Sunday, November 15, 2015

BAGAIMANA NAK MULA HAFAZ AL-QURAN

Assalamualaikum
 
Ramai di antara kita yang mempunyai keinginan untuk menghafaz al-Quran..tapi ramai juga yang menganggap menghafaz al-Quran ini sesuatu yang amat sukar untuk dilaksanakan..akhirnya mereka langsung tidak menghafaz al-Quran..namun mengapa kita lihat ada juga mereka yang boleh menghafaz al-Quran..apakah perbezaan mereka?..mereka berbeza dari segi sikap..apa itu sikap?..kak Wada nak share ilmu yang kak Wada dapat daripada seminar yang kak Wada pergi tu..baca post APABILA ALLAH TUNJUKKAN KAK WADA JALAN..ilmu sikap yang kak Wada nak share ni merupakan ilmu yang sangat penting kepada mereka yang ingin menghafaz al Quran..ilmu yang bukan sahaja diamalkan dalam konteks hafaz al-Quran malah untuk seluruh kehidupan kita..
 
Sikap ialah apa yang kita fikir..apa yang kita cakap di hati..ia adalah perkataan (motivating factor)..ia adalah permulaan perbuatan..niat..ada 2 jenis sikap iaitu yang pertama..sikap positif..sikap ini dipandu oleh hidayah (panduan)..hidayah ini datangnya daripada Allah melalui al-Quran..baca post PENTING SANGAT KE HAFAZ AL-QURAN NI?..kedua sikap negatif..sikap ini dipandu oleh bisikan..bisikan ini datangnya daripada syaitan..ia datang apabila jauh daripada al-Quran..
 
Bila nak mula hafaz al-Quran..bagaimana sikap kita..kita kata susah..saya sibuk..saya tiada masa..saya dah tua..saya sakit..saya penat..saya malas..apa jadi selepas itu..kesemua alasan di atas adalah sikap negatif..sikap ini dipandu oleh bisikan syaitan..ia datang apabila kita jauh daripada al-Quran..sebab apa yang kita fikir..cakap di hati..atau ucap di mulut itulah faktor yang menjadi penentu sama ada kita akan proceed atau tidak untuk melakukan sesuatu perbuatan atau pekerjaan..mengapa kita memilih untuk bersikap negatif..mengapa kita ikut juga bisikan syaitan..
 
Al Quran akan menjadi syafaat kepada pembacanya di akhirat kelak

Mengapa kita kata susah nak hafaz al-Quran..saya sibuk..saya tiada masa..saya dah tua..saya sakit..saya penat..saya tak larat..saya tak mampu..saya takut..saya tak berani..saya tak boleh..mereka yang berkata sedemikian adalah orang yang tidak ada Allah dalam hidupnya..mengapa jadi begitu..kita berkata demikian kerana kita bergantung kepada kekuatan diri kita..usaha kita semata-semata..sebab itulah kita rasa kita tidak boleh melakukannya..kita tahu yang kekuatan dan usaha kita ini ada limitnya..ada hadnya..sedangkan jika kita bergantung dengan Allah..kita tidak perlu bimbang semua itu..kerana Allah itu memiliki segala-galanya..Maha Berkuasa..Maha Kuat..Maha Bijaksana..bukankah Dia boleh mengurniakan apa sahaja kepada kita..kekuasaan dan kehendak Allah mengatasi segala-galanya..kita tidak bergantung dengan Allah sebab kita tidak yakin dengan Allah..kita tidak yakin dengan Allah sebab kita tidak kenal siapa Allah..mengapa kita tidak kenal Allah..kita tidak kenal Allah sebab kita tidak belajar al-Quran dengan bersungguh-sungguh yang di dalamnya kita boleh mengenali siapa Allah..orang yang jauh dengan al-Quran tidak kenal Allah..maka dengan mudahnya syaitan akan mengambil peluang ini untuk menyesatkan kita..membisikkan sikap negatif..
 
Jadi bagaimana untuk bersikap positif bila nak mula hafaz al-Quran..apa yang kita kena kata..
1. "Insya Allah saya berazam nak hafaz keseluruhan al-Quran."
2. "Saya ada Allah..dan Allah pasti menolong saya."
3. "Ya Allah..beri saya kekuatan melaksanakannya dengan istiqomah."
4. "Saya nak fokus kepada usaha sahaja dan hasil saya serah kepada Allah."
 
Lihat betapa besarnya peranan sikap dalam menentukan tindakan kita seterusnya..hanya mereka yang bersikap positif sahaja akan menghafaz al-Quran..mereka yang bersikap negatif ini sudah pasti tidak akan menghafaz al-Quran kerana belum pun mereka bertindak dan berusaha..mereka telah meletakkan penghadang di hadapan mereka..jadi bagaimana mungkin mereka akan bertindak untuk menghafaz al-Quran..sekalipun mereka mempunyai ilmu teknikal yang mendalam tentang cara menghafaz al-Quran tapi jika mereka bersikap negatif sudah pasti mereka tidak akan melaksanakannya..

Thursday, November 5, 2015

(Part 3) RAHSIA SEORANG JUTAWAN SENYAP

Assalamualaikum..
 
Pada fikiran orang kebanyakan..apabila menjangkau usia 40 an memang agak sukar apabila baru mahu mula menghafaz al-Quran..macam-macam alasan diberikan..tanpa kita sedari semua alasan itu merupakan alasan negatif kerana lebih menjurus supaya berputus asa dan tidak yakin dengan pertolongan Allah..sebenarnya ada kisah di sebalik mengapa kak Wada rasa "ringan" untuk mula menghafaz al-Quran selepas balik mengerjakan umrah..

Rasa "ringan" ni kak Wada ketahui pun setelah kak Wada dah mula menghafaz al-Quran..sebelum tu tak tahu pun..satu hari kak Wada mendengar kuliah magrib yang disampaikan oleh seorang ustaz di sebuah masjid..ustaz ni cerita kisah seorang lelaki yang telah berubah hidupnya menjadi orang yang lebih baik..dia menjadi semakin rajin untuk beribadah..rasa mudah dan ringan untuk melakukan ibadah..rupanya ada kisah di sebaliknya..
 
Menurut cerita ustaz ni..dia pernah datang memohon bantuan derma daripada lelaki ni untuk satu kerja kebajikan..lelaki ini bersetuju untuk memberi derma..ustaz ni agak terkejut juga sebab jumlahnya bukan sedikit tapi dalam puluhan ribu ringgit juga..tak lama selepas tu dia bertemu kembali ustaz tu dan menceritakan perubahan yang dia alami selepas memberi derma itu..
 
Kemudian barulah kak Wada terfikir..sebenarnya itulah juga yang terjadi kepada kak Wada..bagaimana kak Wada boleh tiba-tiba rasa mudah dan ringan untuk menghafaz al-Quran..rasa makin berminat untuk belajar al-Quran..rasa mahu mendekati al-Quran..mahu meneroka isi kandungan al-Quran..apakah cerita di sebaliknya..
 
Begini ceritanya..awal tahun ini sebuah negeri di pantai timur telah dilanda banjir besar yang mengakibatkan banyak kerugian dan kemusnahan harta benda..termasuk kehilangan nyawa..kak Wada sangat-sangat bersimpati dengan nasib yang menimpa penduduk negeri tersebut..berbagai bentuk bantuan yang disalurkan oleh pelbagai pihak..kak Wada turut sama menderma apa yang termampu kepada pihak-pihak tertentu termasuklah melalui sekolah anak kak Wada..
 
Satu hari kak Wada mendapat tahu seorang kenalan media sosial yang menjadi sukarelawan akan berkonvoi menghantar bantuan kepada penduduk negeri tersebut..Ya Allah..betapa mulianya hati kenalan kak Wada ni bersama rakan-rakannya..kak Wada sendiri pun tak mampu nak ke sana..lantas kak Wada dan dak suami pun mendapat idea untuk mengirim sedikit sumbangan kepada penduduk di sana melalui kenalan kak Wada ni..
 
Jika orang lain mengirim bekalan makanan dan pakaian..lain pula halnya dengan kak Wada..kak Wada dan dak suami telah berjumpa sendiri kenalan kak Wada ni untuk menyerahkan sumbangan berupa sejumlah wang yang kak Wada termampu..kak Wada telah mengamanahkan kepada beliau supaya wang tersebut diserahkan kepada kepada dua buah masjid atau surau yang mengalami kerosakan akibat banjir besar tersebut..
 
Setelah misi beliau selesai..beliau memaklumkan kepada kak Wada bahawa dia telah menjalankan amanah kak Wada tu..Alhamdulillah kak Wada sangat berterima kasih kepada beliau..kak Wada doakan semoga Allah merahmati hidup dan memurahkan rezeki beliau..masa tu kak Wada tidak mengharapkan apa-apa balasan selain itulah sebahagian tanda syukur kak Wada atas kurniaan rezekiNya kepada kak Wada selama ini..
 
Allah tidak membalas atau melipatgandakan dalam bentuk wang juga tapi Allah balas dalam bentuk yang lain..Allah beri keringanan untuk kak Wada boleh menghafaz al-Quran..rasa semakin berminat untuk berlajar al-Quran..bukankah orang yang menghafaz al-Quran itu Allah janjikan ganjaran yang besar..
 
Firman Allah:
 
"Perumpamaan bagi orang yang mendermakan hartanya di jalan Allah seperti sebutir biji yang menumbuhkan tujuh tangkai, pada setiap tangkai ada seratus biji. Allah melipatgandakan bagi sesiapa yang Dia kehendaki, dan Allah Maha Luas, lagi Maha Mengetahui.(Al Baqarah 2:261)"
 
Alangkah pemurahnya Allah..memanglah kak Wada tak dapat balasan wang berlipatganda daripada jumlah kecil wang yang kak Wada sumbangkan itu tapi kak Wada mendapat balasan sesuatu yang lebih besar nilainya daripada itu..Allah buka peluang kak Wada memiliki ladang ganjaran kebaikan..sebenarnya kita lupa bahawa ganjaran kebaikan tu pun satu bentuk rezeki kurniaan Allah..ganjaran kebaikan ini tidak dapat dilihat dengan mata kasar kerana ia adalah perkara ghaib yang wajib ke atas orang beriman yakin dan percaya kepadanya..

Kredit carian Google

Kita cuma nampak duit dan harta sahaja cara untuk kita menjadi seorang jutawan..tapi bagaimana ganjaran kebaikan ini boleh membantu dan menyebabkan kita juga boleh menjadi jutawan?..

(Part 1) RAHSIA SEORANG JUTAWAN SENYAP
(Part 2) RAHSIA SEORANG JUTAWAN SENYAP
(Part 4) RAHSIA SEORANG JUTAWAN SENYAP

Tuesday, November 3, 2015

CARA ORANG "WORK SMART" MENCARI DUIT

Assalamualaikum..
 
Kenapa hari-hari saya fokus nak cari duit?..kenapa saya rasa susah mencari duit?..
 
Apa yang kebanyakan kita faham bila bertambah duit bermakna bertambah rezeki kerana duit ni merupakan salah satu bentuk rezeki yang dikurniakan oleh Allah..jika ditanya untuk apa kita mahu duit..jawapannya ialah kita mahu duit sebab kita rasa bila ada duit kita boleh membeli apa sahaja yang kita mahu..kita juga boleh memberi duit kepada orang lain..kita rasa bahagia bila dapat membeli apa yang kita mahu..kita juga rasa bahagia bila dapat memberi duit kepada orang lain apatah lagi orang yang kita sayang..
 
Senang cerita at the end of the day sebenarnya kita mencari bahagia dalam hidup ini..tetapi di manakah bahagia yang kita perlukan itu?..sesuatu yang paling sukar lagi susah dilakukan bila kita mencari sesuatu yang kita tidak tahu di mana ia berada..keadaan ini menyebabkan kita terpaksa "work hard" dan bersusah payah untuk mendapatkannya..semakin kita mencari semakin membuatkan kita stress selagi tak jumpa apa yang kita cari itu..mengapa kita stress..
 
Sebenarnya bahagia itu tidak perlu dicari sekiranya kita tahu di mana letaknya..siapakah yang lebih tahu keperluan yang diciptakan selain daripada penciptanya?..manusia ini diciptakan oleh Allah..jadi Allah lebih mengetahui akan apa yang diperlukan oleh manusia..Dia memiliki segala-gala yang diperlukan oleh manusia..mahu rezeki..Dia Maha Pemberi Rezeki..mahu hidup aman..Dia Maha Pemberi Keamanan..mahu Kaya..Dia Maha Pemberi Kekayaan..dan Dialah Maha Pemberi Kurnia..
 
Bila kita sudah tahu rezeki itu berada di tanganNya..aman bahagia itu di tanganNya..bermakna kita sudah tahu di mana letaknya keperluan kita itu..jadi mengapa kita bersusah payah mencari sesuatu yang tak pasti di mana letaknya..bukankah lebih mudah kerja kita bila kita fokus sahaja ketaatan kepada pemberi semua keperluan kita itu..menurut apa yang diperintahNya..meninggalkan apa yang dilarangNya..mengutamakan apa yang diutamakanNya kerana Dia boleh memberi atau tidak boleh memberi kepada siapa yang dikehendakiNya.. 
 
Firman Allah:
 
"Katakanlah, "Sesungguhnya, Tuhanku melapangkan rezeki bagi siapa yang Dia kehendaki dan menyekatnya (bagi siapa yang Dia kehendaki), tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui".(Saba' 34:36)"

Allah boleh beri rezeki yang yang kita mahukan itu..bahagia yang kita mahukan itu..tapi dengan syarat..buat apa yang Dia perintah..tinggalkan apa yang Dia larang..utamakan apa yang Dia utamakan..apa yang diutamakan oleh Allah..baca link ini..MAKSUD SEBENAR BERGANTUNG KEPADA ALLAH..

Jadi inilah rahsia mereka yang "work smart"..hidup mereka tidak stress mencari rezeki dan mencari bahagia sebaliknya mereka fokuskan ketaatan hidup mereka kepada pemberi rezeki dan pemberi bahagia itu..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...