Thursday, November 10, 2016

SIRI (23) BELAJAR BAHASA AL QURAN MUDAH

Assalamualaikum..

Pada siri ini kak Wada akan share tentang isim dominan spesis zorof yang akan melengkapkan lima jenis spesis isim dominan..nak tahu apa itu isim dominan spesis zorof..teruskan scroll hingga ke akhir tulisan entry ini..


Sebelum meneruskan perjalanan..kita search dulu location..dah kat mana kita sekarang ni..




Ok..dah jumpa pun lokasi kita..apa itu isim dominan spesis zorof..spesis zorof merupakan kata nama yang merujuk kepada zaman (masa) atau makan (tempat)..peranannya adalah untuk menerangkan tentang masa atau tempat berlakunya sesuatu perbuatan..


Gambarajah di bawah adalah senarai antara isim dominan dari spesis zorof zaman yang kerap muncul di dalam ayat-ayat al Quran.. 


Gambarajah di bawah adalah senarai antara isim dominan dari spesis zorof makan yang kerap muncul di dalam ayat-ayat al Quran..


Jika korang masih tidak berapa faham..tak perlu berasa risau sebab yang bagi faham tu kerja Allah..kerja kita berusaha belajar bersungguh-sungguh..seterusnya kita nak practice spesis zorof yang terdapat dalam ayat-ayat al Quran..InsyaAllah..Allah akan beri kefahaman nanti atas usaha korang yang bersungguh-sungguh tu..jom kita tangkap dan kurung isim dominan spesis zorof ini dalam bulatan..jika tak ingat makna boleh rujuk gambarajah di atas semula.. 

1 Surah Al Baqarah ayat 17-20
Kredit: www.searchtruth.com

1 Surah Al Baqarah ayat 89
2 Surah Al Baqarah ayat ayat 91-92
Kredit: www.searchtruth.com

1 Surah Ali Imran ayat 195
Kredit: www.searchtruth.com

1 Surah Al Maidah ayat 106
Kredit: www.searchtruth.com

1 Surah Ali Imran ayat 38
2 Surah At Taubah ayat 83-84
Kredit: www.searchtruth.com

1 Surah Al Kahfi ayat 143
Kredit: www.searchtruth.com

1 Surah Yusuf ayat 35-37
Kredit: www.searchtruth.com

1 Surah Fatir ayat 13
2 Surah Yaasin ayat 44-45
Kredit: www.searchtruth.com

1 Surah At Taghabun ayat 9
2 Surah Al Mulk ayat 7-8
Kredit: www.searchtruth.com

Teruskan istiqamah belajar bahasa al Quran..yang terbaik di antara kita adalah orang yang belajar al Quran dan mengajarkannya..

SIRI (24) BELAJAR BAHASA AL QURAN MUDAH

Friday, September 23, 2016

SIRI (22) BELAJAR BAHASA AL QURAN MUDAH

Assalamualaikum..

Apa itu isim dominan spesis istifham..nak tahu..teruskan membaca post ini hingga ke perenggan yang terakhir..


Sebelum kak Wada meneruskan perjalanan post ini..seperti biasa..kita search location dulu..dah kat mana kita sekarang..





Spesis istifham ialah perkataan kata nama yang juga dikenali sebagai kata soal..ia digunakan ketika menyoal atau bertanya..di dalam al Quran banyak terdapat ayat-ayat pertanyaan dari Allah..kata soal ini juga boleh ditemui dalam ayat-ayat dialog para nabi dan rasul hinggalah dialog semasa di akhirat kelak..terdapat 14 kata soal bernaung di bawah spesis ini yang menguasai perkataan-perkataan dalam al Quran..empat daripada perkataan tersebut berasal daripada dua perkataan yang dicantumkan menjadi satu perkataan seperti gambarajah di bawah..


Perlu diambil perhatian di sini bahawa perkataan مَا ni ada tiga maksud iaitu..1. apa yang 2. apakah 3. tidak ..penggunaan maksud nombor 2 adalah untuk spesis istifham..  

Jika kita hanya faham makna sesuatu perkataan ikut
terjemahan tanpa mengetahui penggunaannya dalam konteks ayat..kita akan keliru mengapa ada perkataan yang sama diterjemahan berlainan maksud..tapi bila kita dah belajar bahasa al Quran..barulah kita tahu perbezaannya dan baru ada "feeling of the language"..


Tak faham tak apa..korang baca berulang kali dan yang paling penting practice..sekarang tiba masa untuk kita mulakan permainan menangkap dan mengurung spesis istifham dalam bulatan..lihat ayat-ayat di bawah..tengok satu persatu spesis istifham yang dah kena kurung dalam bulatan merah tu..

Surah Al Baqarah muka surat 5
Kredit: www.searchtruth.com
 
Surah Al Baqarah muka surat 10
Kredit: www.searchtruth.com
 
Surah Al Baqarah muka surat 20
Kredit: www.searchtruth.com
 
Surah Yaasin muka surat 443
Kredit: www.searchtruth.com
 
Surah Ar Rahman muka surat 533
Kredit: www.searchtruth.com
 
Surah Yaasin ayat 31
Surah Adh Dhariyat ayat 12
Surah An Naba ayat 1
Kredit: www.searchtruth.com

Teruskan istiqamah belajar bahasa al Quran..yang terbaik di antara kita adalah orang yang belajar al Quran dan yang mengajarkannya..

SIRI (23) BELAJAR BAHASA AL QURAN MUDAH

Saturday, September 17, 2016

SIRI (21) BELAJAR BAHASA AL QURAN MUDAH

Assalamualaikum..

Siri ini merupakan sambungan kepada siri 20 di bawah pelajaran isim dominan spesis isyarah yang terbahagi kepada dua jenis iaitu jarak dekat dan jarak jauh..kak Wada dah terangkan kat korang jenis jarak dekat..seterusnya kita nak tahu mengenai jenis jarak jauh pula..lihat gambarajah di bawah..


Jenis jarak jauh ni pun sama macam jenis jarak dekat yang mempunyai jantina lelaki dan perempuan..juga terbahagi kepada tiga bilangan..satu..dua..dan lebih..kadangkala menunjuk jarak jauh ni digunakan untuk refer balik perkataan sebelumnya..perlu diingat yang perkataan sebelum atau selepas spesis isyarah jenis jauh ni tak semestinya menunjuk kepada orang sahaja..sebab tu dalam gambarajah kak Wada letak in bracket perkataan orang tu..boleh jadi sebelum atau selepasnya nama haiwan..tumbuhan..tempat dan apa-apa sahaja..

Dah kenal kan?..itu baru kenal biasa-biasa je..nak mahir kena kenal rapat..caranya kita kena cari dan buru spesis ini yang menguasai perkataan-perkataan dalam al Quran..jangan lupa permainan kita..tangkap dan kurung spesis ini dalam bulatan...mari kita lihat hasil tangkapan..

1 Surah Al Baqarah ayat 2
2 Surah Al Baqarah ayat 61
3 Surah Al Baqarah ayat 73
 Kredit: www.searchtruth.com
 
1 Surah Al Hijr ayat 1
2 Surah As Syuara' ayat 22
3 Surah An Naml ayat 52
Kredit: www.searchtruth.com

1 Surah Al Baqarah ayat 5
2 Surah Al Baqarah ayat 121
3 Surah Al Baqarah ayat 157
Kredit: www.searchtruth.com
 
Kak Wada harap korang practice selalu dengan bermain permainan ni..InsyaAllah boleh faham dan ingat..teruskan istiqamah belajar bahasa al Quran..yang terbaik di antara kita adalah orang yang belajar al Quran dan yang mengajarkannya..

SIRI (22) BELAJAR BAHASA AL QURAN MUDAH

Friday, September 16, 2016

SIRI (20) BELAJAR BAHASA AL QURAN MUDAH

Assalamualaikum..

Pada siri ini Kak Wada nak kongsi tentang isim dominan spesis isyarah..nak tahu lanjut..baca sepenuhnya..


Seperti biasa kita search location dulu ya..kena tengok map supaya kita tahu kat mana kita berada sekarang dan tak tersilap jalan..




Sekarang tiba giliran isim dominan spesis isyarah..sama seperti dua spesis terdahulu..spesis ini juga menguasai perkataan-perkataan dalam al Quran..apakah spesis isyarah?..lihat gambarajah di bawah..

 
Isyarah ialah perkataan kata nama yang digunakan untuk menunjuk kepada orang atau sesuatu selain orang..spesis ini terbahagi kepada dua jenis yang berbeza disebabkan oleh jarak..pertama menunjuk untuk jarak dekat dan kedua menunjuk untuk jarak jauh..gambarajah di atas menunjukkan spesis isyarah jenis jarak dekat..manakala jenis jarak jauh pula akan kak Wada kongsikan pada siri akan datang..
 
Spesis isyarah ni pun sama macam spesis dhomir dan mausul yang mempunyai jantina lelaki dan perempuan..juga terbahagi kepada tiga bilangan..satu..dua..dan lebih..perlu diingat yang perkataan selepas spesis isyarah ni tak semestinya menunjuk kepada orang sahaja..sebab tu dalam gambarajah kak Wada letak in bracket perkataan orang tu..boleh jadi selepasnya nama haiwan..tumbuhan..tempat dan apa-apa sahaja..
 
Mudah je kan nak kenal spesis isyarah ni..so tanpa berlengah lagi..apa kata jom kita mulakan permainan..kita nak tangkap dan kurung dalam bulatan isim dominan spesis isyarah jenis yang pertama iaitu jarak dekat dahulu..lihat ayat-ayat di bawah..kat mana ada spesis ni.. 
 
Surah Yaasin ayat 61-64
Kredit: www.searchtruth.com

1 Surah Al Haj ayat 19
2 Surah Al Qasas ayat 27
Kredit: www.searchtruth.com

1 Surah An Nisa' ayat 143
2 Surah Al Isra' ayat 20 
Kredit: www.searchtruth.com

InsyaAllah next siri kak Wada akan kenalkan isim dominan spesis isyarah jenis jarak jauh..stay tune..teruskan istiqamah belajar bahasa al Quran..yang terbaik di antara kita adalah orang yang belajar al Quran dan yang mengajarkannya..

SIRI (21) BELAJAR BAHASA AL QURAN MUDAH

Tuesday, September 13, 2016

SIRI (19) BELAJAR BAHASA AL QURAN MUDAH

Assalamualaikum..

Kak Wada harap pelumba-pelumba yang istiqamah belajar bahasa al Quran bersama kak Wada masih tidak lagi berganjak untuk terus follow rapat Siri Belajar Bahasa Al Quran Mudah..

Pada siri ini kak Wada ingin menyampaikan berita gembira kepada korang yang seriously dan bersungguh-sungguh follow dari siri 2 hingga siri 18 dengan syarat rajin ulangkaji pelajaran banyak kali..practice banyak kali setiap pelajaran melalui permainan yang kak Wada ajarkan tu..kak Wada nak ucapkan tahniah kerana telah faham 50% bahasa al Quran..


Masih ada yang tidak faham bagaimana dikatakan sudah faham 50% bahasa al Quran setelah mengikuti siri bahasa al Quran mudah ini dari siri 2 hingga siri 18?..mari kak Wada terangkan..mula-mula lihat dulu ayat al Quran berikut yang diambil dari mushaf asal..

Muka surat 6 Surah Al Baqarah
Kredit: www.searchtruth.com

Kak Wada telah memilih dua ayat berikut yang bergarisan merah..ayat 34 dan 35 surah Al Baqarah..


Seterusnya kak Wada tangkap dan kurung isim dominan dalam bulatan warna ungu..kita dah belajar dua spesis isim dominan iaitu spesis dhomir dan spesis mausul..tetapi dalam ayat-ayat ni cuma ada spesis dhomir sahaja..kemudian kak Wada tangkap dan kurung pula perkataan dalam al Quran kategori harof dalam bulatan warna merah..so far kita dah kenal lapan daripada sepuluh anak harof..kesemua yang dikurung ini telah kita ketahui maknanya..

 

Maka tinggallah perkataan-perkataan yang kita tidak tahu maknanya..kak Wada telah asingkan perkataan-perkataan yang kita tidak tahu maknanya dengan mengurung di dalam kotak berwarna jingga seperti di bawah..manakala perkataan-perkataan Bahasa Arab al Quran yang telah diserap menjadi perkataan Bahasa Melayu dikurung di dalam kotak berwarna merah jambu..perkataan malaikat..Adam..jannah..iblis..sudah pasti kita tahu maknanya tanpa perlu diterjemahkan..ada lagi perkataan lain seperti sujud..kafir..zalim..tapi kak Wada tak masukkan sekali kerana tidak exactly sama walaupun boleh faham..selepas tu nomborkan setiap perkataan..


Kemudian terjemahkan perkataan-perkataan yang kita dah tahu makna dan perkataan-perkataan yang kita tidak tahu maknanya lagi..bagi perkataan yang tidak tahu makna yang salah satunya kerana kita belum lagi belajar..maka bolehlah dirujuk dari al Quran terjemahan untuk mengetahui maknanya..kesemua sekali ada 45 patah perkataan..

 
Selepas menuruti semua langkah-langkah di atas..bagaimanakah yang dikatakan sudah faham 50% bahasa al Quran..lihat kiraan di bawah..


Mengapa hanya dengan berdasarkan dua ayat di atas telah memastikan bahawa korang sudah boleh faham 50% bahasa al Quran..sebenarnya itulah pattern ayat-ayat al Quran..perkataan sama digunakan berulang-ulang kali..maka sekiranya kita mahir dengan perkataan-perkataan yang menguasai bahasa al Quran bermakna kita juga menguasai bahasa al Quran..ternyata dan terbukti sudah bahawa bahasa al Quran ini mudah..mahu faham lagi 50% bahasa al Quran?..mahu 100% feeling the language?..tidak ada cara lain melainkan belajar bahasa al Quran..sebab itu wajib belajar bahasa al Quran..

Teruskan istiqamah belajar bahasa al Quran..yang terbaik di antara kita adalah orang yang belajar al Quran dan yang mengajarkannya..

SIRI (20) BELAJAR BAHASA AL QURAN MUDAH

Saturday, September 10, 2016

SIRI (18) BELAJAR BAHASA AL QURAN MUDAH

Assalamualaikum..

Pada siri ini kak Wada nak kongsikan tentang isim dominan spesis mausul..


Ni sambung pelajaran mana pulak ni..biasalah tu..memang sometimes kita akan lost..ni baru siri 18..agaknya kalau masuk siri yang ke 38..pening juga nak trace balik kan..sebab tu korang jangan pelik..setiap kali mula pelajaran baru..kak Wada akan search dulu location..




Ok..dah dapat location isim dominan spesis mausul..sebelum ni kak Wada explain tentang isim dominan spesis dhomir yang terbahagi kepada dua jenis dan setiap satunya mempunyai 14 ahli keluarga..sekarang ni kita nak tahu tentang spesis kedua pula iaitu mausul yang juga menguasai perkataan-perkataan dalam al Quran..lihat gambarajah di bawah..


Apakah isim dominan spesis mausul ni?..mausul merupakan kata ganti nama yang mewakili kata nama sebelumnya..ada juga yang mengatakan bahawa mausul ini merupakan kata nama yang mengaitkan perkataan sebelum dan selepasnya..mudahnya dalam bahasa Melayu kita gunakan perkataan "yang"..contohnya begini..ibu "yang" dia berjalan..maka perkataan "yang" itulah yang mengaitkan antara perkataan ibu dan perkataan dia berjalan..jika ditulis "yang" dia berjalan sahaja tanpa ada perkataan ibu sebelumnya..kita tidak tahu siapa yang dikaitkan..begitulah juga sebaliknya.. 

Spesis mausul ni pun sama macam spesis dhomir yang mempunyai jantina lelaki dan perempuan..juga terbahagi kepada tiga bilangan..satu..dua..dan lebih..perlu diingat yang perkataan sebelum spesis mausul ni tak semestinya merujuk kepada orang sahaja..sebab tu dalam gambarajah kak Wada letak in bracket perkataan orang tu..boleh jadi sebelumnya nama haiwan..tumbuhan..tempat dan apa-apa sahaja..

Namun ada special case kat sini..jika kita nak ignore atau abaikan jantina atau bilangan..may be sebab kita tak tahu atau nak cakap secara general..maka ada dua perkataan lain dalam spesis mausul yang digunakan..pertama perkataan "siapa yang" untuk mewakili orang..dan kedua "apa yang" untuk mewakili benda atau selain orang..

Masa untuk bermain..kita nak tangkap dan kurung dalam bulatan isim dominan spesis mausul ni..lihat ayat-ayat di bawah..kat mana ada spesis ni..

Muka surat 7 Surah Al Baqarah
Kredit: www.searchtruth.com

Tak faham..jangan sesekali berputus asa..tengok gambarajah berkenaan spesis mausul dan baca penerangan kak Wada banyak kali..then banyakkan juga buat practice cari..tangkap dan kurung dalam bulatan isim dominan spesis mausul ni..InsyaAllah..bila dah usaha sungguh-sungguh..Allah akan beri kefahaman nanti..

Teruskan istiqamah belajar bahasa al Quran..ingat..yang terbaik di antara kita adalah orang yang belajar al Quran dan yang mengajarkannya..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...