Sunday, August 21, 2016

DOA IBU BAPA BILA RAMAI-RAMAI

Assalamualaikum..

Pada siri ini SIRI (9) BELAJAR BAHASA AL QURAN MUDAH kak Wada dah explain tentang isim spesis dhomir..so kita nak apply apa yang kita dah pelajari dengan mempraktikkannya dalam kehidupan harian kita..

Allah Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang telah mengangkat kedudukan ibu bapa..Allah telah mendidik kita dengan mengajar ayat yang kita kena minta dengan Allah untuk kedua ibu bapa kita..ayat inilah yang telah kita jadikan doa harian kita..ayatnya yang bergaris merah dalam ayat al Quran di bawah..


Bagi yang mengikuti siri belajar bahasa al Quran mudah bersama kak Wada..sudah sedia maklum bahawa perkataan yang ada tanda smiley di bawahnya bermakna kita sudah kenal dengan perkataan tersebut..perkataan-perkataan tersebut adalah isim yang dah kita belajar mengenai tandanya..jantinanya dan bilangannya..

Doa untuk ibu bapa ini lazimnya kita baca selepas solat seperti berikut..


Doa di atas adalah doa yang dibaca ketika kita membacanya seorang diri..namun bagaimana pula doanya bila kita membacanya ketika ramai-ramai..lihat diagram di bawah dengan membandingkan perubahan yang berlaku kepada isim spesis dhomir yang font berwarna merah..manakala font berwarna kuning menunjukkan perubahan berlaku disebabkan perubahan bilangan..


Nampak tak perbezaannya..bila doa ketika seorang dan ketika ramai-ramai..semoga perkongsian ini dapat memperbaiki komunikasi kita dengan Allah..buat yang berkualiti kerana Allah hanya terima amalan yang berkualiti seperti yang kak Wada kongsi di sini ADAKAH AMALANKU DITERIMA OLEH ALLAH..

Teruskan istiqamah belajar bahasa al Quran mudah..yang terbaik di antara kita adalah orang yang belajar al Quran dan yang mengajarkannya..

4 comments:

  1. Alhamdulillah.... semoga Allah memberkati kak wada ats usaha peerkongsian ilmu bermanfaat

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum. kalau baca Rabbayana soqira adakah merujuk kepada jama'?

    ReplyDelete
  3. slm kak..blh x akak jelaskan knp jd rabbauna..kl baca rabbayana salah la ye

    ReplyDelete
  4. blh x akak email saya ttg penjelasan tersebut

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...