Saturday, September 3, 2016

RESEPI MEE GORENG MAMAK KAK WADA

Assalamualaikum..

Biasanya kalau nak makan mee goreng mamak..kena pergi kedai mamak..apa kata kita buat sendiri sebab air tangan kita enzimnya lebih baik daripada air tangan mamak..hehehe..

Kak Wada nak kongsi resepi mee goreng mamak style kak Wada..ringkas dan mudah untuk disediakan..

Bahan-bahan:

1/2 ulas bawang besar
5 biji bawang putih
Segenggam ikan bilis
Cili boh 3 sudu besar
Minyak untuk menumis


Sebungkus mee kuning
Taugeh dalam RM1
Fish cake
Tomato
Sebiji telur
Garam
Kicap

Cili merah
Daun sup
Daun bawang
Bawang goreng
Limau kasturi

Cara membuatnya:

1.  Tumbuk atau blend bawang besar, bawang putih dan ikan bilis hingga lumat..kak Wada suka tumbuk tapi kalau nak cepat blend je ler..

2.  Panaskan minyak..

3.  Tumiskan bahan yang ditumbuk atau blend tadi..bila dah garing baru masukkan cili boh..

4.  Bila cili boh dah garing..masukkan sedikit air..sikit je supaya ada kelembapan berlaku di situ..

5.  Bila air dah nampak mendidih..baru masukkan mee kuning dan fish cake..kalau masuk tahu goreng lagi sedap..

6. Gaul rata..dah sebati perencah dengan mee kuning baru masukkan telur..gaul lagi..telur kalau nak bubuh lebih pun boleh..

7.  Masukkan garam..tuangkan kicap dan gaul hingga sebati..jangan main bubuh je tak rasa..kak Wada tak cakap berapa banyak sebab ikut tekak masing-masing..ni paling nak kena jaga sebab jangan tawar atau termasin..sesedap rasa..

8.  Last sekali baru masukkan taugeh dan tomato..nak masuk sawi pun boleh..kobis pun boleh..nak masuk carrot pun boleh..sarat barat..ni nak makan mee ke nak makan sayur..gaul taugeh tu dalam seminit dua je sebab nanti taugeh lembik tak sedap..padamkan api..kepada yang tak makan taugeh..masa nak makan nanti..sila longgokkan sendiri di tepi pinggan..

9.  Hidangkan di dalam pinggan bersama taburan bawang goreng..hirisan cili merah..daun bawang dan daun sup serta limau kasturi..

Sedia untuk dimakan..InsyaAllah licin..tinggal pinggan je..selamat mencuba..kalau tak menjadi..cuba dan cuba lagi..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...