Tuesday, May 2, 2017

SIRI (25) BELAJAR BAHASA AL QURAN MUDAH

Assalamualaikum..

Alhamdulillah siri 24 yang lalu begitu mendapat sambutan..ada yang kata belajar perkataan kategori fiel ni agak complicated sikit..sebenarnya ia tidaklah complicated mana pun kerana setiap orang berbeza keperluannya..maka lain orang lain approach yang sesuai dengannya..mengapa kak Wada explain perkara-perkara asas perkataan fiel ni terlebih dahulu..sebabnya nak bagi korang overall picture pasal perkataan fiel ni..so bila dah tahu overall picture..kita akan rasa mudah..lughawi?..apa tu..nak tahu kena terus baca sampai habis..


Seperti biasa kita check dulu location kita supaya kita tak lost dan keep on track..


Kita sedang belajar perkataan kategori fiel atau kata kerja..


Pada siri sebelumnya kita dah belajar tentang perkara asas perkataan fiel yang pertama iaitu kata akar..seterusnya kita nak belajar tentang perkara asas kedua iaitu perubahan..lihat gambarajah di bawah..


Perubahan atau dalam pelajaran Bahasa Arab dipanggil "tasrif"..perubahan yang dimaksudkan di sini ialah perubahan daripada kata akar perkataan fiel yang kita dah belajar sebelum ni kepada bentuk-bentuk yang lain..perubahan kata akar perkataan fiel terbahagi kepada dua jenis..istilahi dan lughawi..kita perhatikan dulu gambarajah di bawah berkenaan perubahan istilahi..


Jenis istilahi merupakan perubahan kata akar perkataan fiel yang berdasarkan kepada perbezaan bentuk fiel..ada enam bentuk fiel yang kita akan belajar detail pada siri akan datang..perlu kita ambil maklum bahawa perubahan daripada kata akar perkataan fiel ini juga boleh membentuk isim atau kata nama seperti di dalam kotak berwarna beach tu..setiap perkataan fiel pada setiap bentuk fiel itu mempunyai dhomir sama ada tersembunyi atau dikenali melalui tanda-tandanya..ingat lagi dhomir tak?..kita ulangkaji balik 14 dhomir atau ganti nama pada gambarajah di bawah ni..


Bagaimana pula yang dikatakan perubahan jenis lughawi..lihat gambarajah di bawah..


Perubahan lughawi merupakan perubahan kata akar perkataan fiel ke atas bentuk fiel yang berdasarkan kepada perubahan jumlah bilangan pembuat dan jantina pembuat perkataan fiel itu..ada tiga jumlah bilangan..satu..dua dan tiga ke atas..manakala jantina pula sama ada lelaki atau perempuan..itulah juga 14 dhomir yang menjadi pembuat kepada setiap perkataan fiel yang kita lihat pada gambarajah sebelumnya..maka perubahan perkataan fiel jenis ini pun ada 14 juga..cuba kira..sama tak..namun ada pengecualian kepada dua bentuk fiel yang akan kak Wada jelaskan pada siri akan datang..


Sama seperti fiel..isim pun mempunyai perubahan lughawi yang kita dapat lihat pada gambarajah di atas..perubahannya pun sama iaitu pada jumlah bilangan isim dan jantina isim..ingat lagi pelajaran kita dalam kategori perkataan isim berkenaan jantina isim..jika tak ingat..kita ulangkaji balik gambarajah di bawah..



So far bagaimana..mudah kan..tak faham tak apa..baca berulang kali..kerja kita belajar je tapi kenalah belajar bersungguh-sungguh..tekun dan sabar..InsyaAllah..moga-moga Allah beri kefahaman atas kesungguhan kita tu..kak Wada pun bersungguh-sungguh buat gambajarah ni untuk nak permudahkan korang belajar bahasa al Quran dan penerangan kak Wada pun dalam bahasa yang mudah faham dan tak memeningkan kepala..kalau baca buku kak Wada pun pening juga..hehehe..

Teruskan istiqamah belajar bahasa al Quran..yang terbaik di antara kita adalah orang yang belajar al Quran dan mengajarkannya..
 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...