Tuesday, September 6, 2016

SIRI (16) BELAJAR BAHASA AL QURAN MUDAH

Assalamualaikum..

Apakah khabar pelumba-pelumba yang istiqamah belajar bahasa al Quran bersama kak Wada?..kak Wada harap masih belum ada lagi yang syahid..kita nak teruskan permainan kita..permainan menangkap dan mengurung perkataan-perkataan yang kita dah tahu asal usul mereka..gambarajah di bawah mempunyai tiga warna bulatan..mengapa berbeza warna..nak tahu..teruskan membaca hingga akhir..


Kita mulakan permainan kita dengan menangkap dan mengurung dahulu anak-anak harof Taukid dan harof Atof..sebelum tangkap..kita ulangkaji dulu..



Tangkap dan kurung dalam bulatan berwarna merah..

Muka surat 5 Surah Al Baqarah
Kredit: www.searchtruth.com
 
Seterusnya kita nak tangkap dan kurung anak-anak harof Jar pula..sebelum tu kita ulangkaji dulu..
 
 
Tangkap dan kurung dalam dalam bulatan berwarna biru..
 
Muka surat 5 Surah Al Baqarah
Kredit: www.searchtruth.com
 
Bagaimana pula dengan isim dominan?..ingat lagi ke..daripada 5 spesis isim dominan..kak Wada dah terangkan salah satu daripadanya iaitu spesis dhomir yang terbahagi kepada dua jenis dan setiap satunya mempunyai 14 ahli keluarga..dah tak ingat ke?..tak apa..jangan bimbang..kita ulangkaji balik..
 
 

 
Tangkap dan kurung ahli-ahli keluarga spesis dhomir dalam bulatan berwarna ungu..
 
Muka surat 5 Surah Al Baqarah
Kredit: www.searchtruth.com

Sekarang..korang cuba terjemahkan ke dalam bahasa Melayu perkataan-perkataan yang terkurung dalam semua bulatan-bulatan tu..boleh dikatakan hampir suku atau lebih daripada jumlah keseluruhan perkataan yang terdapat dalam satu-satu ayat tu sudah pasti korang tahu maknanya dengan kefahaman dalam bahasa al Quran..

Manakala perkataan yang belum dikurung lagi adalah perkataan yang korang belum kenal asal usul mereka..namun jika perkataan itu kata nama (isim)..sudah tentu korang boleh kenalpasti kerana pada siri 2 lagi kak Wada dah kongsikan tentang tanda-tanda isim..kita ulangkaji balik..


So far bagaimana?..mudah kan belajar bahasa al Quran ni..teruskan istiqamah belajar bahasa al Quran..yang terbaik di antara kita adalah orang yang belajar al Quran dan yang mengajarkannya..

SIRI (17) BELAJAR BAHASA AL QURAN MUDAH

2 comments:

  1. MasyaAllah..tabarakallah...ini kerja yg sangat besar ganjaran fahalanya..
    Terima kasih ya wada..syukran laki...

    ReplyDelete
  2. Sama-sama kak..semoga mendapat manfaat..doakan saya istiqamah menyebarkan bahasa al Quran..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...