Friday, September 23, 2016

SIRI (22) BELAJAR BAHASA AL QURAN MUDAH

Assalamualaikum..

Apa itu isim dominan spesis istifham..nak tahu..teruskan membaca post ini hingga ke perenggan yang terakhir..


Sebelum kak Wada meneruskan perjalanan post ini..seperti biasa..kita search location dulu..dah kat mana kita sekarang..





Spesis istifham ialah perkataan kata nama yang juga dikenali sebagai kata soal..ia digunakan ketika menyoal atau bertanya..di dalam al Quran banyak terdapat ayat-ayat pertanyaan dari Allah..kata soal ini juga boleh ditemui dalam ayat-ayat dialog para nabi dan rasul hinggalah dialog semasa di akhirat kelak..terdapat 14 kata soal bernaung di bawah spesis ini yang menguasai perkataan-perkataan dalam al Quran..empat daripada perkataan tersebut berasal daripada dua perkataan yang dicantumkan menjadi satu perkataan seperti gambarajah di bawah..


Perlu diambil perhatian di sini bahawa perkataan مَا ni ada tiga maksud iaitu..1. apa yang 2. apakah 3. tidak ..penggunaan maksud nombor 2 adalah untuk spesis istifham..  

Jika kita hanya faham makna sesuatu perkataan ikut
terjemahan tanpa mengetahui penggunaannya dalam konteks ayat..kita akan keliru mengapa ada perkataan yang sama diterjemahan berlainan maksud..tapi bila kita dah belajar bahasa al Quran..barulah kita tahu perbezaannya dan baru ada "feeling of the language"..


Tak faham tak apa..korang baca berulang kali dan yang paling penting practice..sekarang tiba masa untuk kita mulakan permainan menangkap dan mengurung spesis istifham dalam bulatan..lihat ayat-ayat di bawah..tengok satu persatu spesis istifham yang dah kena kurung dalam bulatan merah tu..

Surah Al Baqarah muka surat 5
Kredit: www.searchtruth.com
 
Surah Al Baqarah muka surat 10
Kredit: www.searchtruth.com
 
Surah Al Baqarah muka surat 20
Kredit: www.searchtruth.com
 
Surah Yaasin muka surat 443
Kredit: www.searchtruth.com
 
Surah Ar Rahman muka surat 533
Kredit: www.searchtruth.com
 
Surah Yaasin ayat 31
Surah Adh Dhariyat ayat 12
Surah An Naba ayat 1
Kredit: www.searchtruth.com

Teruskan istiqamah belajar bahasa al Quran..yang terbaik di antara kita adalah orang yang belajar al Quran dan yang mengajarkannya..

SIRI (23) BELAJAR BAHASA AL QURAN MUDAH

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...