Saturday, May 13, 2017

SIRI (27) BELAJAR BAHASA AL QURAN MUDAH

Assalamualaikum..

Alhamdulillah kak Wada masih lagi diberi kekuatan oleh Allah untuk menyambung siri ini..begitu juga pelumba-pelumba yang masih terus istiqamah belajar bahasa Quran..kepada pelajar baru jangan risau dan cakap pelajar lama ni dah jauh..kita bukan masuk kelas pun..belajar hujung jari je..jika baca sekali tak faham..klik sekali lagi..baca ulang-ulang kali..InsyaAllah..bila dah usaha sungguh-sungguh tu nanti Allah akan buka pintu kefahaman..gambarajah apa kat bawah ni?..nak tahu..kenalah luangkan masa baca sampai habis..


Tahu ke di mana kita berada sekarang..dah sampai siri 27 ni barangkali ada yang dah tak nampak jalan kot..hehehe..oklah seperti biasa kita search location dulu..



Pada siri-siri sebelum ni kita dah belajar dua perkara asas fiel iaitu kata akar dan perubahan..maka pada siri kali ini kita nak belajar mengenai perkara asas ketiga iaitu bentuk fiel..lihat gambarajah di bawah..


Bentuk fiel terbahagi kepada enam bentuk..setiap bentuk boleh dikenali dan dibezakan melalui tanda-tandanya apabila berlaku perubahan kata akar perkataan fiel yang disebabkan oleh perubahan bilangan pembuat dan jantina pembuat atau setelah masuknya dhomir kepada perkataan fiel tersebut..ingat lagi tak perubahan lughawi fiel yang kita dah belajar pada siri lepas..setiap bentuk fiel mengalami perubahan lughawi..jom kita berkenalan dulu dengan bentuk fiel yang pertama iaitu fiel Madhi Maklum..


Apa itu fiel Madhi Maklum?..bentuk fiel ini merujuk kepada perkataan fiel yang telah berlaku atau terjadinya fiel itu pada masa yang telah lepas..di dalam bahasa Inggeris kita panggil past tense..maklum di sini bermaksud pembuat kepada fiel ini diketahui secara jelas..


Sebelum kita mengenali tanda-tanda fiel Madhi Maklum..kak Wada recall pattern kata akar yang sama dengan perkataan كتب iaitu kata akar bahagian Sahih dari jenis Selamat..ini kerana setiap pattern yang sama akan mempunyai perubahan yang sama..lain pattern lain perubahannya..


Kemudian kita bersiap sedia dengan dhomir seperti dalam gambarajah di atas..dah hafal ke 14 dhomir tu..wajib hafal jika nak mahir perubahan perkataan fiel dalam setiap bentuk fiel..jom kita lihat tanda-tanda untuk mengenali fiel Madhi Maklum..



Dhomir yang terlibat dalam gambarajah di atas merupakan dhomir yang ditujukan kepada orang ketiga..setiap dhomir yang masuk kepada perkataan fiel dibezakan dari segi bilangan pembuat sama ada satu, dua atau tiga ke atas dan jantina pembuat sama ada lelaki atau perempuan..perhatikan dengan teliti huruf yang telah ditambah bersama barisnya kepada kata akar pada setiap perkataan fiel..semua tambahan kelihatan dihujung perkataan kecuali dhomir هو yang kekal tanpa sebarang tambahan kerana dhomirnya disembunyikan..sebutkan dhomir dahulu kemudian sebutkan perkataan fielnya yang telah berubah..sebutan bermula dengan jantina lelaki dahulu mengikut urutan dari atas ke bawah..kemudian diikuti jantina perempuan juga urutannya dari atas ke bawah..


Gambarajah di atas pula ditujukan kepada orang kedua..sekali lagi perhatikan dengan teliti huruf yang telah ditambah bersama barisnya kepada kata akar pada setiap perkataan fiel..semua tambahan kelihatan dihujung perkataan..sebutkan dhomir dahulu kemudian sebutkan perkataan fielnya yang telah berubah..sebutan bermula dengan jantina lelaki dahulu mengikut urutan dari atas ke bawah..kemudian diikuti jantina perempuan juga urutannya dari atas ke bawah..


Gambarajah di atas pula ditujukan kepada orang pertama..sekali lagi perhatikan dengan teliti huruf yang telah ditambah bersama barisnya kepada kata akar pada setiap perkataan fiel..tambahan juga kelihatan dihujung perkataan..sebutkan dhomir dahulu kemudian sebutkan perkataan fielnya yang telah berubah..dua dhomir di atas mempunyai dua bilangan sahaja dan boleh digunakan oleh kedua-dua jantina..


Berlatihlah menyebutnya berulang kali sehingga lancar dan paling penting ingat tanda-tanda perkataan fiel Madhi Maklum mengikut siapa pembuat..bilangan pembuat dan jantina pembuat..

Sekiranya masih tak faham lagi tak apa..belajar ni proses berterusan..rajin-rajinlah buat ulangkaji sendiri..kerja kita usaha sahaja sebab bagi faham tu kerja Allah..InsyaAllah kita akan apply apa yang kita dah belajar ni melalui practice daripada ayat al Quran..so make sure korang terus follow next siri..

Teruskan istiqamah belajar bahasa al Quran..yang terbaik di antara kita adalah orang yang belajar al Quran dan mengajarkannya..

SIRI (2) BELAJAR BAHASA AL QURAN MUDAH
SIRI (28) BELAJAR BAHASA AL QURAN MUDAH

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...