Thursday, September 1, 2016

SIRI (14) BELAJAR BAHASA AL QURAN MUDAH

Assalamualaikum..

Nak mahir bahasa al Quran ni kena rajin berusaha ulangkaji pelajaran dan practice apa yang dah belajar..ulangkaji satu pelajaran tu banyak kali..then practice dengan apply pelajaran tu di dalam mushaf al Quran..

Kita dah belajar anak sulung harof bernama harof Jar mempunyai 9 orang anak termasuk anak kembar..sekarang kita nak tangkap dan kurung anak-anak Jar dalam bulatan..jom kita tengok satu persatu kat mana ada anak-anak harof Jar ni..

Surah Al Fatihah
Kredit: www.searchtruth.com

 

Dah terlupa ke nama-nama anak harof Jar..bertenang..jangan susah hati..kita rujuk balik gambarajah kak Wada ni..kat dalam buku tak ada gambarajah macam ni..kak Wada buat cantik-cantik supaya korang mudah ingat dan nama-nama ni sentiasa melekat kat hati korang..

 
Muka surat 2 Surah Al Baqarah
Kredit: www.searchtruth.com
 
Muka surat 3 Surah Al Baqarah
Kredit: www.searchtruth.com

Muka surat 4 Surah Al Baqarah
Kredit: www.searchtruth.com

Macam mana?..nampak tak berapa banyak anak-anak harof Jar yang dah kena kurung dalam bulatan..perhatikan lepas harof Jar mesti isim selepasnya berbaris bawah kecuali isim dominan spesis dhomir jenis muttasil yang bercantum selain عَلَى - بِ - إِلَى - فِى..begitu juga isim dominan spesis lain sebab ada kekebalan di situ..nampaknya kesemua anak telah ditangkap dan dikurung dalam bulatan kecuali dua anak je yang tak ada pada ayat-ayat ni iaitu عَنْ sama رُبَّ..once korang dah dapat tangkap dan kurung anak-anak harof Jar ni..korang jangan lepaskan pulak..biarkan mereka sentiasa duduk kat hati korang tu..kak Wada just bagi contoh how to play the game..lepas ni korang mainlah sendiri ya..buka mushaf al Quran dan pilih mana-mana muka surat yang korang suka..then tangkap dan kurung anak-anak harof Jar dalam bulatan macam kak Wada buat ni..ulang dan ulang..buat banyak-banyak kali..lagi banyak lagi bagus..

Teruskan istiqamah belajar bahasa al Quran..yang terbaik di antara kita adalah orang yang belajar al Quran dan yang mengajarkannya..

SIRI (15) BELAJAR BAHASA AL QURAN MUDAH

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...