Friday, May 5, 2017

SIRI (26) BELAJAR BAHASA AL QURAN MUDAH

Assalamualaikum

Alhamdulillah kak Wada dan pelumba-pelumba yang nak faham bahasa al Quran masih terus istiqamah dan setia bersama siri ini..pada siri kali ini kita nak practice apa yang kita dah belajar dalam siri 24 dan siri 25..dah lama kan kita tak main permainan tangkap dan kurung ni..nak tahu pasal gambarajah di bawah ni..jom ikut kak Wada mengembara siri ni sampai ke check point terakhir..


Sebelum start mengembara..kita check dulu location kita supaya tidak tersesat jalan dan teraba-teraba tak tahu punca..


Kita sedang belajar perkataan dalam al Quran kategori fiel atau kata kerja..


Kita dah belajar dua perkara asas fiel iaitu kata akar dan perubahan..so sekarang ni kita nak test kemahiran berfikir aras tinggi kita (hehehe) melalui practice apa yang kita dah belajar tu dengan mengaplikasinya pada ayat-ayat al Quran..barulah kita akan dapat feel di lapangan sebenar apa yang kita dah belajar..sebab kalau belajar teori sahaja dan tak practice..barangkali kita tahu teori jelah sedangkan yang lebih penting di lapangan sebab aim kita belajar bahasa al Quran ni ialah bila kita baca mushaf al Quran kita faham dan tak bergantung kepada terjemahan..begitu juga bila kita dengar bacaan ayat-ayat al Quran pun kita faham..lihat page al Quran di bawah..

Muka surat 3 Surah Al Baqarah
Kredit mushaf: www.searchtruth.com

Inilah ayat-ayat yang kita nak practice..sebelum practice..kita ulangkaji dulu..kata akar fiel ni terbahagi kepada dua bahagian seperti gambarajah di bawah..



Lihat ayat-ayat al Quran di bawah..kak Wada dah tangkap dan kurung perkataan fiel yang berasal dari dua kata akar..cuba korang semak dengan gambarajah di atas..pattern kata akar yang mana satu sama dengan kata akar perkataan fiel yang dah kena tangkap dan kurung tu..

Muka surat 3 Surah Al Baqarah
Kredit mushaf: www.searchtruth.com

Perkataan-perkataan fiel daripada dua kata akar di atas tu memang banyak kali muncul di dalam ayat-ayat al Quran..seterusnya kita nak practice perubahan perkataan fiel..kita ulangkaji dulu gambarajah di bawah yang merupakan salah satu jenis perubahan kata akar..


Kita perhatikan lagi perkataan-perkataan yang dah kena tangkap dan kurung tu dan buat perbandingan dengan gambarajah di atas..kita akan dapati ada perkataan-perkataan fiel yang sama perubahan bentuknya..apa yang penting di sini ialah setiap bentuk fiel itu mesti mempunyai dhomir atau ganti nama yang merupakan pelaku kepada perkataan fiel itu..

Muka surat 3 Surah Al Baqarah
Kredit mushaf: www.searchtruth.com

Ada yang dah lupa ke pasal dhomir ni..ulangkaji balik 14 dhomir pada gambarajah di bawah..


InsyaAllah pasal dhomir dan hubungannya dengan perkataan fiel akan kak Wada sentuh lebih detail dalam perkara asas ketiga perkataan fiel iaitu bentuk fiel..so make sure follow rapat Siri Belajar Bahasa Al Mudah ni..jangan miss walaupun satu siri..

Teruskan istiqamah belajar bahasa al Quran..yang terbaik di antara kita adalah orang yang belajar al Quran dan mengajarkannya..
 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...