Friday, February 17, 2017

MASA SUBMIT HAFALAN KAHFI DI SAAT HAJAT CEPAT DIKABULKAN

Assalamualaikum..

Alhamdulillah..masuk day 7 hari Jumaat dengan usaha yang bersungguh-sungguh InsyaAllah sudah mulai hafal surah al Kahfi ayat 1-10..dalam hadis nabi menyebut telah dijanjikan bahawa bacaan 1 huruf daripada al Quran akan memberikan ganjaran kepada pembacanya sebanyak 10 hasanah atau kebaikan..maka dari ayat 1 hingga sepuluh mengandungi 4,290 hasanah..maka jika benar-benar diikut cara hafal Quran dari day 1 hingga day 7..dianggarkan penghafalnya akan mendapat ganjaran sebanyak 351,780 hasanah..semakin banyak hasanah semakin tenang kita lalui kehidupan ini..cara hafal Quran yang kak Wada kongsikan itu datangnya dari kaedah guru pengajian al Quran kak Wada..manakala jadual waktu masa menghafal itu pula dari seorang ustaz..kak Wada telah mengabungkan keduanya dengan mengolah semula untuk hafalan surah al Kahfi ayat 1-10.. 

Allah sangat menyintai penghafal ayat-ayat al Quran kerana al Quran itu sendiri adalah apa yang Allah suka..mereka yang hafal al Quran ini sangat hampir dengan Allah..maka submitlah hafalan ini kepada Allah dan mengambil peluang untuk berdoa terus kepada Allah memohon apa jua hajat untuk dikabulkan oleh Allah..selain bertawassul melalui nabi dan rasul..kita juga boleh bertawassul dengan amalan soleh yang telah kita lakukan..bukankah menghafal al Quran itu salah satu amalan soleh..jadi masa bilakah detik submit hafalan dan berdoa memohon hajat kepada Allah?..kak Wada panjangkan perkongsian dari ustaz yang memberikan jadual waktu hafalan itu..

Kredit carian Google

Bagi kaum lelaki yang mengerjakan solat pada hari Jumaat..ketika menunggu khatib naik ke mimbar..ulang hafalan ayat yang dah hafal dari hari Sabtu hingga Jumaat..contohnya di sini kita dah hafal surah al Kahfi ayat 1-10..ulang hafal sebab Jumaat hari keberkahan..penghulu segala hari..maka ketika khatib duduk di antara duduk khutbah mohonlah kepada Allah.."Ya Allah.. Jumaat ini saya membawa hafalan kepadaMu..bukan datang begitu sahaja..maka dengan ayat Quran yang saya telah hafalkan ini..saya mohon:
1. ....................................
2. ....................................
apa sahaja hajat kita..

Bagi kaum wanita..ulang hafalan pada hari Jumaat sama seperti kaum lelaki sehingga tiba saat selepas Asar hingga sebelum menjelang Magrib..mohonlah apa jua hajat kita pada saat itu..

Kerana pada dua masa tersebut adalah waktu mustajab berdoa..hajat kita akan cepat dikabulkan oleh Allah..lebih-lebih lagi kita memohon dalam keadaan kita sudah menghafal ayat-ayat al Quran..

Tak hafal 10 ayat pun still boleh doa..submit juga berapa ayat yang dah hafal dan mohon doa Allah beri kekuatan untuk berusaha bersungguh-sungguh hafal ayat Quran sehingga boleh submit Jumaat akan datang..InsyaAllah..dengan usaha hafalan al Quran dan doa di waktu mustajab ini..mudah-mudahan Allah memperkenankan permintaan hajat kita..

Firman Allah:

"Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepada engkau tentang Aku, maka sesungguhnya Aku adalah dekat. Aku memperkenankan doa-doa orang yang berdoa apabila dia berdoa kepadaKu, maka hendaklah mereka menjawabKu(taat peraturan Allah) dan hendaklah mereka beriman kepadaKu mudah-mudahan mereka mendapat petunjuk." (Al Baqarah 2:186)

Allah akan perkenankan doa kita tetapi syaratnya kita mesti belajar al Quran untuk taat kepada peraturan Allah..

DAY 1 CARA HAFAL QURAN (SURAH AL KAHFI AYAT 1-10)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...