Thursday, October 15, 2015

APABILA ALLAH TUNJUKKAN KAK WADA JALAN

Assalamualaikum..

Pada post MENGAPA KENA JAUHI SARANG LABAH-LABAH..kak Wada dah cerita kat korang tentang turning point yang mendorong kak Wada mula meneroka al-Quran..adakah Kak Wada sudah berjinak-jinak menghafaz al-Quran masa teguran guru kak Wada terhadap ibu bapa yang menghantar anak ke sekolah hafaz al-Quran..sebenarnya pada masa tu kak Wada telah pun mula menghafaz al-Quran..bagaimana kak Wada bermula..

Selepas pintu hati kak Wada diketuk oleh ayat al-Quran tentang sarang labah-labah tu..kak Wada dan dak suami tidak pernah "miss" untuk mengikuti kuliah magrib ustaz tu walaupun gilirannya hanya sekali dalam sebulan..kitorang akan sedaya upaya datang walaupun waktu kitorang sampai tu kuliah dah sekerat jalan..

Setelah mengikuti kuliah demi kuliah..satu hari pada tahun 2014..ustaz ni beritahu kepada jemaah bahawa dia akan mengadakan satu seminar tentang kaedah menghafaz al-Quran pada bulan Ramadhan..masa tu bagaikan ada magnet yang menarik kak Wada dan dak suami untuk menghadiri seminar sehari itu..bercerita tentang background ustaz ni..beliau telah menghafaz 30 juzuk al-Quran..mempunyai pusat tahfiz sendiri..penulis buku dan merupakan bekas akauntan bertauliah..kisah hidupnya yang dari buta al-Quran hingga menjadi seorang huffaz menjadi motivasi kepada mereka yang mahu menghafaz al-Quran..

Seminar tersebut mendedahkan kak Wada tentang teknik hafazan al-Quran menurut kaedah yang diasaskan oleh beliau sendiri..selepas mengikuti seminar tersebut yang tujuan kak Wada pergi hanya untuk menambah ilmu..tanpa kak Wada sedari tiba-tiba timbul rasa minat untuk kak Wada cuba menghafaz surah dari al-Quran..kak Wada pilih untuk hafaz surah As Sajdah..masa study dulu kak Wada pernah hafal surah ni..tapi dah tak berapa nak ingat..mungkin sebab tidak mengikut kaedah yang betul..juga kerana niat hafal tu untuk tujuan peperiksaan sahaja..

Masa mula nak hafal balik surah tu kak Wada rasa macam berat ler juga..tapi kak Wada tetap teruskan juga usaha hingga boleh hafal..oleh kerana surah ni menjadi rutin tok imam membacanya pada rakaat pertama dalam solat Subuh pada hari Jumaat..maka ia menjadi satu motivasi kepada kak Wada untuk menghafalnya..time tok imam baca tu kak Wada rasa confident je..sebab faham makna setiap ayat..then dah tahu next ayat apa..so kak Wada boleh menghayatinya berbanding masa sebelum hafal..kalau dulu tok imam baca ayat panjang..hati dan fikiran dah melayang ke tempat lain..sangat berbeza..

Bila mana kita letakkan pergantungan hidup ini sepenuhnya kepada Allah dan mula bersungguh-sungguh mencari redha Allah..pasti Allah akan menunjukkan jalan untuk kita memperbaiki diri..kita akan mendapat kekuatan daripada Yang Maha Kuat untuk berubah kerana Allah bersama orang-orang yang mahu memperbaiki diri mereka..

Firman Allah:

"Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keredhaan) Kami, Kami akan tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami. Dan sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang berbuat baik.(Al-'Ankabut 29:69)"

1 comment:

  1. Masya Allah Kak wada, saya sangat terinspirasi dengan penulisan puan. Sejujurnya, saya juga sedang mencari2 cara untuk mengenali Allah melalui Al Quran. Carian saya membawa saya ke blog puan. Alhamdulillah, Allay Ya Hadi memberi petunjuk kepada saya. Saya bersyukur kepada Allah Ya Syakur sebab banyak yang saya belajar dari blog puan. terutama cara mempelajari bahasa arab.
    Saya Doakan Puan tetap diberikan kekuatan dan keteguhan oleh Allah Ya Qawi ya Matin untuk terus terusan mengajarkan Al Quran melalui penulisan.Keep writing puan..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...