Tuesday, April 5, 2016

TIPS AGAR TIDAK STRESS BILA ADA ATAU TIADA ANAK

Assalamualaikum..

Kata-kata yang terbaik hanyalah KALAM ALLAH..sebab tu boleh dikatakan hampir semua post blog kak Wada ni sebolehnya kak Wada attach sekali apa yang kak Wada kata tu berdalilkan dengan kata-kata Allah..itulah kata-kata yang terbaik sebab ianya datang dari YANG MAHA AGUNG..YANG MAHA TINGGI..latih diri kita berkata atau menulis berpandukan petunjuk daripada Allah..kerana bila kita berkata atau menulis tidak berpandukan petunjuk Allah bermakna kita berpandukan hawa nafsu dan hasutan syaitan..kita rasa apa yang kita kata atau tulis itu sudah baik dan betul tapi tanpa kita sedari sebenarnya ia adalah dari tipu daya hawa nafsu dan hasutan syaitan..

Bila melihat kehidupan silam orang lain..umpamanya mereka yang bertahun-tahun hidup dengan penuh kesabaran menjalani kehidupan apabila diabaikan oleh ibu bapa mereka sendiri..usahkan nafkah makan minum tidak dipedulikan..kasih sayang entah kemana..walaupun mereka terseksa lahir dan batin namun hidup tetap diteruskan walaupun dalam hati penuh amarah kepada ibu bapa yang tidak menjalankan amanah Allah..perkara ini membuatkan kak Wada merenung sejenak dan terfikir untuk mengambil pelajaran dan iktibar atas apa yang menimpa mereka..
 
Pertama kak Wada bersyukur kerana tidak mengalami apa yang telah dilalui oleh mereka..kak Wada punya ibu bapa yang menjaga dan membesarkan kak Wada dengan penuh kasih sayang walaupun kehidupan kak Wada sekeluarga tidaklah seperti orang berada..hanya cukup makan..cukup pakai..paling kak Wada ingat segala keperluan dan perbelanjaan persekolahan kak Wada tidak diabaikan oleh ibu bapa kak Wada selama ini..mereka berusaha sehabis daya untuk memenuhinya..kita boleh berkata apa sahaja tentang kehidupan orang lain pada masa sekarang kerana kita tidak melalui penderitaan mereka di masa silam..apakah sama pengalaman orang yang pernah melalui satu kepahitan hidup dengan orang yang tidak pernah melaluinya..sama ada mereka masih menyimpan memori itu atau telah memadamnya..mereka sahaja yang berhak menentukannya..
 
Pelajaran kedua..tidak semua orang dikurniakan rezeki anak..maka apabila kita dikurniakan anak bersyukurlah banyak-banyak kepada Allah..anak ini adalah amanah Allah yang dipertanggungjawab kepada kedua ibu bapanya dan akan dipersoalkan kewajipan mereka di akhirat kelak..maka peliharalah amanah Allah ini sebaiknya..anak adalah anugerah Allah yang tidak ternilai..anak merupakan pelaburan terbesar hidup kita di dunia dan di akhirat..didiklah mereka sebaik mungkin terutamanya dalam ilmu fardhu ain..paling tidak di suatu hari nanti ada juga orang yang akan mengalunkan ayat al Quran di kala kita sedang terlantar sakit..di kala kita sudah hampir dijemput pulang untuk kembali ke pangkuan Allah..apa pun di dunia lagi jika seorang anak melakukan amal soleh..ibu bapa akan turut diberi ganjaran pahala..begitulah juga apabila ibu bapa telah kembali ke alam sana..pahalanya tetap berterusan..
 
Pelajaran ketiga..apa yang kita lalui dan hadapi dalam hidup ini tidak sama antara satu sama lain..ada yang derita kerana perbuatan ibu bapa..ada yang derita kerana perbuatan suami atau isteri..ada yang derita kerana perbuatan anak..ada yang derita kerana perbuatan adik beradik..ada yang derita kerana perbuatan saudara mara..ada yang derita kerana kesusahan hidup..ada yang derita kerana kemewahan hidup..ada yang derita kerana pelbagai penyakit..ada yang derita kerana tekanan di tempat kerja..ada yang derita kerana jiran tetangga..penderitaan kita berbeza namun kita punya satu persamaan..persamaan kita ialah kita sedang diuji dalam kehidupan dunia ini..
 
Firman Allah:

"Adakah manusia fikir bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan, "Kami telah beriman" dan mereka tidak diuji? (Al 'Ankabut 29:2)"
 
Persoalannya mengapa Allah menguji kita?
 
Firman Allah:

"Yang menciptakan mati dan hidup, untuk menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalannya. Dan Dia Maha Perkasa, Maha Pengampun. (Al Mulk 67:2)"
 
Jadi kepada yang masih belum atau tidak dikurniakan anak..usahlah bersedih kerana anak ini merupakan ujian terbesar dalam hidup..Allah mengetahui apa yang terbaik untuk diri kita..jika tidak masakan Allah beri amaran ini..
 
Firman Allah:
 
"Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu dilalaikan oleh (urusan) harta benda kamu dan anak pinak kamu daripada mengingati Allah (dengan menjalankan perintahNya) Dan (ingatlah), sesiapa yang melakukan demikian, maka mereka itulah orang-orang yang rugi.(Al-Munafiqun 63:9)"

Semoga perkongsian kak Wada ini memberi manfaat kita bersama ke arah memperbaiki diri dalam mencari redha Allah..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...