarajah di atas..kita akan dapati ada perkataan-perkataan fiel yang sama perubahan bentuknya..apa yang penting di sini ialah setiap bentuk fiel itu mesti mempunyai dhomir atau ganti nama yang merupakan pelaku kepada perkataan fiel itu..

Muka surat 3 Surah Al Baqarah
Kredit mushaf: www.searchtruth.com

Ada yang dah lupa ke pasal dhomir ni..ulangkaji balik 14 dhomir pada gambarajah di bawah..


InsyaAllah pasal dhomir dan hubungannya dengan perkataan fiel akan kak Wada sentuh lebih detail dalam perkara asas ketiga perkataan fiel iaitu bentuk fiel..so make sure follow rapat Siri Belajar Bahasa Al Mudah ni..jangan miss walaupun satu siri..

Teruskan istiqamah belajar bahasa al Quran..yang terbaik di antara kita adalah orang yang belajar al Quran dan mengajarkannya..
 

Tuesday, May 2, 2017

SIRI (25) BELAJAR BAHASA AL QURAN MUDAH

Assalamualaikum..

Alhamdulillah siri 24 yang lalu begitu mendapat sambutan..ada yang kata belajar perkataan kategori fiel ni agak complicated sikit..sebenarnya ia tidaklah complicated mana pun kerana setiap orang berbeza keperluannya..maka lain orang lain approach yang sesuai dengannya..mengapa kak Wada explain perkara-perkara asas perkataan fiel ni terlebih dahulu..sebabnya nak bagi korang overall picture pasal perkataan fiel ni..so bila dah tahu overall picture..kita akan rasa mudah..lughawi?..apa tu..nak tahu kena terus baca sampai habis..


Seperti biasa kita check dulu location kita supaya kita tak lost dan keep on track..


Kita sedang belajar perkataan kategori fiel atau kata kerja..


Pada siri sebelumnya kita dah belajar tentang perkara asas perkataan fiel yang pertama iaitu kata akar..seterusnya kita nak belajar tentang perkara asas kedua iaitu perubahan..lihat gambarajah di bawah..


Perubahan atau dalam pelajaran Bahasa Arab dipanggil "tasrif"..perubahan yang dimaksudkan di sini ialah perubahan daripada kata akar perkataan fiel yang kita dah belajar sebelum ni kepada bentuk-bentuk yang lain..perubahan kata akar perkataan fiel terbahagi kepada dua jenis..istilahi dan lughawi..kita perhatikan dulu gambarajah di bawah berkenaan perubahan istilahi..


Jenis istilahi merupakan perubahan kata akar perkataan fiel yang berdasarkan kepada perbezaan bentuk fiel..ada enam bentuk fiel yang kita akan belajar detail pada siri akan datang..perlu kita ambil maklum bahawa perubahan daripada kata akar perkataan fiel ini juga boleh membentuk isim atau kata nama seperti di dalam kotak berwarna beach tu..setiap perkataan fiel pada setiap bentuk fiel itu mempunyai dhomir sama ada tersembunyi atau dikenali melalui tanda-tandanya..ingat lagi dhomir tak?..kita ulangkaji balik 14 dhomir atau ganti nama pada gambarajah di bawah ni..


Bagaimana pula yang dikatakan perubahan jenis lughawi..lihat gambarajah di bawah..


Perubahan lughawi merupakan perubahan kata akar perkataan fiel ke atas bentuk fiel yang berdasarkan kepada perubahan jumlah bilangan pembuat dan jantina pembuat perkataan fiel itu..ada tiga jumlah bilangan..satu..dua dan tiga ke atas..manakala jantina pula sama ada lelaki atau perempuan..itulah juga 14 dhomir yang menjadi pembuat kepada setiap perkataan fiel yang kita lihat pada gambarajah sebelumnya..maka perubahan perkataan fiel jenis ini pun ada 14 juga..cuba kira..sama tak..namun ada pengecualian kepada dua bentuk fiel yang akan kak Wada jelaskan pada siri akan datang..


Sama seperti fiel..isim pun mempunyai perubahan lughawi yang kita dapat lihat pada gambarajah di atas..perubahannya pun sama iaitu pada jumlah bilangan isim dan jantina isim..ingat lagi pelajaran kita dalam kategori perkataan isim berkenaan jantina isim..jika tak ingat..kita ulangkaji balik gambarajah di bawah..



So far bagaimana..mudah kan..tak faham tak apa..baca berulang kali..kerja kita belajar je tapi kenalah belajar bersungguh-sungguh..tekun dan sabar..InsyaAllah..moga-moga Allah beri kefahaman atas kesungguhan kita tu..kak Wada pun bersungguh-sungguh buat gambajarah ni untuk nak permudahkan korang belajar bahasa al Quran dan penerangan kak Wada pun dalam bahasa yang mudah faham dan tak memeningkan kepala..kalau baca buku kak Wada pun pening juga..hehehe..

Teruskan istiqamah belajar bahasa al Quran..yang terbaik di antara kita adalah orang yang belajar al Quran dan mengajarkannya..
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...